HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Jan 2013

31.1.13 Happy Birthday to me..Bandung Trip jom..

Alhamdulillah....
Rezki tahun ni...
Kebetulan dapat tiket from my dear hubby on my birthday....
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...yeaaaaaa
Hadiah lagi...
Terbang ke Bandung!!!

Bila?

InshaAllah today 31/1/13 pada jam 10malam ini.

Tengah bersiap2 ni..
Maklumlah..LCCT tu pun macet selalunya...
(oppss dah praktis cakap Bandung..hahaha)

Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.
Oh ya..ni bukan honeymoon trip ye..coz si kecik Aina pun ikut.. Jadi bodyguard kat mak dia
(ciri2 jeles kot from abahnya..hahaha)

(Dekat bawah ni saya attached kan beberapa gambar yang memanggil2 saya ke Bandung..ni gambar masa trip in year 2012 dengan sis angkat & sis inlaw)


Beg dan duit jutawan sudah ready


 Pintu gerbang ke Bandung. Welcome..Welcome


 This trip kami akan menginap lagi di Hotel Caryota.. Selesa..lokasi dekat tengah2 Factory Outlet dan semestinya harga berpatutan.

 Pasar Baru Bandung..1st place to go..
Doakan saya insaf ye..supaya tak terover soping..huhu...


 
 Tu diaaaa....mabuk tengok kain..
Nak berkualiti..kena lah pandai cari and tawar menawar..fengsannnn tengok design2 baru !!!




 Rumah Mode...wah wah wah..mmg sakan ..Jutawan bisa muflis kalo berbelanja x hengat dunia!!




 Hah.. Kartika Sari..mesti pergi k... Brownies Choco Chips dia the best!!


 One of our fav Restoran Sangkuriang... Macam2 ada...


 Paris Van Java pun best...

 Ekceli ada banyak lagi tempat2 best.. tapi memandangkan saya dah terkinja2 nak pi..nak bersiap ni nak g ke airport
So tunggu next entry for new updates k...

Bye bye uolsss.....





p/s :So...selamat berjumpa after my trip ye kawan2..
Singgah la kat my blog ye while I'm away...
Ada je saya buat schedule entry..







Alhamdulillah...hadiah birthday 2013

 Alhamdulillah... tahun 2013, rezki kami murah. Syukur YaAllah.
Tahun ni my dear hubby swuh beli hadiah sendiri..
Memula tu macam blurr nak beli apa kan..
Hmm..perfume udah..baju sokmo..
Hah..kebetulan spec Gucci saya dah tamat riwayat. 
Maka saya bercadang mencari yang gantinya.
Masuk kedai Charles & Keith..semua benda cantik..


 
 Tengok kasut nak kasut.
Tengok Belt nak belt.




 Jenjejeeengggg...
Tengok spek...memang nak spek.
Jenuh la mencuba dari tingkat atas rak hingga ke bwah sekali.
Sambi mencuba amik gambo..wassup kat mr hubby yang berada di seberang lautan tu..
Pada dia semuanya ok....
 



 Akhirnya....yang ini jadi pilihan hati.
Simple aje..yang penting ada UV Protection.
Harga pun berpatutan 
Sempat gak nak posing tuh...hahaha


 Eceh,...xdan balik rumah..dah cewi.. dok tengok je tak sudah2...
Hehehe..


Hah...tu dia.. 
Isteri to my hubby...bonda to my kids...kakak tu my adik2... aunty to my nephews & nieces...anakanda to my parents.. menantu tu my mertua.
 Saya lah tu... amacam? Posing macam umuq 20an dak? Hahahaha
PERASAAN!!! 

Alhamdulillah..tahun ni masuk 37 tahun. Moga sihat2...panjang umur.. murah rezki..penuh keimanan..dan dijauhkan dari sakit2 hati manusia dan syaitan... Nauzubillah

Sama2 kawan2 semua doakan yang terbaik buat kita semua ye
InshaAllah


p/s : doakan juga selamat perjalanan saya ke Bandung malam ni.. Amin

31.1.13 Happy Birthday to me..

Alhamdulillah.... pada hari ini genaplah umur saya 37 tahun.
Doakan lah yang terbaik buat saya disamping family.
 
