HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

27 Jul 2013

Membeli belah di Komplek PKNS Shah Alam

Anakanda Aiman Aina Alif 2013
 
Assalamualaikum semua.
Pasti semuanya sedang sibuk dengan persiapan lebaran yang bakal menjelma dalam seminggu lebih je lagi.
 
Hah..saya juga tak melepaskan peluang cuti NUZUL AL-QURAN di negeri Selangor pada 26/7/2013 untuk membawa anak-anak ke Kompleks PKNS yang terletak di Shah Alam. Lokasinya yang terdekat dengan rumah. Kalau nak bawa anak-anak ke Jalan TAR, KL, memang agak sukar kerana Mr.Husband is not around, due to bekerja di oversea.
 
Sebenarnya kelengkapan baju melayu dan sampin dah di tempah awal-awal lagi.
Datang ke Kompleks PKNS ni untuk mencari songkok anak-anak bujang saya, sambil mencari baju ready made untuk si anak dara sorang saya tuh.
Sambil-sambil tu, maknya pun tumpang mencari tudung. hehehe
 (itu yang penting tuh..)
 

Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor
Kompleks PKNS , Shah Alam , Selangor
 
Di Kompleks PKNS ni, segala kelengkapan untuk lebaran ada.
Kuih raya, baju raya, kasut raya, sampin raya, songkok, dan macam-macam lagi uols.
Di level 1 ada banyak butik-butik yang menjual baju-baju ready made. Selain itu ada juga lot kedai yang menjual barangan kelengkapan Haji dan Umrah. Mudah untuk membuat persiapan kerana semuanya serba lengkap di situ. Ada juga yang mengambil tempahan baju melayu dan pakaian wanita. Ada juga dijual kuih muih biskut raya. Ketupat dan rending untuk berbuka juga ada dijual.
Selain itu ada juga butik pengantin uols. Harga yang ditawarkan berpatutan.
 
Boleh dikatakan macam-macam ada.
Saya memang sejak kecik lagi ayahanda akan bawa membeli raya di sini.
By the way, kalau bukan musim raya, Kompleks PKNS ni still beroperasi seperti biasa dengan jualan barangan seperti yang saya senaraikan tadi, Bezanya..pada musim perayaan ada lebih banyak pilihan dan boleh tawar-menawar best price.
 
 
PJY ku...
 
Seawal pagi kami dah sampai sini. Hah senang uols. Parking pun senang aje. Tak perlu nak bertawaf berpuluh kali nak mencari parkingkan.
 
Kami sampai 9.30 pagi. Kebanyakkan kedai belum beroperasi.
Waktu berniaga ialah 10 pagi ke 12 malam
 
Jenuh juga lah nak tunggu. ramai juga yang telah sampai lebih awal dari kami.
Pastinya semua nak elakkan bersesak-sesak semasa membeli.
 
Seawal pagi orang ramai sudah pun serbu kedai di Komplek PKNS Shah Alam
.

Pakaian yang telah siap lengkap dengan songket dan tudung boleh didapati di Komplek PKNS Shah Alam

Tudung Bawal Manik
Ini bonda saya. Hah, sekali sekala belanja bonda tudung bawal. Memang payah nak membeli untuk bonda coz selalunya sure dia tak mahu. Tapi saya cakap ni hajat hari raya :)
 
 
Tudung 3 layer with brooch
Jenjeeejeeeeennnnnnng....
Tu dia... kemain intronya erk, hehehe
Bonda cakap saya ni "Hantu Tudung" hahahaha.
Koleksi tudung melambak di rumah.
Tetapi mana yang saya design dah tak pakai tu saya sedekahkan kepada insan yang kurang berkemampuan di kampung.

Pilih jangan tak pilih!!!
 
Model Tudung sambilan..hehehe
 
Cewah..cuba jangan tak cuba. Pilih mana yang padan.
Sekarang ni tengah trend tudung berlayer-layer.
Harga pun berlayer-layer uols.
Beli jangan membazir yer
 
 
Alhamdulillah...tujuan mencari songkok untuk anakanda bujang saya setel. Ada macam-macam jenis, fesyen dan harga.
Pilih mana yang berkenan di hati ye.
 
 
 
Di atas ni antara fesyen terhangat tahun 2013 iaitu PEPLUM. Harga pada saya sangat berpatutan. Yelah, nak fikir material lagi, manik, sulam, upah jahit, memang la harganya lebih kurang itu juga.
Kepada yang belum ada baju raya tu, boleh aje beli baju kurung yang ready made.
Cantik-cantik juga uols 
 
Saya dan Aina
Hah..ni cerita misi ke-dua.
Mencari baju raya Aina. Jenuh wei nak cari baju mek kecik ni.
Cuba semuanya..banyak yang dia tak berkenan.
Amboi..dah pandai. Ada taste sendiri u!!
Kalah maknya.
 
Jubah Lelaki
Sementara kami dengan urusan anak-anak, ayahanda saya sibuk usha jubbah.
Hah, yang mana satu pilihan hati tu abah?
 
Kasut Vincci design Raya 2013

Ehem-ehem..
Ni tak ada dalam misi hari ini.
hahahaha.

Singgah SACC, Shah Alam pulak. Ada kedai VINCCI.
Fuh diskaun sana sini.
I tergoda uols.
Makanya rembat lah sepasang kasut.

Boleh lah anggap as kasut raya..as kebetulan nak raya erk.
Dah lama pun tak beli kasut sejak dah jadi surirumah ni.

Hah itu sebahagian cerita shopping raya kami.
Alhamdulillah..
Rezki anak-anak tahun ini murah.

Tq to Mr. Hubby, Encik Adli Lutfi kerana menyediakan persiapan raya kami.



p/s : count down....Mr Hubby is coming home for Raya next week...






 
 
 





3 comments:

  1. bestnya shopping kat situ, dulu mama selalu ke sana. cuma sejak pindah jb ni.. tak dan lah nak ke sana lagi...

    ReplyDelete
  2. Saya pun pi shopping hari Nurul Al-quran jgk kt sini tapi sebelah petanglah...

    ReplyDelete
  3. Ibu dan anak sama sama seronok ni.

    Ibu shopping beli belah tudung raya.. anak suka baju raya

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78