HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

26 Mar 2013

Terserlah dengan Mary Kay Colors

Sejak 2010 saya telah berdaftar sebagai Beauty Consultant under Mary Kay.
Memang banyak ilmu yang saya pelajari.
Makanya, dengan title tersebut, saya telah diamanahkan untuk menyiapkan semi pengantin.
Hehehe, why semi pengantin, coz dia ni baru nak bertunang je.

Siapa dia?
Oh adik ipar saya, Cik Nurul.
Majlis di buat  ala kadar, maka idok le dia panggil make up artis bagai.
Tetibalah saya terpaksa jadi "Kak Andam Terjun"


 Ok..tu dia Cik Nurul natural look without make up.
Actually sangat senang nak make up Ci Nurul ni coz muka dia tak de lah banyak masalah.
So tepek kan aje uols, hehehe



 Serba pink peach.
Hasil make up dengan product Mary Kay..and Naturactor Code 141
Dengan veil bermanik simple,Dengan lace from Bandung
Segak na... 
Alhamdulillah, berjaya juga saya make up kan dia.
Risau tak jadi coz selalunya make up diri sendiri je
 

 Dah siap bergaya.
Tak make up tebal sangat coz permintaan dari tuan badan..hehehe, dia nak nampak simple.

"Selamat Bertunang
Count down to hari bahagia"





p/s: Ada sesiapa rasa berani nak bagi saya make up kan uols?
Hehehehe
   

 

22 Mar 2013

Nantikan Kain Sulam Rose from Indonesia

   Salam semua.
Ramai ke yang tertunggu-tunggu kain ela design rose ni?
InshaAllah saya akan up kan soon.
Stoknya baru sampai & limited ye.
Siapa cepat dia dapat.

Bagi yang berminat boleh wasup saya di 019-278 4580
Email terus ke fuzamusa@yahoo.com
Ur name, ur hp number, ur address, design/color  yang anda kehendaki.


Hanya yang betul2 serius ye. 

Thank You



19 Mar 2013

Anak demam Mak Sure yang paling risau

Salam semua
Dah beberapa hari saya tak BW...
TQ kepada kawan2 blog yang masih terus sudi terjah
Nanti saya cuba BW jenguk2 entry uols ye

Hah, nak cerita hal dalam rumah ni
Sejak minggu lepas, lepas sorang2 demam.
Dari anak sedara yang 5bulan, kepada mak saya, kemudian ke anak perempuan saya, seterusnya anak lelaki ke2 saya.
Memang sangat mencabar kerana tiba2 suhu depa naik mendadak ke 39, almost 40.
Zahir, anak sedara saya tu siap kena insert ubat demam. Batu, selsema membuatkan badan depa jadi lenguh2.



 Ini Alif, anak ke 2 saya.
Sejak jumaat lepas demam tak kebah.
Dalam pukul 3am hari Sabtu 17 Mac 2013, saya terjaga kerana terdengar Alif seperti mengigau.
Apabila saya rasa dahinya..Wowwww!!! Panas....





 Saya terus ambil termometer.
Hah tu dia.. Suhu badan dia memang sangat tinggi. Demam 39.2



   
 Tanpa melengah, saya terus ambil kain dan ketul ais untuk lap keseluruh badan Alif.
Kiranya ni adalah 1st Aid yang harus kita ambil untuk meredakan panas badan.
Merengek juga lah Alif kesejukan katanya.
Padahal kain lap tu cepat je kering semasa saya lap badannya.
Kepada yang ada anak kecik tu..ingat..apabila berlaku situasi maam ni, jangan panik.
Kawal situasi dahulu.



 Setelah puas lap keseluruhan badannya..saya cek semula suhu badannya.
Huh, lega. Dah turun ke 37.98. Walau pun belum ke suhu normal badan, tetapi tidak lah sepanas semasa memula cek tadi.
Selepas dah reda saya berikan paracetamol syrup kepada Alif.
Dalam jam 5am, saya suruh Alif bangun mandi.
Nasiblah Alif bekerja sama semasa dalam rawatan 1st Aid yang saya berikan tu.
Selepas mandi, Alhamdulillah..suhu Alif semakin menurun.

Buat masa ini saya masih memantau keadaaan Alif.
Doktor bagi MC 2 hari.

Buat masa ni juga, anak sulong saya pula demam tuh.
Baru je bawa ke klinik tadi.
Suhunya 38, bibir dah mula pecah. Panas dalam badan lah tu.


Pesanan saya, 1st Aid box sangat penting dan mesti ada dalam setiap rumah terutamanya yang ada baby ataupun anak yang masih kecil
Termometer untuk semak suhu badan juga sesuatu yang seharusnya ada dalan setiap rumah
Panadol ataupun panadol syrup seharusnya kena ada standby .
Semua ini adalah langkah2 sebelum kita nak ambil next step iaitu bawa ke Doktor.

