HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

28 Jul 2013

Promosi Tesco PERCUMA PETROL July 2013

Assalam semua
Ni nak share dengan uols yang sering ke TESCO untuk membeli belah barang dapur.
Seperti biasa, setiap bulan saya akan ke TECSO untuk membeli barangan dapur.
Senang membeli disini sebab serba serbi ada disini.
Kenapa TESCO? Saya gemar membeli disini kerana setiap nilai wang yang kita belanja akan mendapat pulangan point yang akan di tukar nilai ke RM. Pelbagai Voucher juga kerap di beri khasnya buat TESCO CLUBCARD MEMBER.

Cewah..bercerita macam korang semua tak tau erk.
hehehe
  
 
TESCO CLUBCARD
 
Selepas selesai membeli, maka beraturlah di kaunter juruwang.
Hah ternampak saya promosi seperti di atas.
 
Dengan setiap pembelian RM150 keatas dalam satu resit, uols akan dapat kad MESRA PETRONAS.
 
Apa yang lebih menariknya, kad MESRA PETRONAS yang anda dapat tu bernilai RM10.
Hah, RM10 tu boleh lah anda redeem di kedai MESRA mana-mana PETRONAS.
Nak beli jajan ke or nak isi minyak pun boleh dengan nilai RM10.
 
Macam tak percaya erk??
 
 
Tempoh promosi dari 22-28 July 2013.
Masih ada sehari uols..
Cepat cepat cepat!!!
 
 
Kad Mesra PETRONAS
 
 
Itu kad saya dengan welcome card dari PETRONAS.
Alhamdulillah, siapa nak bagi isi minyak FREE RM10 kan?
 


27 Jul 2013

Membeli belah di Komplek PKNS Shah Alam

Anakanda Aiman Aina Alif 2013
 
Assalamualaikum semua.
Pasti semuanya sedang sibuk dengan persiapan lebaran yang bakal menjelma dalam seminggu lebih je lagi.
 
Hah..saya juga tak melepaskan peluang cuti NUZUL AL-QURAN di negeri Selangor pada 26/7/2013 untuk membawa anak-anak ke Kompleks PKNS yang terletak di Shah Alam. Lokasinya yang terdekat dengan rumah. Kalau nak bawa anak-anak ke Jalan TAR, KL, memang agak sukar kerana Mr.Husband is not around, due to bekerja di oversea.
 
Sebenarnya kelengkapan baju melayu dan sampin dah di tempah awal-awal lagi.
Datang ke Kompleks PKNS ni untuk mencari songkok anak-anak bujang saya, sambil mencari baju ready made untuk si anak dara sorang saya tuh.
Sambil-sambil tu, maknya pun tumpang mencari tudung. hehehe
 (itu yang penting tuh..)
 

Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor
Kompleks PKNS , Shah Alam , Selangor
 
Di Kompleks PKNS ni, segala kelengkapan untuk lebaran ada.
Kuih raya, baju raya, kasut raya, sampin raya, songkok, dan macam-macam lagi uols.
Di level 1 ada banyak butik-butik yang menjual baju-baju ready made. Selain itu ada juga lot kedai yang menjual barangan kelengkapan Haji dan Umrah. Mudah untuk membuat persiapan kerana semuanya serba lengkap di situ. Ada juga yang mengambil tempahan baju melayu dan pakaian wanita. Ada juga dijual kuih muih biskut raya. Ketupat dan rending untuk berbuka juga ada dijual.
Selain itu ada juga butik pengantin uols. Harga yang ditawarkan berpatutan.
 
Boleh dikatakan macam-macam ada.
Saya memang sejak kecik lagi ayahanda akan bawa membeli raya di sini.
By the way, kalau bukan musim raya, Kompleks PKNS ni still beroperasi seperti biasa dengan jualan barangan seperti yang saya senaraikan tadi, Bezanya..pada musim perayaan ada lebih banyak pilihan dan boleh tawar-menawar best price.
 
 
PJY ku...
 
Seawal pagi kami dah sampai sini. Hah senang uols. Parking pun senang aje. Tak perlu nak bertawaf berpuluh kali nak mencari parkingkan.
 
Kami sampai 9.30 pagi. Kebanyakkan kedai belum beroperasi.
Waktu berniaga ialah 10 pagi ke 12 malam
 
Jenuh juga lah nak tunggu. ramai juga yang telah sampai lebih awal dari kami.
Pastinya semua nak elakkan bersesak-sesak semasa membeli.
 
