HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

19 Mar 2013

Anak demam Mak Sure yang paling risau

Salam semua
Dah beberapa hari saya tak BW...
TQ kepada kawan2 blog yang masih terus sudi terjah
Nanti saya cuba BW jenguk2 entry uols ye

Hah, nak cerita hal dalam rumah ni
Sejak minggu lepas, lepas sorang2 demam.
Dari anak sedara yang 5bulan, kepada mak saya, kemudian ke anak perempuan saya, seterusnya anak lelaki ke2 saya.
Memang sangat mencabar kerana tiba2 suhu depa naik mendadak ke 39, almost 40.
Zahir, anak sedara saya tu siap kena insert ubat demam. Batu, selsema membuatkan badan depa jadi lenguh2.



 Ini Alif, anak ke 2 saya.
Sejak jumaat lepas demam tak kebah.
Dalam pukul 3am hari Sabtu 17 Mac 2013, saya terjaga kerana terdengar Alif seperti mengigau.
Apabila saya rasa dahinya..Wowwww!!! Panas....





 Saya terus ambil termometer.
Hah tu dia.. Suhu badan dia memang sangat tinggi. Demam 39.2



   
 Tanpa melengah, saya terus ambil kain dan ketul ais untuk lap keseluruh badan Alif.
Kiranya ni adalah 1st Aid yang harus kita ambil untuk meredakan panas badan.
Merengek juga lah Alif kesejukan katanya.
Padahal kain lap tu cepat je kering semasa saya lap badannya.
Kepada yang ada anak kecik tu..ingat..apabila berlaku situasi maam ni, jangan panik.
Kawal situasi dahulu.



 Setelah puas lap keseluruhan badannya..saya cek semula suhu badannya.
Huh, lega. Dah turun ke 37.98. Walau pun belum ke suhu normal badan, tetapi tidak lah sepanas semasa memula cek tadi.
Selepas dah reda saya berikan paracetamol syrup kepada Alif.
Dalam jam 5am, saya suruh Alif bangun mandi.
Nasiblah Alif bekerja sama semasa dalam rawatan 1st Aid yang saya berikan tu.
Selepas mandi, Alhamdulillah..suhu Alif semakin menurun.

Buat masa ini saya masih memantau keadaaan Alif.
Doktor bagi MC 2 hari.

Buat masa ni juga, anak sulong saya pula demam tuh.
Baru je bawa ke klinik tadi.
Suhunya 38, bibir dah mula pecah. Panas dalam badan lah tu.


Pesanan saya, 1st Aid box sangat penting dan mesti ada dalam setiap rumah terutamanya yang ada baby ataupun anak yang masih kecil
Termometer untuk semak suhu badan juga sesuatu yang seharusnya ada dalan setiap rumah
Panadol ataupun panadol syrup seharusnya kena ada standby .
Semua ini adalah langkah2 sebelum kita nak ambil next step iaitu bawa ke Doktor.

Semoga kita semua jaga kesihatan sebaiknya kerana cuaca tak menentu dan mungkin juga due to  fenomena ekuinoks  




p/s : petua lain untuk kurangkan panas badan due to demam
1) Ambil asam jawa, di bancuh pekat dan di sapu ke seluruh kepala. Sebahagian lagi bancuh pekat untuk di tepek di atas dahi. Boleh juga di bancuh untuk buat minuman. Tujuannya ialah untuk menyejukkan badan 

2) Ambil daun bunga raya, diramas dan di buat sebagai air mandi











2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78