Cantikkan tarikh ni...

31.1.13

Pavlova yang yummy for the celebration.


  Posing dengan Pavlova Birthday

 

 My favourite parfum Lancome Miracle...dapat as Birthday Present from my dearest hubby.



 Happy Birthday to me.. :)



TQ dear for the earlier celebration...



And also thank your dear for the special birthday present...
Apa dia? Uishhh..jangan fikir 18SX erk uols..
Tunggu next entry k..hehehe




p/s : Pada sesiapa yang nak order Pavlova, CREPE bagai..cookies, hampers for any function dan apa2 yang berkaitan dengannya g lah visit di FB Kak Eliz under nama ELLIZA ADIK


30 Jan 2013

Ajar Buat FACEBOOK boleh?

 Kisah Dan Telan je laa
Nurul : awak... Tolong ajar saya buat facebook boleh tak?

Firdaus : Boleh. awak dah ada depan komputer ke?

Nurul : Dah. saya dah ada email pun.

Firaus : Cantekk! Ok, skrg awak bukak browser firefox atau internet explorer.

Nurul : Browser tu ape?

Firdaus : Laa. awak klik menu start, lepastu cari tulisan internet explorer.

Nurul : Lepastu?

Firdaus : Kat kotak paling atas, awak type www.facebook.com pastu enter.

Nurul : Oke! Lepastu wak?

Firdaus : Kalo dah keluar gambar, awak isi form pendaftaran sesuai yg ada.

Nurul : Isi yang mana wak? Takde pape pun kat page ni.

Firdaus : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?

Nurul : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.

Firdaus : Oh! awak salah tulis dari awal tu.

Nurul : Betul la saya type, www.facebook.com .

Firdaus : Hmmmm, mungkin connection internet awak mati kot.

Nurul : Eh? Kene ada internet ye? Rumah saya takde internet

Firdaus : Cisss. Senget! Jari saya sampai lebam kasi tau awak. Rupenye rumah awak
takde internet.

Nurul : Hehe. Takpe la. Nanti kalau saya pergi cyber cafe saya sms awak lagi ye.
Thanks ye.

Firdaus : okey, email awak ape weh?

Nurul : www.minumankoko@yahoo.com. Ada kawan saya buatkan. Saya belum pernah buka lagi.

Firdaus : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..

Nurul : www tu ape wak?

Firdaus : Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh~

28 Jan 2013

Puding Koktail Mudah dan sedap


Salam Hari Isnin semua...
Masih bercuti hari ini. 
Hah tengah senang2 tu..apa kata cuba resepi kat bawah ni, Senang aje.. tak perlu air tangan,
Hanya memerlukan KERAJINAN..hehehe






PUDING COCKTAIL
Oleh: Yan Shamsuddin

Bahan2:
2 TIN SUSU CAIR
1 TIN SUSU PEKAT
1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD
1 TIN BUAH COCKTAIL AMBIL ISI
1 TIN BUAH LAICI AMBIL ISI
1 TIN BUAH LONGAN AMBIL ISI
BUAH STRAWBERRY DIPOTONG2
BUAH KIWI DIPOTONG2

CARA2
MASAKKAN SUSU CAIR DAN SUSU PEKAT..
MASUKKAN TEPUNG CUSTARD DAH HANCUR TUTUPKAN API
SEJUKKAN SEKEJAP BARU MASUKKAN SEMUA BUAH2an TADI
MASUKKAN KE DLM PETI SEBELUM DIHIDANGKAN.

Selamat Mencuba! :)
 
sumber FB..BUKU RESEPI

Cerita Weken yang panjang 25 Jan to 28 Jan 2013

 Weekend baru2 ni cuti Panjang due to Maulud Nabi & Thaipusam
Actually kami sekeluarga tak berapa nak sihat..
Tetapi..memandangkan anak3 pun dah siapkan homework..dah bakal kena tinggal minggu ni.. maka maknya gagahkan lah juga meluangkan masa meronda ke Paradigm Mall


 Memang sangat crowded suasana dalam Mall... maklumlah... cuti panjang.. baru gajian plak tu kan.. dan paling ramai shopping for Chinese New Year.
 Penat juga lah nak berjogging.. makanya anak3 request nak makan kat Chili's..
Hmm bukan pasal high taste. Tapi selalunya apabila ada birthday antara kami, sure my hubby akan bawa ke tempat macam ni sekali sekala.
So kata anak sulong...." jom lah makan sempena birthday mak nanti"
Terharunya mak apabila anak3 countdown birthday mak...