Seawal pagi orang ramai sudah pun serbu kedai di Komplek PKNS Shah Alam
.

Pakaian yang telah siap lengkap dengan songket dan tudung boleh didapati di Komplek PKNS Shah Alam

Tudung Bawal Manik
Ini bonda saya. Hah, sekali sekala belanja bonda tudung bawal. Memang payah nak membeli untuk bonda coz selalunya sure dia tak mahu. Tapi saya cakap ni hajat hari raya :)
 
 
Tudung 3 layer with brooch
Jenjeeejeeeeennnnnnng....
Tu dia... kemain intronya erk, hehehe
Bonda cakap saya ni "Hantu Tudung" hahahaha.
Koleksi tudung melambak di rumah.
Tetapi mana yang saya design dah tak pakai tu saya sedekahkan kepada insan yang kurang berkemampuan di kampung.

Pilih jangan tak pilih!!!
 
Model Tudung sambilan..hehehe
 
Cewah..cuba jangan tak cuba. Pilih mana yang padan.
Sekarang ni tengah trend tudung berlayer-layer.
Harga pun berlayer-layer uols.
Beli jangan membazir yer
 
 
Alhamdulillah...tujuan mencari songkok untuk anakanda bujang saya setel. Ada macam-macam jenis, fesyen dan harga.
Pilih mana yang berkenan di hati ye.
 
 
 
Di atas ni antara fesyen terhangat tahun 2013 iaitu PEPLUM. Harga pada saya sangat berpatutan. Yelah, nak fikir material lagi, manik, sulam, upah jahit, memang la harganya lebih kurang itu juga.
Kepada yang belum ada baju raya tu, boleh aje beli baju kurung yang ready made.
Cantik-cantik juga uols 
 
Saya dan Aina
Hah..ni cerita misi ke-dua.
Mencari baju raya Aina. Jenuh wei nak cari baju mek kecik ni.
Cuba semuanya..banyak yang dia tak berkenan.
Amboi..dah pandai. Ada taste sendiri u!!
Kalah maknya.
 
Jubah Lelaki
Sementara kami dengan urusan anak-anak, ayahanda saya sibuk usha jubbah.
Hah, yang mana satu pilihan hati tu abah?
 
Kasut Vincci design Raya 2013

Ehem-ehem..
Ni tak ada dalam misi hari ini.
hahahaha.

Singgah SACC, Shah Alam pulak. Ada kedai VINCCI.
Fuh diskaun sana sini.
I tergoda uols.
Makanya rembat lah sepasang kasut.

Boleh lah anggap as kasut raya..as kebetulan nak raya erk.
Dah lama pun tak beli kasut sejak dah jadi surirumah ni.

Hah itu sebahagian cerita shopping raya kami.
Alhamdulillah..
Rezki anak-anak tahun ini murah.

Tq to Mr. Hubby, Encik Adli Lutfi kerana menyediakan persiapan raya kami.



p/s : count down....Mr Hubby is coming home for Raya next week...






 
 
 





25 Jul 2013

William and Kate bersama Putera Sulong

TAHNIAH !! 

Isteri Putera William, Catherine selamat melahirkan anak lelaki di hospital St Mary's, di London. 
 
Anak sulung pasangan ini dilahirkan pada 24 July 2013, jam 4.24 petang (waktu tempatan) dengan berat 3.8 kilogram.
Putera William berada di sisi isterinya ketika dia melahirkan anak pertama mereka.
 
 
  
 

Bayi itu dengan gelaran Yang Teramat Mulia Putera (nama) of Cambridge, akan berada dalam senarai pewaris takhta di belakang datuknya, Charles, dan bapanya, William
 
 
 

AP royal baby diana nt 130723 16x9 608 Kate Middleton Channels Princess Diana With Polka Dot Dress to Present Newborn Son
Apa yang menarik, penampilan pertama Kate bersama putera sulongnya, sangat mirip dengan kemunculan Puteri Diana, bonda William, semasa memperkenalkan Putera William kepada dunia.
Cuba lihat baju polka dot yang digayakan mereka.
Mungkin ini adalah cara Putera William memperingati mendiang Bondanya.


