HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Oct 2013

Bunga Kenanga Hijau

 
Bunga Kenanga
 
Assalam semua..
Nak cerita lanjut sikit tentang gambar yang saya post semalam under entry Wordless Wednesday #30.
 
Ada yang tahu dan ada yang tidak mengenali gambar bunga di atas ini.
BUNGA KENANGA.
 
 
"Pokok Kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cananga odorata (Lam.) Hk. f. et Th. [1]
Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah. Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.
Pokok Kenanga merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bagaimanapun pokok kenanga kawin mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2 meter. Pokok kenanga kawin biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal"

Sumber WIKIPEDIA


2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78