HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Jul 2013

Sukan Tahunan Anakanda, 2013

Sekolah Rendah Sri Kelana, Petaling Jaya
 
Assalam teman2 sekalian.
Minggu lepas yang busy till tak sempat nak "BW" jenguk2 blog.
Antara program yang disibuk2kan ialah temasya sukan sekolah anakanda.
Sepatutnya tarikh awalnya ialah pada 30/6/2013.
Tetapi disebabkan oleh cuaca jerebu yang tidak mengizinkan, makanya acara Sukan Tahunan SK Sri Kelana telah di tunda ke7/7/2013
 
 
Temasya sukan ini disertai oleh Rumah Jingga, Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.
Pertandingan menghias khemah pasukan diadakan. Cuba tengok..semua menghias khemas dengan bersemangat. Caiyoookkk
 
 
 Perbarisan lintas hormat badan unit beruniform, Taekwando.
 Hah..anakanda Aiman terlibat. Bersemangat dia apabila terpilih lagi tahun ini.


 Ini pula acara simbolik perasmian acara sukan pada hari ini.
Beberapa ekor burung merpati di lepaskan dari sangkar


 Anakanda Alif juga terlibat dengan acara sukaneka Tahun2


 Last minit Aiman terpilih untuk acara barlapan.


Kami berdua ni tukang sorak..Cuaca panas terik, makanya pergerakan terbatas.
Lagipun masing-masing baru kebah dari demam.





 Gerai ABC, Ice Blended, Laksa
 
 Hah..di atas ni antara gerai jualan yang terdapat di dalam sekolah sepanjang temasya sukan berlangsung. Macam-macam ada.
 


 Ok,ini pula acara penutup. Acara tarik tali.
Sebenarnya saya tak berapa setuju dengan acara ini kerana bahaya untuk budak2.
Memang lah kita kena fikir positif, tetapi, banyak kecederaan melampau yang telah terjadi kepada penarik tali dewasa.
So pihak sekolah kena fikir kan wajar atau tidak wajar acara ini untuk murid-murid sekolah rendah.
 
 
Overall, anakanda tidak berjaya memenangi mana-mana acara pun.
Walaunbagaimanapun, semangat sukan tu yang penting.
 
 
 
 
p/s : Keputusan keseluruhan, rumah Hijau, juara tahun 2013
Yeaaaaaa
 
 


1 comment:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78