HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Mar 2013

Lunch apa today? Siakap Masak Stim boleh?

Salam berhujung minggu semua.
Kemana hari ni?
Ada yang tengah blur nak masak apa for menu today?
Ok saya nak cadangkan menu Siakap Stim

Ok..sebelum nak mula, jom kita tengok-tengok apa bahan2 yang di perlukan.
1) Ikan Siakap
2)Serai di titik
3)Halia di ketuk
4)Bawang Besar
5)Bawang merah and bawang putih
6)Limau Purut
7)Cili api
8)Sos Tiram
9)Tomato & sayur2 campur seperti lobak, bunga kobis, bracolli, jagung,cili banggala 




 Untuk mengelakkan hanyir ikan, apa yang saya lakukan ialah, perapkan ikan tersebut dengan cili api, serta bawang putih yang telah di tumbuk kasar. 
Lumurkan sedikit garam then perahan limau.
Biarkan seketika sementara siap awas-awas yang lain.


 
 Memula sekali potong sayur2 tu ikut lah besar mana anda mahu
Tak perlu letak banyak..ikut size ikan. Tetapi macam saya harus letak banyak sebab anak-anak suka makan sayur campur ni.


Untuk dapatkan aroma yang nyaman..tumiskan sedikit bawang, halia, cili api and serai..
Bila dah naik bau..nanti bahan-bahan ni nak di curahkan ke atas ikan kita tu nanti.



Sementara itu dah boleh dah kita sediakan periuk pengukus kita.
Panaskan air



Ok, inilah rupanya ikan kila yang dah sendat dengan segala sayur-sayuran serta bahan tumis tadi.
Oh ya, jangan lupa bancuhkan sos tiram dengan sedikit air kemudian di curahkan kedalam loyang ini bersama perahan limau.



Ok..dah siap menu kita. Senang aje kan.
Selamat mencuba uols

2 comments:

  1. sdapnya..nk g lunch umah kak fuza la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nor..jgn tergoda dengan gambo ..hehehe
      Nak datang apa salahnya..
      Jemput

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78