HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

10 Dec 2013

Alif selamat berkhatan

 Assalam semua.
Hari ini nak share cerita tentang Alif yang berkhatan.
Alhamdulillah pada 1 Disember 2013, Alif telah pun dikhatankan.
Kini sudah hamper seminggu, Alif recovering.
Nak tau hal program KLIK SINI 
 
 Seawal jam 7.30 pagi saya telah pun sampai di perkarangan masjid. Tujuan dating awal supaya dapat angka giliran awal.
Kalau dah lambat, nanti mood excited nak khatan tu jadi gabra apabila dia melihat teman-teman yang entah mana rupa selepas berkhatan tu.

Breakfast disediakan. So tak ada lah rasa kebulur sangat sampai awal pagi.
Pada jam 8 pagi kaunter pendaftaran dibuka. Setiap peserta akan mendapat cenderahati yang berbentuk beg sekolah, beberapa buku bacaan, air syifaa serta mainan kanak2 seperti 'Snake and ladder".

Selepas acara taklimat ringkas dari Doktor pakar, acara siram, mandi dengan air paip bomba dilakukan di perkarangan tempat letak kereta pintu utama.
Sakan lah budak-budak ni main air. Tak ingat dunia. hehehe

Selesai acara mandi, semua perlu bersiap sedia salin pakaian.
Alif Nampak berdebar, juga Nampak excited.
Wan dia temankan. Masa abangnya dulu Atuk dah temankan,
So adil dan saksama.

Alhamdulillah, selesai sudah acara khatan. Alif ada lah menangis sikit. Yang bestnya, Wan dia pun nangis juga coz terharu dan sebak tengok cucu mengalir air mata *_^.

Pada hari tersebut kami sediakan pulut hajat.
Semoga Alif cepat sembuh dan bakal menjadi anak yang soleh, membahagiakan kedua ibu-bapa, taat pada agama, serta menjadi anak yang cemerlang.
Aminn
 
Alif Farhan Bin Adli Lutfi

Angka giliran Alif ialah ke-5.. Bersedia?

Amboi...amik mood

Sebahagian daripada 60 orang kanak-kanak yang terlibat untuk majlis Khatan
 
Paip bomba yang deras. Acara lama yang dah dimodenkan.
 
Sakan depa main ayaq naa

Before and after... Steady Abang Cik

Anakanda bersama Wan dan Atok.
Alhamdulillah, rezki depa Wan dan Atok dapat hadir bersama di majlis bersejarah.

Bersama anak bujang saya

Antara pasukan sorak yang hadir awal pagi.
Tq semua kerana dating bagi semangat

 
 

6 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78