HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

10 Jun 2013

Sireh Bertemu Urat


Sireh bertemu urat. 

(Info bagi yang tak pernah tgk..)
Sireh Bertemu Urat

 
 
Assalam semua.
 
"Sireh Bertemu Urat"
Pernah dengar? Pernah tengok?
 
Ini lah dia sireh tersebut.
Apa yang di maksudkan dengan bertemu urat tu?
Cuba tengok garisan-garisan atas daun tu.
Hah itulah dianya urat nya.
 
Apa yang bertemunya?
Cuba tengok urat2 tu balance dan cantik bertemu antara satu sama lain.
 

Nak buat apa sireh bertemu urat ni?
 
Kalau orang tua dulu, pasti nak cari sireh bertemu urat dalam menyiapkan sireh junjung dalam acara peminangan.
Kata orang tua dulu, dari pemilihan daun sireh ini lah kita dapat menilai keperibadian seseorang. Kononnya bagaimana telitinya seseorang itu, betapa sabarnya seseorang itu mencari sireh bertemu urat yang agak susah nak dapat dalam kuantiti yang banyak.. serta melambangkan kesabaran seseorang.


Selain itu??

Dari sudut perubatan boleh digunanya untuk selesaikan masalah...atau bagi yang hajat belum sampai. Boleh lah ikhtiar.
 Ambil 7 helai daun sireh tuh rendamkan didalam air mandi dan air minum, berdoa atau berhajat didalam hati, kemudian mandi dan minumlah......
Insya'Allah jika hati bersih


Lagi?

 Sirih bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional.
 Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan.



Ada apa lagi info yang uols tau pasal Sireh Bertemu Urat?
Jom lah share yek.
 
 
 
 
 
 


2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78