HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

30 Jun 2013

Tempahan DI tutup





Hi ladies...
Segala order CLOSED NOW...!!!
 Thanks for shopping with SULAMAN LACE HEAVEN & ur continous support...

For those yang dah order, nantikan stok anda.

InshaAllah, saya akan buka Order selepas lebaran nanti InshaAllah

28 Jun 2013

Flower Girl

 
Assalam semua sahabat blog.
Kali ni nak cerita perihal anak dara sorang saya ni, Aina.
 
Alkisahnya Mak Udanya (Adik Ipar saya) akan melangsungkan perkahwinannya esok 29 Jun 2013.
Makanya, hajat pengantin mahukan Aina dan Yaya (adik ipar saya yang sebaya Aina) jadi pengiring pengantin, kata omputih FLOWER GIRL.
 
 
Hah..merayap la saya mencari gaun untuk Aina.
Agak payah la jugak sebab :
 
Aina tak mo yang sleeveles
Aina segan yang singkat
Aina segan yang so gegurl
 
Adoiyai
Jenuh nak cari yang sesuai dengan jiwa mek kecik ni.
 
Bawa p test baju..semuanya dia reject..Geram plak rasanya.
Tapi kena lah jugak nak bagi padan kat Aina & Yaya.
Coz tanggungjawab besar kat depa berdua ni nanti..
Hehehe..artis u
 
  
Flower Girl One Utama, Petaling Jaya
 
  
Cream White...bukan pilihan pengantin..




Light Pink Dress with Ribbon..hah..seakan2 warna idaman pengantin




Flowery Dress...memang kemas buatannya





Banyaknya pilihan... Harganya pun "banyak"nyaaaa



Gaun yang ni almost RM300!! Terkejut mak



Gaun gegurl ni memang meriah. Rambang mata



Gaun striking pink.. Kalau tengok muka Aina..sure uols tau dia tak berkenan..hahaha



Ada baju..sure nak lengkapkan dengan kasut..
Tu dia haihhhh
Dah macam bidadari bunga erk dengan flowery hair band




Ni baru preparation.
Nantikan aksi FLOWER GIRLS ni esok ye.
Now nak bz dengan acara majlis perkahwinan esok.
Banyak hal nak setel.
See uols soon.
 
 
 
p/s : Takut mak & umi kepada FLOWER GIRL yang sakan posing esok erk..hahaha
 



25 Jun 2013

JEREBU....Pakai mask atau topeng muka



Check out these cute and creative masks! We need to get ourselves one of these!

Photo for entertainment purposes only.
Fancy Mask

Not for sale. Photo for entertainment purposes only
Sumber photo Fancy Mask from FashionValet


Saya pun menurut perintah.
Pakai Mask apabila keluar rumah kerana jerebu di kawasan saya  umpama di Eropah katanya.
Dah seminggu tak lepak nasi lemak kedai.
Hah bertopeng pun layannnnnn....

24 Jun 2013

Apabila karya entry di blog saya di copy paste bulat-bulat ke FB KakiNetwork

 
Assalam semua pembaca setia
pembaca baru
ataupun yang tak baca pun..
heehehehe
(jangan marah..ini reality..kadang2 saya pun xdan nak baca)
 
 
Apapun Terima Kasih sangat2 kerana sudi singgah ke blog saya yang serba low profile ni.
 
Dukacita?
Straight to the point..saya agak kecewa dan rasa macam tak best apabila entry semulajadi dari idea dan jari jemari saya diblog ini, di copy paste bulat-bulat oleh pihak2 tertentu.
 
