HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

20 Nov 2013

Demam melanda

 
Salam petang Rabu.
Rasanya agak lama saya tak BW.
InsyaAllah, saya akan cuba visit uols ye.
Kemana Fuza menghilangkan diri?
 
Saya demam beberapa hari yang lalu.
Lepas seorang demi seorang dalam rumah ni demam.
Harap semuanya cepat sembuh kerana tidak lama lagi nak pergi bercuti.
Doakan kami sekeluarga sihat walafiat ye..
InshaAllah
 
 
Hadis
 
 
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah
hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?


Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”.
(Hadith riwayat Muslim)


Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana  landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.  
(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya. .



Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama.

Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

17 comments:

  1. semoga cepat sembuh semuanya .. :))

    ReplyDelete
  2. get well soon yer... musim demam sekarang ni agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Farah..u take care juga ye..musim panas hujan ni...

      Delete
  3. get well soon kakak...patut la rasa lama je tak nampak akak...jgn lupa mkn ubat ye...take a good care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis...ubat dah macam makan nasi ni

      Delete
  4. Replies
    1. tq Yu..
      nak p jenjalan ni...harus nak sihat

      Delete
  5. habis tu skrng dah ok ke cik fuza?
    makan ubt ye...bnykkn minum air..
    =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78