Berita Lagi..Klik Sini



Nak tengok lagi fesyen sama tak serupa mereka? MEH KLIK SINI



p/s: Entry saya berkenaan kehamilan Kate pernah tersenarai dalam list top ten GOOGLE. Klik SINI
 


21 Jul 2013

Lace Bandung terbaru July 2013

 
 
Salam hujung minggu sahabat-sahabat sekalian.
Apa aktiviti hari ini?
Mengunjungi shopping kompleks untuk persiapan lebaran?
Ada yang sedang booking restaurant untuk berbuka puasa bersama keluarga petang ini?
Ada yang sedang menerap kuih ker? hehehe
 
Ok kali ni saya mahu share dengan anda semua design lace terbaru di Indonesia.
Di bawah ini adalah antaranya.
Nama lace? Lupa pulak saya bertanyakan tadi.
Oh ya...yang ni bukan untuk dijual yer..
Ini present dari Mr. Husband saya.
Alhamdulillah..rezki jangan di tolak
 
 
 
 
 
 
Lace terbaru 2013
 
 Cantikkan?
Ni tengah selongkar majalah..
Cari fesyen baju.
Ada idea uols?
 
Lace zoom in


20 Jul 2013

Peribahasa

 
 


Comel...
Ni kertas exam anak my friend. Yati
Memang terhibur dengan jawapannya...
To anakanda Nur Afrina Aishah.. GOOD LUCK


18 Jul 2013

Kesian Nora Danish...

Nora Danish disalah erti kongsi gambar solat Tarawih
Nora Danish solat tarawih
 
Assalamualaikum semua.
Bulan Ramadhan Bulan penuh Barakah..
Lipat gandakan amal ibadah kita.
Namun amat simpati dengan cemuhan yang menimpa pelakon kecik molek NORA DANISH.
Jom baca berita lanjut...
 
 
 
17 Jul - Tindakan pelakon Nora Danish memuat naik gambarnya menunaikan solat sunat Tarawih baru-baru ini menyebabkan ada segelintir individu telah memberi respons negatif dan menyifatkannya sebagai suka menunjuk.
 
"Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya nak menunjuk tetapi memang saya suka berkongsi macam-macam gambar dengan peminat," kata Nora kepada Sinar Harian.

Jelas pelakon kacukan Melayu-Myanmar yang berusia 31 tahun ini, tidak ada salahnya untuk dia berkongsi perkara yang baik kerana mungkin para peminat yang tidak pernah sembahyang Tarawih akan cuba untuk bertarawih selepas melihat gambarnya.


Sumber Berita YAHOO ENTERTAINMENT


16 Jul 2013

Resepi- Pandan chicken in da house

Salam Ramadhan khususnya buat muslimin muslimat sekalian....
Tugasan menyediakan menu berbuka ni makin hari makin blurr
Walaupun baru nak masuk seminggu berpuasa kan..kadang2 nak bagi semua bersemangat semasa berbuka tu memang mencabar uols.
 
Ramai pulak yang mintak saya share resepinya.
Harap2 dapat di kongsikan bersama yer...
 
Ok mana tahu menu kali ini boleh membantu uols mempelbagaikan menu masing2 sepanjang Ramadhan ini kan.
Jom cuba pulak resepi Pandan Chicken.
 
 
Pandan Chicken
 
Bahan-bahan :
 
Ayam di potong kecil
Bawang Putih *
Bawang Merah *
Halia *
Jintan *
Sos Tiram
Madu
Sedikit cili giling
Garam Kunyit
Daun Pandan untuk membalut
 

Cara-cara:

Tumbuk semua bahan di atas yang bertanda *
Sementara itu, ayam yang dah di tos tu..kita lumurkan dengan garam kunyit, kemudian gaul dengan bahan tumbuk
Masukkan sos tiram,  madu, cili giling mengikut kehendak memasing.
Kemudian balutlah ayam tersebut.

Mudah bukan.
Atleast Nampak lah ceria sikit kan hidangan berbuka puasa kita kan.
 
 
 

Bahan mentah Pandan Chicken
 
Pandan Chicken di perap


Pandan Chicken di goreng dengan minyak sedikit
 

Pandan Chicken siap di goreng.

 Selamat Mencuba :)

15 Jul 2013

Roti banyak di bulan puasa nak buat apa erk...

Gambar ihsan google
                                         
 
 
Salam 6th Ramadhan sahabat handai sekalian.
Alhamdulillah...diberi kesihatan, di beri kesungguhan untuk berpuasa dan beribadat di dalam bulan yang penuh dengan rahmatNYA.
 