Entry yang saya maksudkan ialah tentang Jerebu Lagi? Sila Pakai Mask Kesihatan



Yang kat bawah ini pulak macamana buktinya karya saya yang di CILOK.
Sowi..ni gambar snap dari hp so tak berapa nak clear. Xdan nak print-screen.
Marah punya pasal erk

Karya Ini di Cilok from my Blog... Sebutir-sebutir disalinnya..
Cerita pokok kering layu depan umah saya pun dia copy daa

Sila refer DISINI KakiNetwork
(Sebelum Adminnya delete post tersebut)
 
Saya tak kisah sekiranya anda mahu copy paste maklumat untuk di kongsikan bersama untuk info kepada orang ramai.
Tetapi jangan lah SALIN BULAT-BULAT.
 
 
 
Sekurang-kurangnya..jika sudah copy-paste tu..mentionlah nama pengarang aslinya kan? Setidak-tidaknya bagi lah kredit kepada saya.
 
Ayat semua tu spontan uols.
Idea ilham hak cipta terpelihara milik saya kot.
Hormatilah karya orang lain kan.
Jangan copy-paste untuk naikkan traffic diri sendiri.
Tak baik uols.
Langsung tak di edit uols.
 
 
 
Apa pun.baguslah dia tu sampaikan info demi keselamatan dan kesihatan kita semua bersama.
Tapi tiru meniru tak minta izin tu TAK SIHAT u.
Tak baik CILOK karya orang ye..
 
 
 
 
p/s : Sepandai-pandai melompat....
Harap dia buat pengakuan bahawasaya memang dia dah buat salin terus menerus dari SULAMAN LACE HEAVEN!!
 


Ayam Panggang Campak

 
 
Assalam semua.
Hari ini ramai pulak kat rumah ni.
Anak-anak tidak ke sekolah due to bad haze.
Makanya tengah fikir apa menu nak masak untuk tengahari ini.
Sambil-sambil blogwalking, terjumpalah resepi Ayam Campak ni,
Kenapa nama dia macam tu..sila lah uols roger tuan punya resepi di blognya yer..hehehe
 
 
 
 
 
Ayam Panggang Campak
 
BAHAN-BAHAN
2 ketul paha ayam (dikelar)
lada hitam (ditumbuk halus)
bawang putih (diracik halus)
cili boh
serbuk kunyit
serbuk kari
kicap
garam
madu

CARA MEMBUATNYA
  1. ambil 2 ketul paha ayam,bersihkan.
  2. sapukan sedikit serbuk kunyit,cili boh dan serbuk kari
  3. masukkan sedikit kicap,bawang putih & lada hitam dan gaulkan hingga sebati
  4. masukkan garam secukupnya
  5. goreng ayam dengan sedikit minyak hingga separuh masak
  6. lapiskan dulang dengan daun pisang,letakkan ayam tersebut kemudian sapukan dengan sedikit madu pada permukaan ayam
  7. seterusnya bakar pada suhu 180 selama 30 minit
  8. pada minit ke 20 buka oven dan sapukan sedikit madu lagi.
  9. sambung bakar sehingga masak
  10. siap untuk dimakan
 
TIPS :
  • sebelum gaulkan garam,rasa terlebih dahulu untuk mengelakkan ayam terlalu masin kerana sebelumnya telah digaulkan dengan kicap
  • gunakan kuali leper untuk goreng ayam separuh masak
  • madu jangan disapu terlalu banyak,agak-agak jela
  • masa memasak bergantung pada jenis oven juga ye,oven yang kat umah memang 30 minit je..lepas tu boleh makan
  • korang mesti tanya kenapa aku tak letak sukatan bahan,dah nama pun resepi campak..tak sempat nak sukat..akibatnya korang kena la agak sendiri ye...hahahaha
 
SELAMAT MENCUBA!!!!
 
 
 
 

 



JEREBU lagi. Sila pakai Mask Kesihatan

Assalam semua.
Minggu akhir June 2013..
Bersemangat tak hari ISNIN ni?
 
Bagi negeri yang telah pun di isyhtiharkan DARURAT..silalah duduk rumah diam2.
Kurangkan aktiviti di luar ya
 
 
Sihat?
Demam? Batuk? Flu?
Sila ambil extra attention terhadap kesihatan masing-masing.
Saya pun dah mula rasa lemau ni, tapi ku gagahkan juga!!
 
