HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Aug 2013

Resepi Ayaq Asam Utara

(Re-Post)

Menu Berbuka puasa hari ni 25 Ramadhan..

Salam petang 25th Ramadhan semua. Hari ni menu kami ialah Nasi Minyak. Excited nak buat coz semua adik-beradik saya datang berkumpul berbuka bersama2 kat rumah. Yelah, saya ni dah jadi surirumah sepenuh masa jadi tak de kesempatan nak ajak mereka berbuka di luar (takut juga mak abah merajuk as belah mertua dah 2x pi berbuka kat luar. tapi saya tau, mak abah saya bkn macam tu, kerana berbuka kat rumah lagi selesa dan tak terkocoh2 kejar Maghrib).

Ni sementara tunggu nak masak jap g, saya nak bgtau, suami saya ni orang Utara, makanya, apabila makan nasi minyak ke, nasi beriyani ker, atau apa saje jenis nasi sewaktu dengannya, maka WAJIB lah di sediakan AIR ASAM .. Nak lagi sedap bunyik nya "Ayaq Asam"
Ayaq Asam ni kira pencicah dan bagi naik selera macam cicah sambal belacan.
Macamana nak buat? Meh tengok resepinya yang mudah dan murah...


Resepi Ayaq Asam

Bahan-bahan ( untuk se isi keluarga )

  • 10 bji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • sedikit sos tomato dan sos cili
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam (secukup rasa)
  • Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.

Cara-cara

  1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
  2. Bawang besar & tomato - potong dadu/hiris2 ikut citarasa.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan sedikit cili sos dan sos tomato serta sedikit air asam jawa.
  4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan.. 

P/S : RE-POST coz ada yang ngidam resepi ni :)

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78