 Makanan Chili's ni sebenarnya tak lah mahal.
Cuma...tipsnya.. Kalau bawa budak...depa boleh dapat makan FREE. Macamana? 
Hah 1 meal dewasa dapat 1 meak kanak2 FREE.
Makanya saya & Aiman bedal set yang dewasa.. Aina & Alif dapat lah set FREE.. 
Banyak juga pilihan set yang free ni. Ada burger, spagheti, ala2 ciken chop... sesuailah portion untuk kanak-2


 Sempat juga nak posing ni sebelum uols dah tak nampak apa benda yang kami order,hehehe

 
 Masing2 dengan menu pilihan... 
Aiman dengan steaknya
Alif dengan chicken chopnya
 Paling best..Ice lemon Tea boleh top up selagi u berada di dalam kedai tu
Isilah sampai takat mana lalu nak minum. Jangan membazir sudah.  


Alhamdulillah...happy tengok anak3 happy.

27 Jan 2013

Demam batuk selsema


Assalamualaikum. dan salam sejahtera kawan2 blogger..
Maaflah kalau Fuza xdan nak jenguk2 laman uols,bukan tak sudi,bukan dah majuk,bukan tak ingat. Nanti slowly kita sergah ye.

Sebenarnya sejak Jumaat agak sibuk dengan macam2 hal.
Paling sibuk apabila ketiga-tiga anakanda saya DEMAM, BATUK, SELSEMA serentak.
Ni pun baru nak rajin2 on laptop.. 

Semoga anakanda semua cepat sembuh sebab mak pun dah mula ketaq nak demam ni..

Jangan mencari kesalahan orang


26 Jan 2013

Simptom / Tanda Gangguan Jin



(SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR ANDA SEGERA DIRAWAT!!!)



1. FIZIKAL
* Kepala terasa pening terasa leher berat atau kaku
* Bahu selalu berat / sengal
* Rasa nyeri, panas atau terasa berat pada bahagian-bahagian tertentu
* Dada sesak atau panas
* Sakit pada perut atau ulu hati
* Gangguan sekitar rahim, prostat, buah pinggang
* Pandangan mata kabur
* Ketika tidur, berdengkur dengan kuat atau gigi bergesel
* Makan-minum berlebihan daripada kebiasaan
* Memiliki kekuatan fizikal yang diluar kemampuan manusia
* Sakit yang sangat pada jam-jam tertentu
* Sakit yang berpindah-pindah



 2. PSIKIK
* Mudah dan sering marah / tersinggung
* Bingung, sukar menumpukan perhatian pada pekerjaan
* Kerap bermimpi yang menakutkan
* Kerap bermimpi didatangi binatang buas
* Kerap bermimpi dengan orang yang sama
* Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
* Bermimpi berada di tempat yang berbau busuk
* Resah, gelisah, takut
* Sukar untuk tidur, banyak tidur
* Malas beraktiviti dalam kebaikan
* Kerap berprasangka buruk, was-was, Mood tidak stabil
* Merasa ada bisikan-bisikan dihati atau telinga
* Pernah atau sering mendengar suara letusan di atas bumbung atau sekitar rumah, khususnya malam hari
* Kerap “meneka” peristiwa yang akan berlaku (menerawang)
* Boleh melihat “sesuatu (makhluk atau benda) yang umunya tidak dapat dilihat oleh orang lain



 3. IBADAT
* Sering lupa jumlah rakaat solat
* Terasa berat / mengantuk setiap berzikir atau membaca Al-Quran atau ketika hadir dalam majlis ilmu
* Sering sukar bangun pagi / subuh
* Merasa selalu ada yang mengikuti
* Sering batal ketika berwuduk
* Kerap tidak yakin ketika berwuduk, mandi janabah atau was-was ketika solat




 4. BARANG ATAU BENDA
* Merosakkan mesin: Kereta, motor, mesin kilang dll
* Memiliki benda bertuah (jimat, susuk, keris, tali pinggang, dll)
* Pokok tidak boleh ditebang



5. Ketika tidur
*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
*Mimpi tandas dan buang air
*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.


