HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Aug 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

 
 
Assalamualaikum buat semua teman-teman, sahabat,saudara mara, kenalan di blog SULAMAN LACE HEAVEN.
 
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua muslimin muslimat.
 
Semoga Syawal ini adalah detik kemenangan buat kita semua setelah sebulan menjalani ibadah puasa Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga segala amal ibadah kita mendapat ganjaran dari Allah Taala.
 
Di sini juga saya ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata, terlajak bicara, maafkan lah saya.
 
Kepada yang masih dalam perjalanan menuju ke kampong halaman tu, hati-hati di jalan-raya.
Kepada yang masih tercongak-congak nak balik ke tak nak, ingatlah kepada ayahbonda tersayang.
Lupakanlah sengketa lama. Buang yang keruh ambil yang jernih.
Buangkan segala  dendam hasad dengki demi Aidilfitri yang menjelang tiba.
 
Semoga kalin ceria dan bergembira di hari lebaran nanti.
 
 
 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
 
Daripada Fuza sekeluarga
 
 
 
 
p/s: Tahun ni giliran mana?? Jangan gaduh-2 ye. Saya seperti biasa akan beraya ikut giliran. Tahun ni ke kampong mertua di Penang.
Alhamdulillah, so far kami tidak ada masalah gaduh nak balik kampong mana.
 
ehem..ehem..Baju raya tahun ni tema apa?
Hah saje nak share gambar raya saya sekeluarga kat bawah ni :)
 
 
 

Raya 2010 di Kelana Jaya, Selangor

 
 

Raya 2011 di Kepala Batas, Penang

 
 

Raya 2012 di Kelana Jaya Selangor

 
 
 
Nanti saya update gambar raya di next entry ye... InsyaAllah..tungguuuu
 
 


4 comments:

  1. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri buat Puteri Airyn too :)

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78