HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Aug 2013

Rojak Tonggek Bagan Pulau Pinang

 
Assalam para-para pembaca blog Sulaman Lace Heaven.
Terima kasih kerana masih sudi jenguk-jenguk intai di sini.
 
Cerita makan lagi..hehehe.
Kali ni nak promote ROJAK TONGGEK, Bagan, Pulau Pinang.
 
 

Gerai Rojak Tonggek

 
Gerai yang terletak di belakang Hospital Bagan, Penang, memang menjadi tumpuan penggemar rojak. Terdapat beberapa gerai lain yang juga menjual rojak.
Yang paling istimewanya, kita boleh tapau kuah rojak tersebut.
Ada kuah yang pedas, dan ada juga kuah yang biasa.



Suasana pelanggan di gerai ROJAK TONGGEK, Bagan , Pulau Pinang
 
 
Kenapa ROJAK TONGGEK nama dia?
Hah, pada mulanya saya pun agak tertanya-tanya kenapa.
Tetapi apabila dah sampai di sini, dan secara automatic kita semua akan dapat tau kenapa namanya sedemikian.
Cuma lihat gambar di atas..Nampak tak?
Sesiapa sahaja yang dating kesini pasti akan tonggek.
Tak kiralah tonggek sikit ke tonggek banyak.
 
 
 
My biras, Tini control tak tonggek coz takut anaknya terjunam pulak ke dalam mangkuk kuah rojak tu :)
 
 
 
 
Kalau makan kena tonggek, kalau tidak pasti percik lah kat baju tuh
 
Kenapa kena tonggek?
Hah, kalau uols tak tonggek, alamatnya kotorlah baju terkena percikan kuah rojak tuh.
Jangan lupa..kalau ke Penang, cari pot ROJAK TONGGEK ni yer.
Sekali rasa, pasti nak order lagi.
 
 
 
 


4 comments:

  1. oo itu macam ka.. kena bawak kusi lah nak duduk masa makan.. huhu

    ReplyDelete
  2. lawak je nama... rojak tonggek...hehe

    ReplyDelete
  3. waaaa... dah lama mia tak makan rojak ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78