6. Ketika jaga
*Sakit tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.
*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.
*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.S
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
*Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.
*Sakit mental atau gila.
*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza


7. Kerasukan Dan Gila:

Tahap ini adalah tahap penyakit gangguan jin yang kronik dan teruk. 
Apabila sudah dirasuk, minda pesakit dikawal sepenuhnya oleh jin yang memasuki jasadnya sehinggakan pesakit tidak sedarkan diri. 
Pada ketika ini, pesakit umumnya tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.
Suara pesakit dan gaya bertutur juga berubah mengikut jin yang merasuk. 
Cara pergerakan, cara melihat dan lagaknya juga berubah seperti jin. 
Kerasukan yang melibatkan jumlah orang yang ramai dinamakan histeria.
Pesakit biasanya ganas dan lebih kuat secara fizikal sehingga memerlukan ramai orang bagi mengawalnya.
Ada juga pesakit yang tidak seperti dirasuk tetapi menjadi gila. 
Pesakit sudah tidak dapat membezakan antara dunia hakiki dan dunia ghaib. 
Pesakit mungkin berupaya bercakap-cakap dengan makhluk-makhluk yang ghaib, suka menyendiri dan tidak menghiraukan keadaan diri sendiri. Mereka mudah melakukan perkara-perkara yang mengaibkan diri sendiri.


Sumber : http://www.esempoi.com/  , 

http://www.penawar.com/v11/2012/02/09/lima-peringkat-gangguan-jin/




25 Jan 2013

Malam Cinta Rasul 2013



Malam Cinta Rasul 2013
25 Jan  2013
10 mlm
Astro 114

Jangan lupa menonton malam ini.. 
Berselawat..berqasidah memuji baginda Rasullullah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam atas Junjungan Mulia Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda. Semoga Dia melimpahkan rahmat-Nya atas para sahabat, ulama muktabar dan orang-orang yang mengikuti jejak baginda sehingga Hari Kiamat.



Subhanallah, satu fenomena yang amat sihat berlegar di negara ini. Gelombang cinta Rasul dikocakkan dengan dendangan qosidah, menembusi hati-hati manusia dengan cahaya selawat. Baru-baru ini, satu program Malam Cinta Rasul 2013 telah diadakan pada Rabu, 9 Januari 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras


Dianggarkan, dalam lingkungan 10, 000 hadirin membanjiri stadium bersama-sama meluahkan rasa kecintaan, kerinduan, kehangatan kasih sayang terhadap sebaik-baik manusia, Penghulu Mutlak Dunia dan Akhirat, pemberi syafaat dan Sang Kekasih Allah, iaitu Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w. 

 Sumber : TVAlhijrah
 

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu

 
 
PEREMPUAN jangan terlalu berkuasa daripada lelaki. 
Kerana walau apa yang terjadi, syurga tetap di bawah tapak kaki suami. 
Jadi LELAKI walau syurga isteri di bawah tapak kakimu, jangan terlalu bermegah diri. 
Walau sebesar mana pangkatmu, SYURGAMU tetap di bawah tapak kaki IBU :)

23 Jan 2013

Selamat Menyambut Maulidul Rasul 2013


Assalaamu'alaikum Ikhwanul muslimin dan muslimat sekalian, malam ini ialah 12 Rabiul awal, ulangtahun keputeraan Rasul tercinta, Nabi Muhammad salallaahu 'alaihi wasallam . Baginda tersangat mencintai umatnya, sebagai tanda kita mencintainya ,marilah kita memperbanyakan dan sentiasa berselawat keatasnya, 
ALLAHUMMA SOLLI'ALAA MUHAMMAD WA'ALA AALI MUHAMMAD.

Tebusan Algeria: Rakyat Malaysia di sahkan terbunuh







 Seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Chong Chung Yen telah disahkan terbunuh.
Mendiang akan dibawa pulang ke tanahair .

Mendiang antara yang terlibat dalam insiden tebusan kumpulan militan pada Rabu lepas di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, di Timur Algeria.