 
Jerebu semakin menyesakkan pernafasan kita.
Memedihkan mata kita. Perit tekak kita. Badan terasa lemah.
Tumbuh-tumbuhan semakin kering dan layu.
 Cuaca kering membuatkan ramai yang tidak sihat
 
Aiman juga pakai mask untuk aktiviti taekwando di sekolah.




Put on your mask.
 
Kami sekeluarga juga memakai mask.
Biarlah hodoh..biarlah rimas..biarlah tak berapa nak glamer..
Duduk menonton tv didalam rumah pun terasa umpama bernafas dalam asap tebal.
Subhanallah
 
Oh ya itu gambar petang semalam semasa membawa Alif ke klinik kerana demam panas, tonsil pula membengkak lagi. Risau saya apabila anak2 tak berapa sihat.
 
 
Simptom-symptom penyakit akibat JEREBU
GATAL KERONGKONG
MATA BERAIR
KERAP BERSIN
SUKAR/SESAK NAFAS
Sila ke klinik sekiranya anda ada salah satu daripada senarai diatas.
 
KANAK-KANAK,  WARGA EMAS & PESAKIT ASMA Boleh mendapatkan topeng percuma dari Hospital Kerajaan.
 (Info Buletin Utama, TV3 23/6/2013)

 
 
Jangan lupa pakai mask anda.
Gayakan mengikut selera anda :)
Yang penting kesihatan diutamakan.

23 Jun 2013

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) June 2013


UPDATED

INFO BULETIN UTAMA TV3 8.00 malam 23/6/2013..
Semua sekolah di Melaka, Muar, Ledang, Selangor dan Kuala Lumpur diarah TUTUP.
 
 
bacaan ipu rujukan semak bacaan terkini indeks ipu di johor 23 6 2013
 Status Indeks Pencemaran Udara (IPU)
 
 
 
Status IPU Bandaraya Utama
 
 
MUAR 750 (Darurat)
LEDANG
MELAKA 415
PASIR GUDANG 110
LARKIN 100
KOTA TINGGI 124
MUAR 507
 
PETALING JAYA 151
PELABUHAN KELANG 192
SHAH ALAM 130
CHERAS 111
KUALA SELANGOR 104
BANTING 133
PUTRAJAYA 138
SEREMBAN 104
 
NILAI 106
PORT DICKSON 276
 
KEMAMAN 153
INDERA MAHKOTA 107
SERI MANJUNG 94
MIRI 90
KOTA KINABALU 85
SARIKEI 81
BATU MUDA 108
PAKA 105
LABUAN 89
KENINGAU 83
 
 
 
 
Ketua Jabatan Meteorologi, Che gayah Ismail memaklumkan jerebu berlaku dengan pantas akibat ribut tropika yang melanda di selatan Negara Cina di kenali sebagai Ribut Bebinca  bertiup dari arah barat daya bertiup dari arah barat daya.
 
Jabatan Penerbangan Awam akan mengarahkan penutupan landasan sekiranya jarak penglihatan less than 300 meter.
 
 
Sumber Berita Wilayah TV1 5 petang 23/6/2013.
 
 
p/s: Take care uols. Minum air yang banyak. Pakai mask. Avoid outdoor activities


Petua Menangani Jerebu


Kuantan Photo form FB Safinaz Yusof



Bad bad..



Kuala Lumpur
 
                                           
Rumah saya, Kelana Jaya, Selangor





Petua Menangani Jerebu

1. Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami batuk, demam, selsema, sakit mata, asma dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh jerebu.

2. Sekiranya berisiko tinggi, ambil ubat seperti yang dinasihatkan pleh dokor.

3. Pakai topeng/penutup hidung sebelum keluar dari rumah.
 
4. Jangan merokok.

5. Kurangkan aktiviti luar rumah.

6. Sentiasa membasuh muka dan kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7. Banyakkan meminum air masak.

8. Gunakan hawa dingin di dalam kenderaan. Jangan buka cermin kereta sekiranya tidak perlu.


21 Jun 2013

JEREBU....Apabila Abah tak sihat

 
Kenapa this week saya tak aktif di blog????
 