Semoga kita semua jaga kesihatan sebaiknya kerana cuaca tak menentu dan mungkin juga due to  fenomena ekuinoks  




p/s : petua lain untuk kurangkan panas badan due to demam
1) Ambil asam jawa, di bancuh pekat dan di sapu ke seluruh kepala. Sebahagian lagi bancuh pekat untuk di tepek di atas dahi. Boleh juga di bancuh untuk buat minuman. Tujuannya ialah untuk menyejukkan badan 

2) Ambil daun bunga raya, diramas dan di buat sebagai air mandi











18 Mar 2013

TEMA PEACH Kain Ela Bandung

Assalam semua....

Tajuk kali ini tentang TEMA PEACH
Kenapa?
Sebenarnya kami sekeluarga telah sepakat untuk menyerikan majlis perkahwinan adik ipar saya yang akan berlansung somewhere in June 2013.
Warna pilihan ialah PEACH OREN..
Hah lebih kurang seperti gambar2 di bawah.

Kain-kain dibawah adalah antara koleksi yang bakal digayakan oleh kami sepupu2, makcik2, serta saya sendiri.
Tunggukan ye kain2 ni dah siap jadi baju nanti kami sakan posing..





















 Sulam Cotton





 Lace


Oh ya...kain2 ni semua dah bertuan. 
Sekiranya anda ada berkenan di hati, boleh pm saya untuk next order. Tapi bukan untuk masa terdekat ini yer..
Mungkin somewhere in May baru boleh dapat..
Semuanya pre-order


17 Mar 2013

Lunch apa today? Siakap Masak Stim boleh?

Salam berhujung minggu semua.
Kemana hari ni?
Ada yang tengah blur nak masak apa for menu today?
Ok saya nak cadangkan menu Siakap Stim

Ok..sebelum nak mula, jom kita tengok-tengok apa bahan2 yang di perlukan.
1) Ikan Siakap
2)Serai di titik
3)Halia di ketuk
4)Bawang Besar
5)Bawang merah and bawang putih
6)Limau Purut
7)Cili api
8)Sos Tiram
9)Tomato & sayur2 campur seperti lobak, bunga kobis, bracolli, jagung,cili banggala 




 Untuk mengelakkan hanyir ikan, apa yang saya lakukan ialah, perapkan ikan tersebut dengan cili api, serta bawang putih yang telah di tumbuk kasar. 
Lumurkan sedikit garam then perahan limau.
Biarkan seketika sementara siap awas-awas yang lain.


 
 Memula sekali potong sayur2 tu ikut lah besar mana anda mahu
Tak perlu letak banyak..ikut size ikan. Tetapi macam saya harus letak banyak sebab anak-anak suka makan sayur campur ni.


Untuk dapatkan aroma yang nyaman..tumiskan sedikit bawang, halia, cili api and serai..
Bila dah naik bau..nanti bahan-bahan ni nak di curahkan ke atas ikan kita tu nanti.



Sementara itu dah boleh dah kita sediakan periuk pengukus kita.
Panaskan air



Ok, inilah rupanya ikan kila yang dah sendat dengan segala sayur-sayuran serta bahan tumis tadi.
Oh ya, jangan lupa bancuhkan sos tiram dengan sedikit air kemudian di curahkan kedalam loyang ini bersama perahan limau.



Ok..dah siap menu kita. Senang aje kan.
Selamat mencuba uols

16 Mar 2013

Smokey Eye By Fuza

Smokey Eye...saja nak mencuba teknik nak bagi nampak kelainan dalam make up.
Walaupun tak lah perfect macam model2 kat bawah ni, tapi saya berjaya juga mencuba.
Semuanya dengan rangkaian MARY KAY.
 






P/S: Rasa-rasanya jadi tak smokey eye saya tu? Silalah bagi komen dan teguran
TQ

15 Mar 2013

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI



                                                                



ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)




12 Mar 2013

Wanita

• LEMBUT wanita kerana
SENYUMANNYA.. ツ
• CEKAL wanita kerana
BERANINYA.. ツ

• PATUH wanita kerana
KESETIAANNYA.. ツ

• SABAR wanita kerana
IMANNYA.. ツ

• KASIH wanita kerana
BELAIANNYA.. ツ

• LEMAH wanita kerana
AIRMATANYA.. ツ

• IKHLAS wanita kerana
SIMPATINYA.. ツ

• PENDAM wanita kerana
CEMBURUNYA.. ツ

• SAYANG wanita kerana SIFAT
KEIBUAANNYA.. ツ

11 Mar 2013

AUTOCONE 130 Teknologi Keselamatan



Semasa menonton Saluran Discovery Astro petang tadi, saya telah terpanggil untuk share tentang teknologi yang pada pendapat saya harus di ketengahkan di Malaysia.
Dengan adanya teknologi seperti ini banyak kos yang dapat dikurangkan



Kon keselamatan yang pertama telah dicipta pada tahun 1914 oleh Charles P. Rudabaker. 