Dalam kejadian itu, 60 pemberontak lengkap bersenjata menyerang dan menawan OGPC Amenas, kira-kira 70 kilometer dari sempadan Algeria-Libya dan menjadikan 150 pekerja, termasuk 41 warga asing sebagai tebusan.
Kejadian itu dipercayai bermotifkan balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak di Mali.

Seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan TAKZIAH buat keluarga mendiang.


Sumber : Buletin 1:30 di TV3, 23 Jan 2013

Wordless Wednesday #3 2013,


22 Jan 2013

Tips blogging


 Wah..tengok dari graph tu macam cerun curam...
Kecut perut rasanya erk kalau nak lalu cerun tuh hehehe
Ekceli saje nak share..pada 14 Jan..traffic saya tersangatlah bz.
Kerana keyword BERSIH  

Kepada yang nak tau contoh entry daboom saya boleh klik SINI
Setakat ni dah cecah 1500 viewers dalam masa 1 day.
Alhamdulillah. 


Most of the keyword bersekitarkan BERSIH. Memang hit dasat.

Walaupun masih belum merasa BE earnings...tp last week tabung penuh.
Tq uols coz tolong isikan tabung nuffnang Fuza.



So secara simplenya, kepada blogger2 baru, apa tips nak tarik traffic?

1) Keyword yang kebabooommm!! Meaning keyword yang orang akan google.
Contohnya isu semasa. durian crepe sedap, Bersih, Maharaja Lawak. Apek Leuniey.

2) Post entry pada waktu yang ada orang nak baca. Macam mana nak tahu masa bila?
 Hah..refer pada nuffNang.. ada kat situ tunjuk total visitor per hour. So anda boleh buat kesimpulan bila masanya ramai pembaca datang meluangkan masa berblogging.

3) Kalau boleh jangan lah isu cut and paste, coz nothing special untuk orang nak baca..
Buatlah isu deboom..apanya? hah saya pun masih belajar ni..

4) Hah..kalau nak orang jenguk ur blog..u pun g lah luang masa jenguk blog kawan2.
Jangan setakat hai hoi je kat chat box tu..
Sambil2 tu klik2 la tabung depa..barulah orang pun akan klik2 tabung nuffnang kita.
Kalau tidak..apa gunanya berbloggingkan? 



Ada lagi tak yang uols nak share?? Nak tambah tips??
 Silalah bagi idea..
Tak rugi pun..sharing is caring..
InshaAllah

Asthma / Lelah Ubat Doktor atau Akar Tongkat Ali - CaraTradisional

Ubat Dari Klinik vs  Akar Tongkat Ali

Cuaca lately agak tidak menentu.
Ada yang demam, batuk, flu..dah berminggu tak baik2..

Begitu jugalah anak-anak saya.
Tapi yang paling saya risau ialah keadaan anak no2 saya, Alif.
Dia ni memang ada history lelah.
Dah puas la kiranya keluar masuk hospital.

Kerap kena serangan ni dalam tido.
Nasiblah saya ni jenis bukan tido mati kan.  

Antara tanda2 yang saya sendiri noticed padaAlif apabila kena serangan ni :-
1) batuk berlarutan and bukan macam batuk kita yang biasa ni..batuknya dalam
2) cepat penat dan mengah
3) dalam tido..nafasnya berbunyi..macam tiup wisel..hah..bukan lawak ni..
4) dadanya berombak-ombak..mmg azab je tengok.

Selalunya..apa saya buat??
Jangan tunggu dah..bawalah dia ke klinik yang berdekatan untuk bagi gas (nebulizer).
Sebab, orang yang kena lelah ni selalunya susah nak bernafas.. Bila susah nak bernafas maknanya level oksigen dalam badannya sure tak stabil.. so to avoid benda2 tak elok..segera bawa ke hospital.

Selalunya selepas bagi gas tu, keadaan dia akan ok skit. Kadang2 kena bagi gas berkala, meaning setiap 30 minit, 1jam, or tgk pada tahap lelah dia tu.
Alif pernah kena tahan di Wad Kecemasan UH dalam pulul 3am..masa tu level oksigen dia 70%..
And at the same time Doktor tunjuk hasil xtray..memang takut...coz paru-paru dia dah di penuhi dengan infection. Dah lah masa tu saya alone..hubby kerja outstation. Rasa nak pengsan pun ada apabila tengok anak kita tak sihat.
So..uols kat luar sana..amik perhatian ye kalau tengok anak tu selsema ke, batuk or demam berpanjangan.

