HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Jul 2013

Roti banyak di bulan puasa nak buat apa erk...

Gambar ihsan google
                                         
 
 
Salam 6th Ramadhan sahabat handai sekalian.
Alhamdulillah...diberi kesihatan, di beri kesungguhan untuk berpuasa dan beribadat di dalam bulan yang penuh dengan rahmatNYA.
 
Saya bersyukur juga sebab anak-anak juga bersemangat untuk berpuasa penuh.
Pada awalnya memang agak banyak kerenahnya.
Tetapi setelah masuk hari ke-6 ni, nampaknya mereka dah mula dapat menyesuaikan diri dengan berpuasa.
 
Apabila bulan puasa, makanya roti yang selalunya anak2 makan ni tak berapa nak laku.
Yelah..selepas berbuka..kenyang tu till depa nak masuk tido.
 
Makanya, sebelum roti expired, adalah lebih baik saya gunakan untuk membuat BINGKA ROTI.
Boleh juga di jadikan juadah manisan berbuka puasa hari ini.
 
Jom cuba, resepi dari mak saya ni, simple dan murah aje bahan-bahannya.
 
 
 
RESEPI BINGKA ROTI
 
15 Keping roti putih
1 cawan gula
1 tin susu cair
3 biji telur
sedikit kismis (Boleh ganti ikut selera..letak kurma, badam)
 
 
Cara-caranya :
 
1. Rendamkan kepingan roti didalam air untuk melembutkannya
2  Selepas itu kembangkan gula dan telur.
3. Kemudian masukkan susu cair perlahan-lahan.
4  Roti yang di rendam tadi mudah di hancur-hancurkan. (Carik-carik erk bahasa  
    mudahnya)
5. Campurkan semua bahan di atas sebati sebelum di masukkan ke dalam Loyang yang t
    terlebih dahulu di sapukan mentega.
6. Boleh tambahkan kismis tabor di atas adunan tadi
 
-- Saya blendkan semua bahan diatas termasuk kismis supaya anak2 tak kutip buang kismis tersebut.
 
7. Bakar selama 1jam.
 
 
Petua : Setelah 1 jam, jangan terus bawa keluar dari oven...nanti bingka kamu nampak terpenyek. Tak gebus.
 
 
 
 
 
 
Bingka Roti siap didalam Loyang untuk di bakar selama 1jam
 
 
 
Taraaaaaaaaa..dah siap :)
 
Bingka Roti Mabeles siap..FRESH FROM OVEN
 
Selamat Mencuba


10 comments:

  1. hampir same dgn puding roti jer kn..
    sgt myelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple aje.. boleh cuba nanti :)
      InshaAllah sedap

      Delete
  2. suhu nya berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gunakan over yang klasik tuh..Attached dengan dapur gas tu.. Takda plak suhu display, cuma saya buat api slow

      Delete
  3. rumah sewa saya xdok oven..hihik

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. InshaAllah..resepi turun temurun ni

      Delete
  5. wah jadi menu yg menyelerakan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78