HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Dec 2013

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia

 
Allahyarhamah Seniwati Azean Irdawaty
 
KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa  17/12/2013 pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.
 
 
Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.
  




 Semoga roh arwah dicucuri rahmatNYA
 
 Sumber berita
 

Surah AlFatihah

 
 
 


 
 
 

2 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78