Doktor buat postmotem dan mendapati Alif ni alergik sangat2 dengan kucing..Bulu kucing terutamanya.
Makanan yang berasaskan cokelat pun ada certain yang dia tak boleh makan.
Sepanjang dah dapat tau Alif ada asthma ni, saya notis dia alah makan pulut, tembikai..air sejuk memang lah sangat pantang..
Alif ni gemar makan tapai..so setakat nak bagi rasa tu boleh la..kesian pulak kat dia.

Ok..apa saya nak kongsikan kat sini tentang cara tradisional yang arwah atok saya pernah ajar.

Akar tongkat ali.

Uols fikir untuk ubat kuat aje ker? hehehe
Testimoni yang berjaya dah ada,..iaitu adik no 2 saya, Ani. Masa kecik dulu, kalau kena lelah..memang macam bunyi pancaragam semboyan laut segala.. Scary.
Sekarang, dah beranak 2..Alhamdulillah..sihat, dah tak de lelah.

MACAMANA CARANYA??
Ambil dalam 1cm...
Parutkan.
Ambil air panas suam.
Masukkan parutan Akar Tongkat Ali tadi kedalam air panas suam tu..
Boleh terus minum.
Amalkan sekali sehari.
Oh ya..ada yang tanya kenapa tak direbuskan ajer?
Hmm untuk budak2..kalau direbus akan jadi sangat pahit..and sure depa tak lalu nak minum.

InshaAllah..kita ikhtiar.
Selamat mencuba ye uols.

21 Jan 2013

Gangguan Elektrik di kawasan SS5C Kelana Jaya, Selangor

Sila ambil perhatian ye
Kepada yang terlibat sila ambil perhatian.
Esok tak de elektrik...
Malam ni siap-siap basuh kain baju, iron baju, iron tudung..sat g esok tak vogue pulak erk..hehehe

Tarikh : 22 Jan 2013
Dari : 10am to 7pm
Kawasan terlibat: SS5C Kelana Jaya, Petaling Jaya 

Sila hubungi nombor yang tertera ye jika ada sebarang pertanyaan.



p/s : makanya esok tak dapat lah nak berblog dengan kenkawan sekalian... Jangan rindu saya..hehehe

20 Jan 2013

Testimoni Terbaru Bio Vrlocity Sleep Mate




Alhamdulillah makcik ini sebenarnya sudah 6 tahun terlantar kena stroke. 
Masa hntar BVSM dia tak mau pada mulanya sbb dah terlalu lama terlantar dan bermacam dah cuba....dan dah mula give up.
Tapi anaknya (sepupu kepada anak buah Kak Tini) tetap suruh tinggalkan dan bagi mak nya cuba sbb saya bg jaminan kalau mak dia tak nak cuba pulangkan semula.. 
Alhamdulillah selepas 3 hari dpt fedback yg sgt positif "kaki ibunya yg dah lama kejang dan tak holeh lurus dah mula boleh sikit2 gerakkan dan urat2 dah mula lembut dan maknya setuju untuk terus menggunakannya kerana telah mula rasa selesa.
Alhamdulillah....
Tak sia2 usaha anaknya utk bg yg terbaik pada ibunya....
Terima kasih ila...



 
Utk mengetahui lebih detail mengenai BVSM boleh pm @ hubungi saya 019-278 4580


TQ CDM Kak Tini for sharing info

Untuk melembutkan hati suami dan anak-anak






Salam hari minggu buat semua.
Pastinya kebanyakan kita ibu-ibu sedang sibuk nak menyiapkan juadah untuk lunch bersama anak2 dan suami di hari cuti ni.
Marilah kita amalkan bersama-sama.
Boleh diamalkan bersama untuk lembutkan hati suami dan anak2..
InshaAllah

19 Jan 2013

Tips rumah tangga perkahwinan.




 





1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
 
 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 


 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah


. 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 


5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


 8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% 


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


 13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. INSYALLAH. ;)


Wallahuallam...


 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78