HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

18 Feb 2013

Installation ceremony for last segment for 2nd Penang Bridge Project 2013

 Assalam semua..
Macam mana hujung minggu semua?
Macam2 agenda kan...g kenduri, g soping, g jalan2.. balik kampung..or ada jugak yang lepak kat rumah je.

Kali ni saya nak share tentang "Tempat Jatuh Lagi Di Kenang" ini kan pulak tempat mencari rezki.

Ni lah dia Projek Jambatan Pulau Pinang Ke-2.
Pada entry sebelum ini ada saya ceritakan kisah saya di P2B ni.
Saya bertugas di Freyssinet-VSL..kebetulan ada vacancy kat situ. My husband memang dah dari awal di project under UEM Builders ni.
Alhamdulillah...rezki anak-anak. 
Walaupun saya tak dapat bertugas hingga jambatan ni siap, tetapi rasa bangga lah jugak pasal terlibat sipi-sipi.

 



 Kini telah sampai ke segment terakhir yang telah di glu kan pada 16 Februari 2013 yang lalu.
Alhamdulillah...bercantum sudah 2 batu iaitu antara Batu Maung dengan Batu Kawan, Pulau Pinang.
 Pada 16/2/2013 telah diadakan Majlis Pelancaran Rentang Tuju Terakhir  ke 578. Apa yang istemewanya majlis tersebut telah diadakan dia atas deck atau lebih senang faham atas jambatan yang belum 100% siap tuh.





 Macam2 ada uols...cendol ada, mee Mami ada, teh tarik piyau ada..boleh kata macam2 ada...





 Semua ini akan menjadi kenangan hingga akhir hayat nanti




 Bercerita tentang launcher ni..my husband antara yang terlibat dengan audit awalnya yang berlangsung di Beijing, dengan usahama sama DEAL.


Selit sat gambar Mr. Hubby semasa beliau ke Beijing in 2010 untuk inspection kilang yang prepare launcher.


 Tu dia..segment hanging..ready for gluing







 I was there last year..hehe. Saje2 g visit kawan2 & tempat kerja dulu.
Merasa jugak posing dekat launcher sebelum dia akan di bawa turun ke darat soon.

Makanya uols..jambatan dah bersambung. 
Tunggu depa p bagi buat touch up.. Tak lama lagi boleh la kita seberang guna jambatan baru yer.. 
Semoga kurang lah sesak di jambatan pertama nanti. 

Photo : credit to Miss Edda.

4 comments:

  1. wah..best jgk jawatan kak fuza..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor...
      ish,..jawatan akak biasa aje...
      Akak staff biasa aje..Secretay to France boss tp dapat privilage naik jambatan ni coz hubby akak Construction Manager kat situ..
      Alhamdulillah.. rezki

      Delete
  2. Ni jambatan Pulau pinang yang ke 2 tu ek?wow....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zuha..yup...
      Second bridge in the making..di jangka siap by this year.

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78