HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 May 2013

Jumpa artis lagi, Irma Hasmie & suami, Redza Syah Azmeer

 
Assalamualaikum semua.
Agak lama tak bercerita sakan.
Demam tak berapa nak kebah..
Cuti sekolah dah bermula makanya jadual waktu ketat dan sendat.
 
                        
Irma Hasmie & suami, Redza Syah Azmeer semasa kelahiran putera sulong pada 29/3/2013
 
 
Semalam  bersempena nak sambut kecilan hari lahir Alif, kami ke One Utama, Petaling Jaya.
Tak di sangka tak di duga... terserempak dengan artis ni.
Popupar tak popular tak lah berapa nak pasti.
Cuma yang pasti kengkawan dok admire hubby dia yang handsome ala2 k-pop tuh katanya..
 
Hahahaha.
 
Alhamdulillah..depa sporting juga nak berposing dengan kami.
 
 
 
Semoga berbahagia dengan family
Berjaya sebagai artis, ibu, isteri ucapan saya ikhlas buat Irma.
 


30 May 2013

Selamat Hari Lahir ke 8 Alif 30 May 2013

 
Hari ini 30 May adalah hari lahir anakanda ke-dua saya, Alif Farhan.
Alif ni tersangatlah ligat orangnya.
Cerdik Nampak gayanya kerana suka Tanya soalan magik.
Contohnya " Baby dalam perut pakai baju apa?"
 
 
 
Selamat Hari lahir ke-8 buat Alif.
 
we luv u

27 May 2013

Cerita Cuti Bandung May 2013 Day 1

Ramai yang menantikan entry ke Bandung saya
(cewah..macam lah glamer sgt erk)
 
Ok kat sini saya share beberapa gambar on the 1st day travel ke Airport.
 
 

Kami tiba di LCCT awal. Bukan apa..tak mau berasak-asak coz bawa budak ni kenalah rileks2.
Kesian plak kat Aina nanti kan.
Sampai awal lepak kat ruang menunggu.
 

 Saya memang suka je beli makanan order online siap2. Bukan apa..nanti kalau kita tak order, bila orang lain makan, bau makanan tu menusuk qalbu uols.
Lagipun harganya ada diskaun kalau beli siap2 online.
 

 Nasi Ayam for Aina supaya dia duduk diam2.
Flight mengambil masa 2jam. So kena di isikan dengan aktiviti makan. hahaha



 Tu dia..budak comot


Sesampai di Airport Bandung..hujan.
Beratur panjang.
Ramai plak kali ni. Nasib luggage tak banyak. So tak payah nak tunggu lagi lama.
 
 On the way dari Bandaraya, lalu Paris Van Java, makanya, malam masih muda...my hubby nak belanja dinner kat sini. Jangan tolak rezki uols :)


 Depan Hotel Caryota, Bandung...Gelap..dah tak cara nak posing.. mengantuk uols. Letih.
 

Tu dia...Aina terus landing.. seharian dia dok berambat lari sana sini...
 
 
 
Jumpa di entry part 2.. Pasar Baru!! yezzaaa
 
 
Nak Baca Entry Part 2 Klik Sini 


25 May 2013

Happy 11th Wedding Anniversary to Fuza and Adli

 Kami



 On Our Wedding day,in May year 2002

 
 
Gambar di Tangkuban Perahu in May 2012
 
 
 
Latest at Bangi Kopitiam, Bandung, May 2013

 
25 May 2013
 
Hari ni genap 11 tahun usia perkahwinan kami.
Alhamdulillah.
 
Dikurnia 3 orang cahaya mata yang sentiasa mengisi ruang hati kami.
 
Subhanallah..syukur dengan kurniaanMu Ya Allah.

Segala susah senang pahit manis rajuk tangis sabar tabah kami hadapi dengan pelbagai cabaran mendatang dan semuanya kami hadapi dengan izinNYA.
Jujur setia dan sentiasa berdoa untuk kebahgiaan abadi.

Alhamdulillah.
 
Semoga kebahagiaan ini kekal di dunia dan di akhirat kelak.
 
 
Doakan kebahagiaan kami sekeluarga.
 
Amin
 
 
 


24 May 2013

Pos Laju Kain Sulam Kiriman Customer Sulaman Lace Heaven

 
 
 
Assalam semua.
Sihat?
Maaf kerana lambat nak update cerita jalan2 Bandung serta kain2 sulam terbaru.
Balik dari Bandung demam panas. Perubahan cuaca yang drastic.
Tunggu next entry ye uols.
 
 
Ok,,Nak cerita hal kiriman, pembayaran serta penghantaran.
Coz saya masih dapat banyak sms dan email yang agak menekan.
 
 
First of all
Saya ni hanyalah peniaga kecilan.
Buat secara sampingan.
Makanya order yang saya ambil adalah limited.
Setiap design yang available adalah siapa cepat dia dapat basis.
 
