HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

2 Aug 2013

ISTIMEWANYA LAILATUL QADAR

 

Ihsan : Google



TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QADAR ~
Para ulama berselisih pendapat tentang tanda-tanda Lailatul Qadar, apakah tanda-tanda itu dapat dilihat oleh mereka yang mendapatkannya. Dikatakan bahawa diantara tanda-tanda nya ialah;
i) Orang yang mendapati malam Qadar itu melihat bahawa segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit bersujud ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta'ala. ii) Orang yang mendapati malam itu melihat bahawa malam terang benderang, walaupun disekelilingnya berkedaan gelap sekalipun.

iii) Orang yang mendapati malam itu, mendengar salam malaikat dan tutur katanya.

iv). Orang yang mendapati malam itu diperkenankan segala doanya.


 Tanda-tanda malam Qadar yang di terangkan dalam Hadits ialah terbit matahari pada pagi hari dalam bentuk yang putih bersih bagai bulan purnama. Sinarnya lembut sahaja. Kepanasan di waktu siang tidak dirasakan, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang. Udaranya sangat nyaman tidak panas dan tidak dingin.

Walau bagaimanapun kebanyakan ulama berpendapat bahawa seorang yang beribadat pada malam Lailatul Qadar akan memperolehi pahalanya walaupun ia tidak melihat tanda-tanda yang disebutkan itu. Ini memberi harapan bahawa malam Lailatul Qadar itu pasti diperolehi tanpa kita sedari, tetapi dengan syarat kita beribadat dengan penuh iltizam dari awal hingga akhir bulan Ramadhan.
 
 
Sumber info : Google



1 comment:

  1. smoga kita mendapat kberkatan malm yg pnuh kberktn ni...untungla pada mereka yg DIA telah beri petunjk ttg mlm yg penuh kberktan ni.. =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78