HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

25 Dec 2013

Cermin mata hitam ku HILANG

Assalam semua.
Sambungan dari cerita ke Petrosains.
 
Nak cerita kisah gabra kat sana.
Semasa di Petrosains, memang sakan lah singgah ke semua booth sains yang disediakan.
Sampai tak ingat dunia kata orang.
 
Sampai di station yang hampir di penghujung exit Petrosains, di dalam panggung 3D, baru saya perasaan...cermin mata hitam ku seperti photo di bawah HILANG!!!
 
Gilosbabas la mencari kehulu kehilir.
Sehinggakan patah balik jalan yang pernah kami lalui.
Punah harapan...
Tak ada uols.
Sedih la sebab sentimental value tu. Walaupun murah kan..
 
Saya buat laporan di kaunter khidmat pelanggan.
Dan katanya dalam masa 2 hari mereka akan hubungi saya sekiranya mereka jumpa.
Adoi...macamana nak bagitau Mr. Husband ni.
Cuak sangat2 ni.
 
Posing tiket dan Spek Mata Hitam Ku
Posing sana sini..tak ingat...

 
Tetapi uols...
Dalam masa saya nak melangkah keluar, petugas ni kaunter memanggil saya.
Saya Tanya "Dah jumpa ke?"
Petugas "Kami minta puan kenal-pasti barang yang kami jumpa ni"
 
YaRabbi..
Alhamdulillah, itu memang cermin mata hitam saya.
Lega sangat-sangat.
Yang penting memang rezki saya kuat.
 
Terima Kasih kepada pihak Petrosains KLCC kerana kejujuran dan kecekapan dalam ISO menjumpai semula barang yang hilang.
Dalam masa 45minit dari masa yang mereka terjumpa cermin mata hitam ni, barang yang dijumpai sudah berada di kaunter dan telah pun saya terima
Lega, kalau tidak,.jenuh nak kena dengan smash boom bang dari Mr Husband...
 
Alhamdulillah 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78