HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Aug 2013

Cerita EMERGENCY tak de air di Selangor pada 30/8/2013

 
Kali ni nak cerita tragis skit.
Selangor dengan isu Water Shortage!!
Oh tidakkkk !!!
 
Seawal 7 petang tanggal 30 Ogos 2013, buka pili air..tak de AIR!!
Fuhh, dok fikir, mungkin ada paip pecah kot somewhere nearby.
Siap p Tanya jiran sebelah rumah ni, kata Kakak Emily Khoo, rumah dia pun xd bekalan air.
So ..macam lega lah kononnya.
 
On tv for berita jam 8 malam.
Tu dia..baru dapat tau update bahawasanya ada isu sensasi la pulak.
Might be no water supply for two to three days????
 
Meloncat saya..
Bukan sebab apa..tapi memikirkan rumah ni ramai budak-budak, macam mana nak beristinjak?
 
Terus saya bergegas ke Giant berdekatan untuk mendapatkan bekalan air sementara.
 
Sesampai di Giant Supermarket, saya ingatkan saya yang antara terawal.
Rupanya ramai yang dah tahu tentang berita bekalan air ini.
Beratur panjang pelanggan dengan troli yang penuh berisi dengan air mineral.
Kebanyakan rak air mineral telah pun KOSONG!!
 
 
 
Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013
Rak Air Mineral Kosong!! Tinggal yang branded dan mahal je



Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013 ..Air Mineral mendapat sambutan


Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013..Ada yang beli siap guna troli. Dasat


Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013
Makcik ni nak buat open house esok. Baru dapat tau news.
Dia tengah blurr macam mana nak masak



Ini stok rumah saya. Banyak?!!!
Yelah, anak-anak ni mana reti nak jimat cermat. Berlebih tak mengapa.
Jangan tak ada kan.. kan kan
Esok harap ada yang hantar bantuan bekalan air untuk kegunaan mandi ala kadar dan hal nature call :)
 
Hopefully pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah serius ini dengan bijaksana kerana hal ini melibatkan banyak kawasan yang terdiri daripada jumlah penduduk yang padat.
Jangan pula kita timbulkan isu politik atau isu yang menambahkan masalah ye.
InshaAllah..kita sama-sama doakan untuk penyelesaian masalah ini.
 
 
 p/s :Its bad kata nyer. Never mind Syabas has already taken the emergency measure to make sure we get the water ASAP. Sementara tu kita mandi ala kadar jer la..
 
 
Nak tau berita? Klik Sini Isu Air Emergency di Selangor 30/8/2013

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78