Abah saya..Musa Hj Mohamad @ Pak On
 
 
 
Assalam

 Location : Emergency Ward PPUM, KL.
Date : 21/6/2013

 "Rushing to the hospital as early as 5am today.
2nd Nebuliser..with lots of medicines"

...

To all of u out there. .please take care of your health.
Haze is badly conquer the weather at the moment.
Drink plenty of water. Avoid out door activity.

Get well soon Abah.
Almost 1 week abah no well. As at his age..he stil active with the gardening, house work.
Now his TEH Tarik gang started to miss him already :)



19 Jun 2013

Nutella Brownies Must Try

 
 
 
Nutella Brownies
 
 

Ingredients: 1 cup (280g) Nutella
2 eggs
10 tbsp (62g) flour


 Directions: Put it in a bowl. Mash it up. Pour into a pan or muffin tin. Top with hazelnuts if you're feeling extra fancy. Bake at 350F (180C) for around 30 minutes (less time for cupcake form, more time if the centers aren't baked through).

That's it. You're done.
Eat them.
 Revel.
Be amazed.
 


Wordless Wednesday #16 2013

GULPPPPP!!!!
                                   

16 Jun 2013

Selamat Hari Bapa 2013

 
Selamat Hari Bapa!!!
16 June 2013
 
 
 
Alhamdulillah. Untuk Hari Bapa tahun ni saya plan sesuatu sebagai tanda sayang anak3 saya to Abahnya yang bekerja di perantauan.
 
Apa plannya?

Saya telah poskan Kad Ucapan Selamat Hari Bapa ke Office Abah budak2 ni.
International Posting ambil masa 4-5 hari bekerja.

 



Selamat Hari Bapa 2013
 
 
Kami luv Abah
 
Dapat panggilan dari Mr Husband..dia terharu sangat dapat kiriman pos dari Anakandanya.
Tengok tulisan anak3 tu yang buat lagi terharu coz anak3 dah membesar.. Alhamdulillah.
Siap cewi dengan officemate dia tu coz dapat kat Hari Bapa from Malaysia...
Yelah...4 bulan sekali baru kami dapat spend masa bersama.
InshaAlllah..demi mencari rezki yang halal untuk kami sekeluarga.
Amin
 
 
p/s : To my ayahanda Musa Bin Haji Mohamad..Selamat Hari Bapa.. Kasih abah tiada tolok bandingan nya.
Alhamdulillah
 


Which Word did U see 1st??

It said that 90% of people will see the same word first.
 Don't cheat!
Type the first word you see in the comments and then look and see what everyone else saw!
 
 
 


15 Jun 2013

Lesen Memandu Baru Malaysia 2013

 
Jom ganti yang baru uoks :)
 
gambar-lesen-baru-2013
 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menetapkan supaya tarikh lahir dijadikan tarikh luput lesen memandu di Malaysia.
Menteri Pengangkutannya, berkata hal ini kerana pemandu sering memberi alasan mereka terlupa tarikh luput lesen memandu ketika operasi dijalankan dan menyebabkan mereka dikenakan denda.
 

Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru
  • Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
  • Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.
  • Memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.
Cara Gantikan Lesen Memandu Baru
Pejabat JPJ
Kad tersebut boleh didapatkan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai 2013.
Pejabat Pos
Lesen baru itu akan diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November 2013.


Sumber: Gambar Lesen Memandu Baru Bersekuriti Tinggi 2013 (LMBT) | melvister.com



Sarapan Nasi Lemak Mek Kelana Jaya

 
Assalamualaikum semua.
Sarapan apa pagi ni?
Sabtu nan busy..
Oleh kerana agak rajin hari ni...makanya saya dating breakfast aje dengan Chekgu Azrine.
Pot favourite family mertua saya "Nasi Lemak Mek Dah Kelana Jaya"
 
Apa menariknya nasi lemak ni saya pun susah nak explain.
Cuma pot nasi lemak ni memang dah lama ada kat Flat PKNS SS6 Kelana Jaya.
 
