HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Feb 2013

Bandung Birthday Trip 31.1.13 Siri5

Masih kisah Bandung...
Uols jangan boring yer..

Ok..sambung cerita.
Di sini sebenarnya memang terdapat banyak je tempat makan
Tapi di khuatiri perut Malaysia kita ni tak tahan. Tu yang selalu kita dengar ramai yang cirit birit.
Bukan pasal apa..tetapi apa yang saya notis..cara masakan mereka memang lain. Depa ada tambahan rempah/daun2 yang mungkin menyebabkan perut kita tak tahan
Contohnya, air teh tarik pun depa akan letak kulit kayu manis atau pun cengkih..Fuh...memang lah berbau wangi..tetapi rasanya memang lah lain. 
Makanya, husband saya yang sememangnya agak payah dengan masakan di Bandung ni, terpaksa mencari masakan Malaysia.

Fuhhh..nasib baiklah ada tempat2 makan yang seumpamanya sekitar bandar BANDUNG.
Kami ke Bangi Kopitiam

 Bangi Kopitiam Bandung, Indonesia.


 Kelaparan tuh..semua dia nak order, hehehe.


 Hah..tu dia...roti ada, nasi lemak ada...air teh tarik ada..air kedondong pun ada...



Sementara itu..Aina memang tak duduk diam.. Makanya maknya pun tumpang posing dengan vespa dengan plat B4NGI :)

Selesai makan..kami menuju ke Hotel Caryota.
Tetapi sebelum itu sempat juga singgah ke Bali Heaven Factory Outlet.
Memula tu tak de plan nak membeli..tetapi terbeli jugak gaun mek Aina ni, dan my cardigan..coz tertinggal plak kat dalam kereta masa otw ke Airport LCCT. 
(alasan nak beli lagi hehehe)

 Bali Heaven ni nampak simple, tetapi kat dalam ni semuanya pakaian berasaskan batik..memang cantik.

 Macam2 rupa gaun dengan harga yang berpatutan. Corak batiknya moden. Memang harus kena beli.
Ada juga barang2 cenderahati yang berasaskan batik..topi, kipas, beg dan macam2 lagi.


 Ehemmm....saya lah tu..tengah mencuba cardigan... semua kat atas tu cardigan..macam2 warna..harga memang sangat berpatutan..

 
Eceh....posing lepas dah tersoping! hahaha

Ok..saya bgtau husband..cukup buat hari ni coz esok nak ke Factory Outlet lagi..so kena cermat..sat g soping benda yang tak de dalam planning, Ada pulak yang kena pecah tabung ayam plak kang..hehehe. Jom check in.

 Otw ke hotel petang2 hari tu memang lah amat macet. Perkara biasa di Bandung..
 

 Sampai sudah at Hotel Caryota. Dah 3 kali stay sini. Harga berpatutan. Lokasi dekat dengan Paris Van Java, Rumah Mode dan Sangkuriang Restoran. Kawasan depan hotel ni aman..tak de orang berjualan..so malam memang tido nyenyak.



 Tu dia...Aina yang dah keletihan. Dari pagi dok tanya bila nak g Hotel.
Kami amik suite..bilik yang paling besar dalam hotel ni. RP490 untuk satu malam.
Ok lah..merasa.. coz husband saya memang nak bercuti sambil2 tu berehat.  
 
 Memang sangat luas bilik ni. Kalau datang dengan hero2 saya..bisa tambah katil je.. memang luas bilik ni. Sangat selesa.

 
Ada juga sofa santai..hmm memang berbaloi-baloi.

So lepas meregang2 kan lenguh,,kami bersiap2 untuk dinner selepas solat Maghrib.

Lepas ni kita cerita pulak tentang dinner merangkap birthday celebration ye,,,
Jumpa di SIRI6..

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78