HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Jun 2013

Ayam Panggang Campak

 
 
Assalam semua.
Hari ini ramai pulak kat rumah ni.
Anak-anak tidak ke sekolah due to bad haze.
Makanya tengah fikir apa menu nak masak untuk tengahari ini.
Sambil-sambil blogwalking, terjumpalah resepi Ayam Campak ni,
Kenapa nama dia macam tu..sila lah uols roger tuan punya resepi di blognya yer..hehehe
 
 
 
 
 
Ayam Panggang Campak
 
BAHAN-BAHAN
2 ketul paha ayam (dikelar)
lada hitam (ditumbuk halus)
bawang putih (diracik halus)
cili boh
serbuk kunyit
serbuk kari
kicap
garam
madu

CARA MEMBUATNYA
  1. ambil 2 ketul paha ayam,bersihkan.
  2. sapukan sedikit serbuk kunyit,cili boh dan serbuk kari
  3. masukkan sedikit kicap,bawang putih & lada hitam dan gaulkan hingga sebati
  4. masukkan garam secukupnya
  5. goreng ayam dengan sedikit minyak hingga separuh masak
  6. lapiskan dulang dengan daun pisang,letakkan ayam tersebut kemudian sapukan dengan sedikit madu pada permukaan ayam
  7. seterusnya bakar pada suhu 180 selama 30 minit
  8. pada minit ke 20 buka oven dan sapukan sedikit madu lagi.
  9. sambung bakar sehingga masak
  10. siap untuk dimakan
 
TIPS :
  • sebelum gaulkan garam,rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan ayam terlalu masin kerana sebelumnya telah digaulkan dengan kicap
  • gunakan kuali leper untuk goreng ayam separuh masak
  • madu jangan disapu terlalu banyak,agak-agak jela
  • masa memasak bergantung pada jenis oven juga ye,oven yang kat umah memang 30 minit je..lepas tu boleh makan
  • korang mesti tanya kenapa aku tak letak sukatan bahan,dah nama pun resepi campak..tak sempat nak sukat..akibatnya korang kena la agak sendiri ye...hahahaha
 
SELAMAT MENCUBA!!!!
 
 
 
 

 



2 comments:

  1. waw..ni lagi sedap..boleh try utk menu lunch nnti ^_~

    ReplyDelete
  2. Hehe..semoga resepi ni berguna ;) selamat mencuba ye

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78