 
2ndly
Terma 50% deposit telah hampir setahun lebih saya praktikkan.
Tujuannya adalah supaya customer yang benar2 serious mahu membeli dapat mengesahkan pesanan.
Kerana saya ada mengalami apabila customer cancel order semasa saya minta pembayaran sebelum pengeposan dilakukan.
Aspek percaya mempercayai adalah penting dalam dunia perniagaan online ini.
Jangan samakan saya dengan mana2 peniaga online lain yang pernah menipu anda.
Ada customer yang mengharapkan saya percayakan mereka.
 
3rdly
Saya berurusan secara cash dengan supplier.
Harap kepada yang dah booking tu dan serius nak tempah obey dengan terma payment
50%.
Kerana supplier perlukan deposit semasa saya booking order.
 
 
4thly
Pengeposan akan dilakukan setelah full payment dibuat.
Pos Laju mengambil masa 1-2 hari penghantaran jika tiada masalah seperti Public Holiday
 
 
5th
Sekiranya anda inginkan design dan warna yang lain dari yang saya update, harap anda bersabar kerana saya perlu dapatkan pengesahan dari pihak supplier di Indonesia.
Medium perhubungan kami hanya lah melalui wasup.
Harap anda dapat bersabar sehingga saya dapat reply semula
 
6th
Harga yang saya letak adalah yang terbaik setelah segala cost di ambil kira.
Sekiranya perbandingan di buat dengan online seller yang lain..murah mahal itu terletak pada cost2 yang seller kena tanggung which is tidak akan sama.
 
 
Setakat ini..sebagai muslim yang beragama Islam, segala order pasti akan sampai ke tangan anda dan setakat ini semua memang berpuas hati dan ada yang repeat order.
Setakat ini tiada penipuan dari segi ambil duit dan order tak sampai atau order rosak dan sebagainya.
 
 
Saya amat berharap saya akan dapat kerjasama yang sebaiknya dari anda semua.
Saya juga hanyalah insan biasa yang ada melakukan kesilapan.. Harap maafkan yer
 
Happy Shopping uols :)
Thank you
 
 
 
 
 Nak tengok design baru untuk PRE ORDER JUNE 2013? Klik SULAM MELATI SATIN
 
 
 
p/s : sambil nyanyi " putih putih melati...merah merah delima....."
 
 
 
 
 
 
 


23 May 2013

Cuti Sekolah Bermula 24 Mei to 2 June 2013


Yezzzaaaaaa
Cuti sekolah datang lagi
Selamat bercuti semua
Kemana kita cuti ni?
Majlis kenduri? Majlis serba satu majlis yer..
 
 
Kali ni nak cerita berkenaan cara Aina cuti sekolah.



 Sejak balik dari Bandung, mek ni demam. Dah 1 week tak ke sekolah.
So hari ni tiba-tiba dia bersemangat nak pergi sekolah coz last day of 1st Mid Sem, Real Kids ada buat Children's Party day.
Tak payah pakai baju sekolah..xde jadual waktu belajar..semua santai today.
Makanya..glamer sat Aina dengan gaun from Bandungnya (promosi sat) hehehe



 Dengan muka yang tak berapa nak ceria..dengan badan dah susut tu..gagah juga nak p sekolah. Nak cewi kat kawan2 dia p Bandung katanya. haru aihh
 Posing dulu before p skolah.



 
Balik dari sekolah..tu dia..sebeban jajan dia angkut bawa balik.
Saya tanya ambil siapa punya?
Kata Aina " semua orang pun teacher bagi..ada banyak lagi..."
Macam2 ada uols..
Pensel warna, sticker, kek..segala macam jajan..
Ni buat stock selama cuti 2 weeks ni..
Thank you kepada yang sama2 menjayakan party ini.
 
 
 
Selamat bercuti semua terutama kepada cikgu2..
Bagi yang kena datang for kelas tambahan, meeting..kursus or wat so ever..selamat bertugas.
 


19 May 2013

Sukan Real Kids Part 2




Sambungan cerita SUKAN dari Part 1 sebelum ni.
 
Sorrylah coz lama sangat baru nak sambung entry coz tak berapa nak sihat beberapa hari before.. Demam package.. then busy dengan update order kain.


 Seawal jam 2.30ptg kami dah sampai di Stadium Shah Alam tersebut.
Kerana murid-murid perlu berkumpul mengikut sekolah masing-masing pada jam 3ptg.
Antara sekolah yang terlibat, REAL KIDS Kampung Tunku, TTDI, Puchong dan beberapa lagi.



 Para-para guru yang bersedia menyambut kedatangan kami.



Perarakan masuk mascot REAL KIDS
 
 
 Bacaan ikrar yang sebelum itu didahului dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negaraku, Lagu Real Kids dan Lagu 1 Malaysia.
Berkumandang dengan penuh semangat.
 


