Followers

NUFFNANG

Friday, 1 March 2013

Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online

  
Perhatian semua yang bermastautin di SELANGOR
Sesiapa yang ada anak lahir 2007 / 2008 yang akan bersekolah di Negeri Selangor sahaja..boleh mula memohon secara online di website ini http://apps.moe.gov.my/esppse

 PENGENALAN SISTEM
Melalui pelaksanaan Elektronik Sistem Pengurusan Penempatan Murid (eSPPSel) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online)

Ibu bapa / penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu  melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut. Pihak  sekolah perlu menyemak dan mengesahkan Permohonan tersebut berdasarkan maklumat dari beberapa dokumen asal yang perlu dikemukakan. Data dan rumusan pendaftaran murid akan dihantar ke pangkalan data sistem melalui aplikasi tersebut.


Jawatankuasa Penempatan Murid di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNSel) akan bersidang bagi mengesan jumlah permohoanan setiap sekolah dan melaksanakan proses penempatan murid. Keputusan penempatan tersebut boleh disemak oleh sekolah dan ibu bapa atau penjaga melalui aplikasi atas talian yang disediakan. Surat penempatan juga boleh dicetak daripada sistem tersebut. Sekiranya ada keperluan rayuan penempatan, sistem ini juga menyediakan kemudahan rayuan dan menyediakan jawapan keputusan rayuan mengikut mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan mengikut peringkat dan proses yang berkaitan.

Sistem ini disediakan dengan tujuan untuk:-

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan penempatan murid di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran  Selangor.
  • Menjimatkan masa pengurusan penempatan murid walaupun melibatkan bilangan murid yang besar jumlahnya.
  • Mengurangkan kos operasi melalui penjimatan penggunaan  kertas, sampul surat, setem, dakwat pencetak dan LAIN-LAIN yang berkaitan.
  • Mengelakkan kesesakan kerana kehadiran terlalu ramai pelanggan ke PPD dan JPNSel untuk urusan membuat rayuan dan menyemak keputusan penempatan.
  • Memudahkan carian dan semakan maklumat serta status Permohonan penempatan, carian rekod murid dan rumusan penempatan di peringkat sekolah, PPD dan Jabatan Pelajaran Selangor. 

* Proses perakuan Permohonan Sesi Persekolahan 2013 perlu diselesaikan sehingga 15 Mei 2013 oleh pihak sekolah untuk membolehkan keperluan penempatan murid dapat dikenalpasti.
 
 
Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

  P/S : Puteri bongsu saya bakal ke darjah satu.. Oh cepatnya dia membesar..
 
TQ to Chekgu Azrine for the info

No comments:

Post a Comment