HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

3 Jun 2013

Cerita Cuti Bandung Sari Ater May 2013 Part 3


Ok..sambungan cerita Bandung May 2013.
Selepas setel di Bandar Bandung..kami menuju ke Sari Ater Hotel & Resort.
1st  time nak stay sini.
Terletak 2jam dari Bandar. Perjalanan berliku-liku mengharungi kebun-kebun teh, dengan cuaca yang sejuk dingin umpama ke Genting Highlands kalau di Malaysia.



Our luggage..dah beranak pinak begnya.hasil tangkapan di Pasar Baru mostly

Toiletries by Sari Ater
 
 


Sesampai di sini..perut dah lapar..dengan suasana sejuk tu..maunya tak terasa laparkan.
Ada 2-3 café salam ni. Menu pun ok lah..tak de lah pelik-pelik.


Nasi Goreng Seafood for dinner at Sari Ater

Kami posing sat kat entrance before masuk ke kolam air panas Sari Ater



Ok..memang nyaman berendam kat kolam air panas ni. Ni yang sederhana panas.
Sesuailah untuk anak-anak.


Ok masa ni dah kecut tangan dok berendam sakan.
Makanya keluar dari kolam dan salin baju yer. Ada tempat persalinan di sediakan. 
(Yea,dapat t-shirt Hard Rock Bali, original gitu )
 
Kami ronda2 keliling Sari Ater selepas sessi berendam tu.
Ada air terjun, ada permandangan yang indah.
Yang menariknya..semua air yang mengalir di sekeliling kawasan tersebut..berasap..semuanya ala-ala hot spring.
Wow gitu.....
 
Oh ya..didalam bilik hotel ni tidak ada kipas atau pun alat penghawa dingin.. kerana cuaca yang sejuk tu memang tak memerlukan langsung bantuan alat2 tersebut.
Water heater juga tidak disediakan kerana sumber air semuanya ala-ala hot spring uols.
Panas suam. Katanya dari sumber gunung berapi terdekat.
Semuanya semula jadi. Subhanallah.
 
 
 
Itu cerita malam.
Jom jenguk cerita siang hari.
 
 
 
 
 
 
Selamat pagi Ciater..Selamat pagi Sari Ater!!
Ini permandangan dari bilik kami.
Masa ni baru jam 6am (Malaysia udah 7am).
Sejuk nyaman cuacanya.



Breakfast provided for tenants. Belasah le apa yang boleh kena dengan tekak.
Macam-macam jugak lah adanya.
Saya seperti biasa dengan nasi goring dan ommelette. Kenyang perut suka hati.
Hari ni check put from Sari Ater dan akan ke Bandung, Hotel Caryota.



Alhamdulillah. Aina tidak ada masalah dengan makanan disini. Risau jugak lah kan. Takut juga nanti tak larat, or memilih makan.



Kolam  Air Panas Alam..terletak sebelahan dengan dewan makan breakfast.
 Next time kami datang serbu yer.



Ni di pintu masuk ke tempat sarapan di sediakan...


 


Ok..kat atas ni antara aktiviti yang boleh kita pilih untuk riadah semasa berada disini.
Menunggang kuda, berbasikal, berpedati kuda, paint ball, berkelah di air terjun dan macam-macam lagi. Bagi peminat spa juga tak terlepas untuk rasai rilek sambil bercuti disini.
Setiap aktiviti ada bayaran yang di kenakan.



 
Di sini adalah air terjun yang terlalu ramai orang awam lepak. Kami hanya singgah posing aje.
InshaAllah, ada rezki pasti akan kesini lagi nanti.
 
 
 
 
Nak tau cerita Part 1.. Sila klik sini
Nak tau cerita Part 2..Sila klik sini pulak
 


6 comments:

  1. Satu yang best pasal Bandung ni ialah sejuk and nyaman..hehe..ooo plusss makanan dia sgt la sedap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..cuaca dia tu nyaman
      makan tu..ok lah
      Jom g lagi :)

      Delete
  2. bestnyer sis bercuti yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. P celebrate Anniversary sebenarnya..2 in 1 :)

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78