HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

10 May 2013

Sukan Real Kids - Part 1

 
Acara tahunan yang di nanti-nantikan oleh setiap kanak-kanak.
SUKAN
 
Alhamdulillah..this is her 1st sport ever. Makanya semangat dia tu berkobar-kobar terlebih.
Memula tu dia tak berapa nak kisah tentang persiapan nak bersukan tu.
Oh ya acara sukan tersebut akan diadakan pada 10/5/2013 di Stadium Panasonic Shah Alam, Selangor.
 
Minggu lepas balik dari sekolah, muncung je dia..
 
Saya Tanya "Aina kenapa ? "
 
Aina jawab "..kawan-kawan Aina semua ada kasut rite (Nike Logo).
 
Saya bgtau dia..tak payahlah. Pakai je kasut yang ada.
 
Aina ugut " Nanti malam karang Aina nak cakap abah. Mak tak nak bagi anak-2 menang sukan. Tak mau bagi kasut rite!!"
 
Alamak!!!
 
As abahnya kan bertugas di oversea..makanya..dia ngadulah malam tu pada abahnya.
 
Jawapan abahnya " Esok ajak mak beli kasut Anje yer"
Hambooooiiiiii............
 
 
Tu dia.. Kasut nozz kata Aina. Nasiblah tengah ada sales uols.
Kopak maknya tengah2 bulan.
 
 
 
Kemain posing lagi bila dapat kasut.
Alah..budak2.Apa kawan ada semua dia nak.
Sama jugak dengan dia ni, apa dia ada dia p cewi kan pada kawan2 dia. Haru aihhh
 



Ok tunggu sambungan Part 2 petang nanti ye.
Now nak bersiap2 untuk ke Stadium. Nak kena berkumpul pukul 3ptg.
Acara bermula jam 4pm to 6pm
 
 
p/s : Doakan Aina menang apa jua acara yang dia join erk :)
Mak yang bersemangat sakan ni.. hehehe


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78