 Acara memancing ikan. Acara yang Aina involve.
Tu hah Aina..sedang cuba pancing ikan kuning :)




 Nasib baik lah  menang. Kalau tak dapat bawa balik pingat,.haruslah kasut tu yang di persalahkan..
Hehehe
Tahniah Aina. Menang juga
TQ kepada semua yang mendoakan kejayaan Aina.
Alhamdulillah.



 Hah..mak Aina pun nak juga posing sebelum tamat acara :)







Ada rupa juara tak? hehehe




Nak baca hal kasut sukan Aina? Klik SUKAN REAL KIDS part 1

18 May 2013

2nd Day Holiday ke Sari Ater Hotel & Resort, Bandung... May 2013

  
Hari ini adalah hari ke-2 percutian kami di Bandung, Indonesia.
 
Dari Caryota Hotel kami check out dan check in ke Sari Ater Hotel & Resort di Kabupaten Subang, Jawa Barat.
Pemandian air panas Sari Ater atau lebih dikenal juga dengan Ciater.
Wow..sounds great!!!
 
 
Alhamdulillah..dapat juga hajat nak menginap di sini.
Apa yang menarik kat sini?
Jom usha beberapa gambar..
 
 
 
                                 
Entrance 
 
 
 
 
Posing dulu
 
 
 
 
                                                        
Tu dia.. Pandangan depan Hotel di waktu malam.. Gah kan..Versatile
 
 
 
Depan Lobby Hotel..hah batu panas tu... Please Do Not Sit..
Tapi Aina siap posing lagi hah..
 
 
 
 
Petik Strawberry yukk 
 
 
 
                                                   
Jom terjun!!!
 
 
           
Syok berendam...beku wei.
 
 
Sejarah
 
Pemandian segar air panas ciater
 
Wisata Pemandian segar air panas ciater berasal dari kawah aktif Gunung Tangkuban Parahu yg letaknya tidak terlalu jauh dari objek wisata ini.
Selain dialirkan ke pemandian, air panas tersebut mengalir melalui sungai sepanjang 2.000 m yg kemudian menjadi dingin dan digunakan tuk kepentingan pengairan lahan persawahan. Konon menurut petani setempat, air ini lebih dapat mempengaruhi mutu panen dibanding air biasa.
 
Konon asal muasal kata Ciater pun bermula dari legenda. Sekitar tahun 1960-an, Embah Ebos ini, hutan di kawasan itu diubah menjadi lahan perkampungan dan diberi nama Ciater. Pada saat itu, masyarakat setempat mengalami kekurangan air bersih. Lantas seseorang bernama Embah Tajimalela mencoba memotong pohon ater.
 
Dari pohon itu ternyata keluar air yang cukup deras. Maka dari legenda itulah warga menjuluki air ater atau Ciater yang berarti air yang memancar. Pancaran air yang keluar dari pohon ater diyakini oleh warga memberi khasiat tuk mengobati sejumlah penyakit, terutama penyakit kulit. Keyakinan itu pulalah yang dibenarkan oleh bangsawan Belanda, Mr Hack Bessel, setelah melakukan penelitian terhadap air berkhasiat. Keberadaan objek wisata air panas Ciater, baru dibenahi pada 1968.
 
(Sumber info Klik Sini)
 
 
Pemandian segar Air Panas Ciater bandung memilik fasilitu seperti yang di antaranya :
  • penginapan yang berupa bungalow dengan pelbagai range harga
  • macam2 tempat makan-minum
  • kolam renang air panas yang menjadi tarikan utama
  • kawasan untuk bermain anak, remaja, dan keluarga beriadah
  • Ciater Hilltop Permanent Track, bagi yang cintakan alam semula jadi
  • Ulo Sari Water Slider dgn ketinggian 6,10 meter dan total panjang 49 meter
  • Outbond..this is fun uols.. Kanak2 pasti suka
  • Air Soft Gun
  • Buggy Cart Off Road
  • Mini Komedi Putar
Tidak hanya pemandian air panas yang terkenal di Bandung ini, namun pelbagai kemudahan lain di sediakan dan akan di perluas seperti family adventure camping park, flying fox, paintball, panahan, shooting target, go-kart, ATV, Jeep 4X4 offroad hingga Landys touring, pitch and putt golf garden dengan 9 hole. Boleh juga membawa family alami sendiri dan enjoy petik strawberry. Hah..seronok bukak?
 
 
 
 
p/s : Nanti tunggu next entry plak erk.. Tengok pulak macamana kami jelajah Hot Springnya... :)
 


17 May 2013

1st Day Holiday ke Hotel Caryota, Bandung...17 May 2013 - Part 1

Selamat Pagi Bandung!!!
 
