HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Sep 2013

Semoga mendapat HAJI yang mabrur INSYAALLAH

 
Berlalulah sudah Syawal.
Tiba pula Zulkaedah.
Tibalah musim haji.
 
Kawasan rumah ayahbonda saya berdekatan dengan Komplek Tabung Haji Kelana Jaya.
Makanya suasana riuh rendah musim haji tu memang terasa.
 
Walau bagaimana pun, suasana itu tidak lah semeriah semasa zaman saya kanak-kanak dulu kerana penerbangan tidak semuanya tertumpu di Kuala Lumpur.
Kalau dulu, sehari akan ada 3-4 kali penerbangan.
So gerai-gerai jualan akan jadi sangat sesak.
 
Alhamdulillah, salah seorang abang sepupu telah sampai serunya untuk menunaikan ibadah Haji bersama dengan isterinya, Kak Yuslin.
 
Pada 1st September yang lalu beliau telah mengadakan majlis kesyukuran di umahnya di Bukit Kiara.
Hanya family terdekat sahaja yang dijemput.
Penerbangan abang sepupu saya telah pun berlepas pada 10/9/2013.
 
Jom layan beberapa gambo majlis dan kenangan sebelum melapor diri.
 


 
Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Ayahanda, anakanda bersama sanak saudara


Saya dan Aina


Di hadapan rumah Abang Fairuz

 
Mohd Fairuz Abdullah, Chief Executive Officer of Flavor Innovation
 
 
 



Family photo sebelum lapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
 
 
 
 
 
p/s: Semoga sihat, dah selamat pergi dan selamat pulang ke tanahair kepasa semua JEMAAH HAJI. Amin

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78