HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

29 Aug 2013

Ronda Raya Hard Rock Hotel Penang

Assalam semua.
Dah hamper ke penghujung Syawal. MasyaAllah..cepatnya masa berlalu.
Ada yang selesai berpuasa Qadaq.
Ada yang baru nak mula berpuasa.
Ada yang sibuk dengan open house, ada juga yang baru berkesempatan bercuti kerana tugasan-tugasan penting.
Macam-macam urusan kan.
Wallahualam.
 
Apapun hari ini saya nak share cerita ronda ke HARD ROCK HOTEL PENANG.
Sebenarnya adik ipar suami saya yang teringin sangat nak pergi.
Luqman Nul Hakim a.k.a Akim yang nak sangat pergi.
 
Selepas pekena Nasi Kandar Beratur, kami cargas menghala ke area Batu Ferringgi Penang. Sepanjang perjalanan ke sana agak banyak kereta. Ramai pelancong asing yang gemar lepak di persisir pantai Batu Feringgi.
 
 
Juraian Lampu syiling dengan tulisan HARD ROCK HOTEL
 
 
Hard Rock Hotel Penang
 
Sebelum hari gelap, kami sempat berposing sakan. Yelah, bukan selalu dapat ronda.
Selagi ada kamera, selagi itu kamu snap snap..hehe
 
T-Shirt Hard Rock for HE & SHE
 
Dah datang jauh-jauh ni, sempat lah juga rembat sepasang T-Shirt Hard Rock Café Penang.
Murah aje, boleh buat pakai basahan.
Kalau dah mak abahnya membeli, si kecik tu tak kan tak nak.
 
 
Hard Rock Penang Cap
 
Rezeki Aina, dapat lah hadiah topi Hard Rock Penang. To me, mahal la jugak topi macam ni sebab dia membesar, soon topi ni tak padan.
Simpan muzium lah erk.
Tapi memang sweet lah topi ni.
Anje abahnya, apa nak kata.
 
 
Inilah dia Cik Wawa dan suaminya Hakim
 
Hah itu lah dia pengantin lama, Cik Wawa Kalista & suaminya yang beriya-iya nak ke sini. Adik perempuan suami saya.
Both lecturer di Politeknik Muadzam, Pahang.
Depa berdua ni memang ada buat part time ambil gambar pengantin. (tolong promote sat)
Siapa berminat sila pm ke
 
or
Contact Hakim 012-3299764
 
Slow Rock Café
 
Setel berjalan sakan di persekitaran Hotel, lobby hotel, snap gambar sana sini, perut pun dah menyanyi macam2 lagu.
Alhamdulillah, di seberang jalan berhadapan hotel ada sebuah café.
Hah..sedondon pula namanya dengan hotel ni. Nama tempat makan ni ialah SLOW ROCK CAFE.. hehehe..anak syarikat kot erk?
 
 
p/s:Berjalan-jalan dapat, berposing dapat, shopping dapat, penat pun dapat..
So..till we meet again ye Hard Rock Hotel Penang.
 
 
 


7 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah..kita p ramai2 bawak gitar gergasi tu balik..hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. sakan jugak le berjalan2 raya..hihi

      Delete
  3. The food at Slow Rock Cafe is average and overpriced. Nasi Goreng USA for RM8 and an empty Nasi Goreng Cina for RM6. I'd advise anyone to drive down to the food court in front of Copthorne Orchid Hotel or anywhere else than eat at the Slow Rock Cafe.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78