 
Bermalam di Caryota Hotel memang pot rutin jika ke Bandung.
Harga berpatutan mengikut saiz bilik.
Terletak di tengah2 Bandar Bandung
Yang penting tak sesak, tak bising di waktu malam..itu yang penting coz kita nak balik tido kan..nak berehat.Kemudahan breakfast, air panas, WIFI semua ada. Memang selesa kalau nak budget stay.
 
Seawal pagi bersiap sedia.. siri jelajah ke tempat wajib jika saya ke Bandung...
Pasar Baru Bandung Mall..
Factory Outlet
Rumah Mode
Kartika Sari
Paris Van Java
Restoran Sengkuriang
dan banyak lagi tempat-tempat
 
sebelum itu kita ke Bangi Kopitam sarapan dulu..bagi bertenaga nak menapak seharian :)
 
 


16 May 2013

Bercuti ke Bandung lagi on May 2013

 
Alhamdulillah..
Rezki ke Bandung lagi.
Jalan2 cuti-cuti..
 
Bersiap-siap bagasi.
Berjalan dengan Aina ni kena bawa lebih baju dia. Budak2, faham aje lah..macam artis :)
 
Doakan kesihatan serta selamat perjalanan pergi dan balik saya bersama Aina nanti.
 
Sebab2 saya  kesana due to hubby tak dapat cuti untuk balik ke Malaysia kerana tugasan yang padat jadualnya.
 
Sambil nyelam minum air..sambil visit hubby..sambil jalan2 soping makan angin.
 
Agenda?
Pasar Baru Bandung
Factory Outlet
Hot Spring Sari Ater
Kartika Sari
Rumah Mode (Es kat depan tu memanggil2 :) )
dan lain2 yang belum ada dalam senarai..
 
Ok..sepeninggalan saya nanti..singgah2 la ke Sulaman Lace Heaven ye...
Nanti saya akan share cerita2 jalan2 di Bandung nanti ye..
Tunggu....
 
 
 
                                         
Flight saya petang ni. InshaAllah 2jam sampai ke destinasi.
Di jangka dalam jam 7++ waktu sana. Sure dah gelap.
Aktiviti untuk hari ni..balik hotel dan berehat untuk acara padat on Friday..(fuhh dasat..dah ada itenary erk hehehe)
 


Selamat Hari Guru 2013

 
 
SELAMAT HARI GURU
 
 
 
 
 
Teratai Melati Melur Dan Mawar,
Bunga-Bungaan Harum Dan Wangi;
Guru Laksana Pelita Pelajar,
Penyuluh Kegelapan Penerang Hati.


Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru.






Happy 1st Birthday SULAMAN LACE HEAVEN 16 May 2013



 Alhamdulillah
Genap setahun dah usia blog saya ini.
Walaupun tidaklah popular lagi tetapi SULAMAN LACE HEAVEN ada peminat2 setianya.
 
Terima Kasih kepada pengunjung2 rutin, blogger2 baru, dan sesiapa sahaja terutamanya yang ramai mempercayai dan memberi sokongan dalam membuat tempahan kain-kain sulam dari Indonesia khasnya.
 
Banyak suka duka pahit manis selama berblogging ini.
 
Namun seronok kerana dapat kenalan baru..bertukar pendapat, bertukar resepi, bertukar macam2 info.

Thank you kepada para follower sekalian. Sekarang dah mencecah 500 lebih
 
Tak lupa juga selama 1 tahun pertama dah 2 kali dapat duit raya from NUFFNANG.
Dan merasa jugaklah CPUV Earning (BE)..
Thanks to NUFFNANG
 
 
Antara post yang mendapat sambutan pengunjung
 
 
 
 
 
 




 Hah ini adalah antara kain sulam Indonesia yang pertama saya post ke blog.
Alhamdulillah
Semoga rezki ini adalah rezki yang halal. Amin
 
P/S : Post pertama saya pada May 2012 ialah Kain Sulam Semi-Silk Design in May 2012 yang telah mencecah viewer tertinggi untuk blog comel saya ni.
 

Nak bagitau juga.. Thanks to Chekgu Azrine. Dia lah yang banyak membantu saya dalam membina blog ini. Ur support mmg sgt2 di hargai. Tak kedekut ilmu. Belajar create blog ni tru wassup je uols :)
Thanks again

15 May 2013

Marine Essence Cecair Mandian Berkhasiat


 Produk alam semulajadi!! 

 
 Jom nikmati 8 manfaat hebat :)

 Gabungan Unik Ramuan Semulajadi dan Botani
Tanpa Sabun
Tanpa Paraben
Tanpa SLES
Mineral yang Bermanfaat
Anti Bakteria
Anti Oksidan yang Hebat
Haruman Aromaterapi yang Menyegarkan

 
 
Sila pm/wassup 019-2784580

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78