HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

28 Oct 2013

Laksa Johor Restoran Azira Shah Alam

 
Assalamualaikum semua
Hari Isnin..minggu baru..
Semangat berkobar?
Semangat lemau?
 

Hari ni saya nak buat review tentang pot LAKSA JOHOR.

Sebenarnya saya ni penggemar tegar laksa.
Tak kira lah apa juga jenis laksa. Asalkan namanya LAKSA.

Kali ni nak cerita tentang RESTORAN AZIRA
Restoran ini terletak di NO.3 & 5 JALAN CHEONG SAM Seksyen 10/11, Shah Alam, Selangor.

Pada mulanya kami sesat.
Saya memang biasa kawasan Shah Alam ni kerana MakSu saya tinggal di kawasan Seksyen 10 ni dah lama. Mungkin ada yang kenal Mak Nik yang jual nasi lemak kat sebelah Caltex Lepas Bulatan Kayangan tu.
Hah adik abah saya tu.

Sebenarnya, saya menemani Mak Tiri Mr. Husband semalam, Chekgu Azrine yang ngidam nak makan Laksa Johor ni sejak setahun yang lalu. Dia dapat tau pot makan ni tru kawan blognya. Kiranya tru review blogger lah ni.


Fuh ..pusing punya pusing, rupanya deretan kedainya terletak berhadapan dengan rumah Mak Nik. Alhamdulillah..sakan kami bila dapat jumpa kedai ni. First impression...wow!! Ramainya manusia. Duduk terus tak tengok lauk lain dah...terus order LAKSA JOHOR yang di perkatakan tu.


Sebenarnya, selain LAKSA JOHOR, terdapat juga menu-menu lain, seperti nasi ayam, mehun sup, mee kari, lauk-lauk campur, pelbagai jenis ulam, serta cucur goreng seperti pisang tandung goreng, keledek goreng, cucur udang dan macam2 lagi.
Persekitaran kedainya juga bersih. Teratur.

Cuba lah tengok antara gambar2 yang sempat saya snap2 untuk makluman uols.

Memang sedap LAKSA JOHOR ni.
Memang uols patut pergi cuba...
InshaAllah uols pasti tergoda jugak

 
Laksa Johor sedap meletop


Restoran Azira Seksyen 10 Shah Alam, Selangor
 

Sayur dan Ulam

Ulam-ulam Kerabu


Macam-macam lauk pauk di sediakan


Cucur goreng-goreng

Saya dan adik ipar, Zati Iwani
 
Laksa Johor sedap meletop.
Cucuq Pisang Tanduk makan sesedapnya..Nak lagi!!
Memang sedap..sehinggakan pejam mata kami makan.. Cuba tengok...hahaha



Di hadapan Restoran Azira

 

Macamana nak pergi?
   Dari arah KL/KLANG di Bulatan Kayangan selepas Pusat Akuatik Selangor, roundabout 
   uols amik pukul 12.
   Trafik light pertama tu nak masuk Seksyen 9, sila IGNORE.
   Selepas trafik light pertama terus kan perjalanan, sehingga uols nampak Hotel 
   Concorde.  Tetapi sebelum sampai ke Hotel tu, kena standby nak belok kiri.
   Landmark masjid kubah hijau..uols standby cari signboard besar gabak "SEKSYEN 10"  
   terus ambil simpang kiri tuh.
   Once dah ada dalam kawasan tu, uols pasti tak sesat coz hanya ada 2 
   deretan kedai dalam kawasan perumahan tersebut. Hah, kat situ lah RESTORAN AZIRA.







pst..pst... Nanti nak pergi lagi!! Ayat tak boleh blah.. Jom uols :)

12 comments:

  1. mama yang duduk johor tak pernah makan laksa ni, yang sebetulnya tak minat laksa.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke... sedap..pekat kuah dia tuh

      Delete
  2. wah nampak sangat menyelerakan tu...

    ReplyDelete
  3. mun xbrape suka laksa..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseh man,,,baru nak belanja Cik Mun

      Delete
  4. perghhh...dah la malam malam camni tgk...mana nak cari laksa!!!! :P

    ReplyDelete
  5. Salam,,..

    wah mmg nmpk mnyelerakan..huuuu
    nasib bek tau jugk jln nk p sana tu..bleh la g try nti..
    thanks share.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tak ada Laksa Johor coz chefnya udah berhenti

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78