HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

13 Dec 2013

Tips pemakanan & Berpantang semasa BERKHATAN

Assalam semua.
Salam pagi Jumaat yang penuh barakah.
Banyakkan berselawat, berzikir, agar kita sentiasa dilimpahi dengan RahmatNya. Amin
 
Bercerita tentang anakanda Alif yang berkhatan pada 1/12/2013.
 
 (Cerita acara khatan KLIK SINI)
 
Perlu ke berpantang??
Teknik laser pun kena pantang ke..bukan cepat baik ke?
Eh bukan ada menitik darah pun!
Mana ada pasang clamp..cepat baik kan...makan je apa2!
 
Macam-macam soalan yang ditanya.
Tetapi disebabkan ayahbonda saya serta opah saya pun masih hidup, kata orang tua-tua, "Berkhatan tu umpama pantang bersalin. Kalau tak dijaga nanti bentan"
 
Ok, apa nak bagi makan kat patient berpantang?
Tujuan berpantang tu supaya luka tu cepat sembuh.
Untuk elakkan luka bernanah.
Untuk elakkan bentan.
 
Ramai yang kata bagi menu seperti orang berpantang bersalin.
 
1- Nasi Panas
2-Ikan Bakar
3-Ikan Bilis Goreng
4-Sup ikan Gelama tumis halia
5- Biskut Lutut cicah dengan air Milo untuk minum pagi dan petang.
 
Tapi larat ke budak-budak nak makan benda yang sama je?
Kata mak, bolehlah bagi dia makan yang sepatutnya asalkan tak gatal, tak pedihkan luka, tak memudaratkan.
 
Buah-buahan boleh bagi (elakkan yang sejuk)
Tumis sayur pun boleh bagi
Roti canai, roti, kuih-muih pun boleh bagi.
Yang penting no SEAFOOD & ayam dan sewaktu dengan nya k.
 
Lagi satu petua,sekiranya alat sulit tersebut berkuping (disebabkan air bisa dan darah serta nanah yang mengering), bolehlah direndam dengan air panas suam yang dicampurkan dengan garam.
InshaAllah, luka tersebut akan lagi cepat bersih.
Benang jahitan juga akan mudah tetas sendiri.
 
InsyaAllah.
 
Sharing info is caring.
 
Alif 1st day berkhatan.

Biskut Tunku juga dikenali Biskut Keras ataupun Biskut Lutut.


7 comments:

  1. la tuh kee name nye biskut lutut heheh comel jee name..np pggil biskut lutut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. macam tulang lutut kot..erk? Turun temurun depa dok panggil

      Delete
  2. Sedapnya org khatan mkn biskut lutut..

    Ok nti nk pkai tips ni for aish plak..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang sihat pun sakan nyicah biskut khas dari Kepala Batas Penang...hehe

      Delete
  3. semua pantang larang tu untuk kebaikan juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik obey..kalau mudarat lagi payah nak cari ubat kan

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78