Uols sila lah p try kalo ada kelapangan nanti.
 
 
Sarapan di Nasi Lemak Mek Flat Kelana Jaya
 
 
 
 
p/s :Nak masak apa lunch ni.. Moh kita p makan nasi kenduri lah.. hehehe


14 Jun 2013

Kuliah Subuh SANGKA BAIK BURUK

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
...
☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah...


13 Jun 2013

Pengunjung setia SULAMAN LACE HEAVEN May 2013

 
 
Terima Kasih kepada pengomen tegar SULAMAN LACE HEAVEN untuk bulan May 2013.
 
 
Hadiah Buat pengomen tegar Sulaman Lace Heaven May 2013
 
Alhamdulillah.. ada juga peminat setia yang rajin komen entry SULAMAN LACE HEAVEN.
Setia singgah ke SHOUTBOX SULAMAN LACE HEAVEN
 
Hadiah tak seberapa ikhlas dari saya.
Rasanya patut ke saya teruskan bagi hadiah kepada pengomen tegar untuk bulan2 seterusnya?
 
Hmm..nak kena fikir hadiah plak ni.....



p/s: Cik Nor..Fuza cilok gambar dari W.W#26   :)
 
 


Hot vs Beautiful

12 Jun 2013

Hadiah Hari Bapa Mary Kay

 
Mary Kay Fragrance
 
Daddy's the best!
 Why not show him how much you care by surprising him with this Limited Edition travel size fragrance set?
 
 
pm for to order :)
 
 
 


Informasi Kenali Kondisi Telur Ayam

 
 
 


11 Jun 2013

Sulam Kerawang Benang Kodok Pre Order June2013


Mencari design kain untuk lebaran?
Mencari kain bermutu dari Indonesia?
Mencari warna2 menarik untuk majlis2 rasmi?
Mencari design yang belum ada didalam gerobok anda?
 
Jom tambahkan koleksi baju kurung.

Sulam Kerawang Benang Kodok Semi Silk

Sulam Kodok Biru (Booking by Zaty)
    
 
Sulam Kodok Biru Nila
   

Sulam Kodok Kuning



Sulam Kodok Purple
 
 

Sulam Kerawang Benang Kodok 


Ukuran kain : 4 Meter
Material Semi Silk
Tidak memerlukan lining

 
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya segera.
InshaAllah stok akan sampai in June.
 
 
Setiap tempahan akan di kenakan 50% deposit
(dari harga kain)
Setiap tempahan adalah PRE-ORDER
 

 pm/wasup :019-2784580
(Sila wasup sahaja yer)

 




Sulam Melati Satin Rainbow Pre-Order June 2013

Syarat2 Tempahan
Setiap tempahan akan di kenakan full payment bagi mengelak isu last minit cancel order.

Setiap tempahan adalah PRE-ORDER dimana kain akan sampai dalam 3-4 minggu.

(Di jangka sampai pada 27 June 2013) 
Perkhidmatan Pos Laju akan digunakan untuk menghantar tempahan di dalam Malaysia

Sila refer pada kod yang tertera untuk membuat tempahan pre-order.


Order tutup on 13 June 2013
 
email : fuzamusa@yahoo.com
 
or 
 
wassup ONLY : 019-278 4580

Stok as per photo ini sahaja ye.

 Kerjasama semua amat di hargai. TQ



Material : Satin Rainbow.
Ukuran : 4Meter Bidang 60
 

Status : Available



Status : Available




Status : Booking by Diyana



Status : Available




Status : Available



Status : Available




Status : Booking by Cikgu Azrine



Status : Available





Status : Available







 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78