HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

29 Aug 2013

Cerita Alif Asthma

 
Salam Awal pagi Khamis.
Semalam memang tak terkata "kebiziannya" hingga tidak terkata.
(apa la ayat ni erk)
 
Alif anakanda ke-2 saya memang ada history lelah sejak berumur 3tahun.
Tahap lelah dia ni memang super sensitive dengan beberapa factor tetapi belum di kategori as kritikal or serius lelah.
 
Mungkin setiap pesakit lelah ada alahannya berlainan.
Bagi Alif, memang saya notis, antara factor major yang boleh menyebabkan dia lelah ialah
  • Bulu kucing
  • Air sejuk bergas
  • Chocolate
  • Habuk karpet/cuaca/rumah
 
Lately jerebu menyerang semula, makanya dia jadi sensitive. Start dengan normal batuk, terus batuk lelah. Batuk lelah ni batuk umpama cari nafas. Then batuknya berpanjangan dan kerap. Bertambah teruk kalau boleh dengan macam berwisel
Di sekolah pula saya tidak dapat memantau pemakanannya.
Dengan aktiviti sukannya lagi..
Semua ni antara sebab yang boleh menyebabkan lelah attack
Makanya...setelah sekian lama..Alif perlu ambil Nebulizer.
 
 
 
 
Day 1 -  27/8/2013  Alif yang semput, batuk memanjang sempat posing tuh

 
 

1st Nebulizer 27/8/2013 as at 9am

 

2nd Nebulizer 27/8/2013 as at 9.15pm



3rd Nebulizer 28/8.2013 as at 8.30am
 
 

Sarapan Roti Jala
 
Fuh..harap2 lepas ni tak perlu amik dah ye.. 
 
Selalunya, selepas Nebulizer tu Alif akan rasa lega.
Kalau tidak, sure dia akan batuk-batuk yang kerap coz sesak nafas kata Doktor.
Makanya..maknya pun agak ZOMBIE ni coz berjaga malam tadi.
Coz budak lelah ni selalunya akan ada masalah dengan pernafasan.
Depa tido lena mana nak perasaankan.
 
Doakan Alif cepat sembuh sepenuhnya ya..


10 comments:

  1. Replies
    1. Omak eh pun lotih..xleh tido..demi anak tersayang

      Delete
  2. masa kecik2 ada history lelah tapi alhamdulillah sekarang dah tak ada dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke..Ada amik ubat apa2 ke Cik Farah?

      Delete
  3. cepat sembuh ye hero..maklumkan kat skolah,nanti dia akan dikecualikan dari aktiviti sukan (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.Cikgu tak bagi dia join aktiviti lasak

      Delete
  4. Replies
    1. kesian kan tgk depa bila tak sihat tuh

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78