Ciri– ciri kon keselamatan yang baik:
1)Mudah dikenali
2)Mudah dilihat
3)Mudah alih
4)Tahan hentaman
5)Tahan lasak
6)Kukuh dan tidak mudah berubah kedudukannya seperti tahan rintangan angin
7)Dapat berdiri semula walaupun telah dilanggar.
8)Mudah dibawa dan diletakkan dalam kenderaan. 
 




Tiada lagi masalah kon bersepah
Tiada lagi masalah kecurian kon
Dapat mengurangkan tenaga kerja
Faktor cuaca bukan lagi alasan
Kerja mengutip dan meletakkan kon dapat mengurangkan kemalangan ke atas pekerja2 lebuhraya. 

Tengok Video ini
 



Sumber Info INNOVATIVE EQUIPMENT

Jom Lunch....

Salam hari Isnin semua kawan2 pengunjung blog saya yang tak seberapa nak glamer ni..
Dah lama tak buat entry,.

So sebelum itu..jom kita warming up dulu.. Jom lunch..dah kul 12.30 ni.
KFC..ada yang nak follow? Fresh from the farm..hahahaha



p/s : Monday blues? Say no..ceria2 selalu.

8 Mar 2013

Selamat Hari Wanita 2013

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
 Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”

Majlis Petunangan Cik Wawa 3 Marh 2013 - Part 2

Seperti yang di janji kan, kali nak nak share entry tentang majlis pertunangan Cik Wawa, adik no 4 husband saya.
Bertempat di USJ, Petaling Jaya, majlis pertunangan berlangsung pada jam 5ptg.
Kehadiran pihak lelaki disambut dengan hujan yang amat lebat pada petang itu.
Majlis di hadiri sanak saudara terdekat sahaja.

Seawal pagi kami telah berkumpul di sana.
Menyiapkan hantaran, mengemas rumah, menyiang bahan2 untuk masak petang nanti, mengelap pinggan mangkuk. Boleh dikatakan semuanya sibuk dengan hal masing2.

 Menu utama hari itu adalah mehun dan kuih muih.
Seronoknya kenduri kerana sangat murah rezki kerana terdapat pelbagai kuih-muih yang di bawa oleh makcik-makcik termasuk emak saya.
Tq semua kerana memeriahkan majlis.
Alhamdulillah..walaupun arwah umi dah tiada, namun kemeriahan itu masih terasa.

Apabila dah berkumpul sekali sekala, memang gamat 1 rumah..hehe.
Jom layan gambar-gambar di sekitar majlis.

 

 Pak Lang Padhil (adik ayah mertua menjadi ketua menerima peminangan)
Hantaran dalam jumlah yang ganjil di sediakan sebagai tanda ikhlas menerima kedatangan pihak lelaki.


Walau macamana maju sekali pun kita, adat istiadat Melayu di lupa jangan. Sireh Junjung lengkap dengan kapur, gambir dan pinang.


Selalunya dalam perbincangan macam ni, orang2 veteran di utamakan. Ayah pengantin perempuan selalunya akan menyerahkan tugasan ini on behalf dirinya kepada adik beradik lelakinya, lebih afdal. Sebelum itu ayah pengantin perempuan dah briefing serba sedikit tentang details yang perlu di bincangkan.



Ini antara hantaran dari pihak lelaki. Ganjil juga jumlahnya, tetapi mesti kurang daripada jumlah hantaran pihak perempuan. Ingat tuh.


  Wakil dari pihak lelaki sedang menyuarakan hajat yang di bawa..


 Sementara yang lain dengar dengan kusyuk inti-pati perbincangan.. Sebelum mendapat kata sepakat.


Sementara yang di bawah ni berbincang..apa pulak aktiviti yang dok kat tingkat atas..
Check it out!!

Laa...dia dok update status FB rupanya..hehehe

 Saya dan biras, Puan Ini Katini...posing dulu..hehehe


Nak swuh budak2 ni dok diam-diam..makanya swuh depa posing!! hahaha


 Oh ya..ni lah dia Wawanya. By the way nak cerita jugak ni.. saya jadi kak Andam cik Wawa.
Ok tak? hehehe. Bidan terjun uols.


 Kami lagi..


Acara sarung cincin serba ringkas. Alhamdulillah..

Abah saya di tugaskan membaca doa selamat pada hari tersebut.


Acara jamuan kecilan 


 Rombongan lelaki minta diri, perut kenyang suka hati, pinangan di terima senang hati.

Selesai acara dengan rombongan lelaki berangkat, kami packing makanan yang banyak tu untuk semua bawa balik. Sempat jugak nak posing tu...hahaha.


Setelah seharian dengan tugasan yang macam2..makanya ini lah posing paling GEDIK penutup untuk hari tersebut.



Till we meet again ye uols2 sanak saudara.



p/s: Hari persandingan di jangka dalam tahun ini juga.
Makanya...nak pakai baju glamer apa pulak ni?????

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78