HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Mar 2013

Akhirnya...dapat juga merasa Agar2 Roti


Assalam semua..
Selamat petang yang sangat panas terik ni.
Hah sesuai kot time2 gini nak up gambo Agar2 ni hehehe.

Di buat khas by Chekgu Azrine.
Dari hari ke sehari nak rasa resepi Chekgu Azrine ni.
Nak buat sendiri..agak malas kaedahnya..hahaha 
Akhirnya dapat jugak merasa..sebekas pulak tu...



Bahan A :

Roti Gardenia 4 keping
Satu tin susu cair
3/4 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B :

1 paket (10mg) serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
3 cawan air
2 sudu marjerin atau mentega
2 sudu besar serbuk koko (milo pun boleh)
2 sudu teh pewarna merah jambu (optional)


Cara Membuatnya :

  • masukkan 1 paket serbuk agar bersama 1 cawan gula pasir dan 3 cawan air ke dalam kuali atau periuk
  • masak sehingga mendidih
  • samping itu blender kesemua Bahan A di atas
  • masukkan Bahan A ke dalam kuali atau periuk yang mendidih tadi
  • apabila pekat dan mendidih, masukkan marjerin dan asingkan kepada 3 bahagian
  • bahagian 1 - masukkan ke dalam loyang
  • bahagian 2 - masukkan serbuk koko
  • bahagian 3 - masukkan pewarna merah jambu tadi
  • masukkan bahagian 2 dan 3 ke dalam loyang tadi, dan gunakan garpu untuk membuat zig zag supaya ia menjadi seperti pelangi
  • sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais
  • sedia untuk dimakan..




Siapa nak resepi sila klik RESEPI

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78