HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Jun 2013

JEREBU lagi. Sila pakai Mask Kesihatan

Assalam semua.
Minggu akhir June 2013..
Bersemangat tak hari ISNIN ni?
 
Bagi negeri yang telah pun di isyhtiharkan DARURAT..silalah duduk rumah diam2.
Kurangkan aktiviti di luar ya
 
 
Sihat?
Demam? Batuk? Flu?
Sila ambil extra attention terhadap kesihatan masing-masing.
Saya pun dah mula rasa lemau ni, tapi ku gagahkan juga!!
 
 
Jerebu semakin menyesakkan pernafasan kita.
Memedihkan mata kita. Perit tekak kita. Badan terasa lemah.
Tumbuh-tumbuhan semakin kering dan layu.
 Cuaca kering membuatkan ramai yang tidak sihat
 
Aiman juga pakai mask untuk aktiviti taekwando di sekolah.




Put on your mask.
 
Kami sekeluarga juga memakai mask.
Biarlah hodoh..biarlah rimas..biarlah tak berapa nak glamer..
Duduk menonton tv didalam rumah pun terasa umpama bernafas dalam asap tebal.
Subhanallah
 
Oh ya itu gambar petang semalam semasa membawa Alif ke klinik kerana demam panas, tonsil pula membengkak lagi. Risau saya apabila anak2 tak berapa sihat.
 
 
Simptom-symptom penyakit akibat JEREBU
GATAL KERONGKONG
MATA BERAIR
KERAP BERSIN
SUKAR/SESAK NAFAS
Sila ke klinik sekiranya anda ada salah satu daripada senarai diatas.
 
KANAK-KANAK,  WARGA EMAS & PESAKIT ASMA Boleh mendapatkan topeng percuma dari Hospital Kerajaan.
 (Info Buletin Utama, TV3 23/6/2013)

 
 
Jangan lupa pakai mask anda.
Gayakan mengikut selera anda :)
Yang penting kesihatan diutamakan.

3 comments:

  1. jaga kesihatan ye kak fuza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Cik Nor..u too..take care ye

      Delete
  2. Entry ORIGINAL saya ini telah di CILOK oleh seorang yang tak bertanggung-jawab. Tanpa bgtau saya..or tanpa bagi CREDIT setelah COPY AND PASTE bulat2 ke Facebook beliau. Sangat memalukan. Sila hormat karya blogger lain ye u..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78