HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Mar 2013

Majlis Petunangan Cik Wawa 3 Marh 2013 - Part 2

Seperti yang di janji kan, kali nak nak share entry tentang majlis pertunangan Cik Wawa, adik no 4 husband saya.
Bertempat di USJ, Petaling Jaya, majlis pertunangan berlangsung pada jam 5ptg.
Kehadiran pihak lelaki disambut dengan hujan yang amat lebat pada petang itu.
Majlis di hadiri sanak saudara terdekat sahaja.

Seawal pagi kami telah berkumpul di sana.
Menyiapkan hantaran, mengemas rumah, menyiang bahan2 untuk masak petang nanti, mengelap pinggan mangkuk. Boleh dikatakan semuanya sibuk dengan hal masing2.

 Menu utama hari itu adalah mehun dan kuih muih.
Seronoknya kenduri kerana sangat murah rezki kerana terdapat pelbagai kuih-muih yang di bawa oleh makcik-makcik termasuk emak saya.
Tq semua kerana memeriahkan majlis.
Alhamdulillah..walaupun arwah umi dah tiada, namun kemeriahan itu masih terasa.

Apabila dah berkumpul sekali sekala, memang gamat 1 rumah..hehe.
Jom layan gambar-gambar di sekitar majlis.

 

 Pak Lang Padhil (adik ayah mertua menjadi ketua menerima peminangan)
Hantaran dalam jumlah yang ganjil di sediakan sebagai tanda ikhlas menerima kedatangan pihak lelaki.


Walau macamana maju sekali pun kita, adat istiadat Melayu di lupa jangan. Sireh Junjung lengkap dengan kapur, gambir dan pinang.


Selalunya dalam perbincangan macam ni, orang2 veteran di utamakan. Ayah pengantin perempuan selalunya akan menyerahkan tugasan ini on behalf dirinya kepada adik beradik lelakinya, lebih afdal. Sebelum itu ayah pengantin perempuan dah briefing serba sedikit tentang details yang perlu di bincangkan.



Ini antara hantaran dari pihak lelaki. Ganjil juga jumlahnya, tetapi mesti kurang daripada jumlah hantaran pihak perempuan. Ingat tuh.


  Wakil dari pihak lelaki sedang menyuarakan hajat yang di bawa..


 Sementara yang lain dengar dengan kusyuk inti-pati perbincangan.. Sebelum mendapat kata sepakat.


Sementara yang di bawah ni berbincang..apa pulak aktiviti yang dok kat tingkat atas..
Check it out!!

Laa...dia dok update status FB rupanya..hehehe

 Saya dan biras, Puan Ini Katini...posing dulu..hehehe


Nak swuh budak2 ni dok diam-diam..makanya swuh depa posing!! hahaha


 Oh ya..ni lah dia Wawanya. By the way nak cerita jugak ni.. saya jadi kak Andam cik Wawa.
Ok tak? hehehe. Bidan terjun uols.


 Kami lagi..


Acara sarung cincin serba ringkas. Alhamdulillah..

Abah saya di tugaskan membaca doa selamat pada hari tersebut.


Acara jamuan kecilan 


 Rombongan lelaki minta diri, perut kenyang suka hati, pinangan di terima senang hati.

Selesai acara dengan rombongan lelaki berangkat, kami packing makanan yang banyak tu untuk semua bawa balik. Sempat jugak nak posing tu...hahaha.


Setelah seharian dengan tugasan yang macam2..makanya ini lah posing paling GEDIK penutup untuk hari tersebut.



Till we meet again ye uols2 sanak saudara.



p/s: Hari persandingan di jangka dalam tahun ini juga.
Makanya...nak pakai baju glamer apa pulak ni?????

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78