Saya bersyukur juga sebab anak-anak juga bersemangat untuk berpuasa penuh.
Pada awalnya memang agak banyak kerenahnya.
Tetapi setelah masuk hari ke-6 ni, nampaknya mereka dah mula dapat menyesuaikan diri dengan berpuasa.
 
Apabila bulan puasa, makanya roti yang selalunya anak2 makan ni tak berapa nak laku.
Yelah..selepas berbuka..kenyang tu till depa nak masuk tido.
 
Makanya, sebelum roti expired, adalah lebih baik saya gunakan untuk membuat BINGKA ROTI.
Boleh juga di jadikan juadah manisan berbuka puasa hari ini.
 
Jom cuba, resepi dari mak saya ni, simple dan murah aje bahan-bahannya.
 
 
 
RESEPI BINGKA ROTI
 
15 Keping roti putih
1 cawan gula
1 tin susu cair
3 biji telur
sedikit kismis (Boleh ganti ikut selera..letak kurma, badam)
 
 
Cara-caranya :
 
1. Rendamkan kepingan roti didalam air untuk melembutkannya
2  Selepas itu kembangkan gula dan telur.
3. Kemudian masukkan susu cair perlahan-lahan.
4  Roti yang di rendam tadi mudah di hancur-hancurkan. (Carik-carik erk bahasa  
    mudahnya)
5. Campurkan semua bahan di atas sebati sebelum di masukkan ke dalam Loyang yang t
    terlebih dahulu di sapukan mentega.
6. Boleh tambahkan kismis tabor di atas adunan tadi
 
-- Saya blendkan semua bahan diatas termasuk kismis supaya anak2 tak kutip buang kismis tersebut.
 
7. Bakar selama 1jam.
 
 
Petua : Setelah 1 jam, jangan terus bawa keluar dari oven...nanti bingka kamu nampak terpenyek. Tak gebus.
 
 
 
 
 
 
Bingka Roti siap didalam Loyang untuk di bakar selama 1jam
 
 
 
Taraaaaaaaaa..dah siap :)
 
Bingka Roti Mabeles siap..FRESH FROM OVEN
 
Selamat Mencuba


14 Jul 2013

Menu Berbuka hari minggu..5 Ramadhan

5 Ramadhan.
Hari ini dari pagi cuacanya sungguh manja..mendung redup.
Alhamdulillah.
Walaupun baru hari ke 5, kadang2 blank nak fikir nak siapkan juadah apakan uols.
So tujuan entry ini nak share menu mana tau boleh tukar-tukar idea memasak.
 
Mari memasak for berbuka hari ini.
Anak3 punya menu upon request.. In the making :-
1: pandan chicken
2: ikan pari panggang
3: daging masak dinding
4: sup mee suah carrot & potato.
...
5: jus laici.

Alhamdulillah. Tak perlu ke bazaar Ramadhan hari ini.

Bagi saya tunggu Mr. Darling balik lah nampaknya kalau nak berbuka di luar pun..

Apa menu uols hari ini?
Ada yang dating?Ada yang berbuka di luar?
 
Selamat berbuka uols )

 

Perap ayam dulu before balut for pandan chicken.
 
Ikan pari ready nak perap untuk di panggang
 
 
Antara bahan-bahan untuk daging masak dinding ala-ala Utara


12 Jul 2013

Sudah 4 tahun tidak berganti cermin mata

Frame KOALI Nature Edition by FOCUS POINT

 
 Assalamualaikum semua.
Kali ni nak cerita pasal Cermin Mata.
Semua orang tahu kot erk..
(Kalau tak tahu..nanti next next next entry saya cerita erk..hehehe)
 
Ok..nak kongsi cerita ni.
Saya ni kerap lah migraine.
Nak kata silap makan, rasanya benda-benda yang kearah angin-berangin memang saya elakkan.
Contohnya ubi kayu, kacang, kobis, tembikai dan ada ler dua tiga lagi.
Tetapi kekerapan sakit kepala tu semakin menjadi-jadi.
So kebarangkalian seterusya ialah Power Cermin Mata yang tak sepadan.

Bila difikir-fikir...memang dah hampir 4 tahun saya tak tukar spec ni.
Kira bagus jugak la erk..power spec under control.
Ada saya buat bacaan di Internet, sekiranya umur kita makin meningkat ada kemungkinan power spec akan menurun. Hmm saya idok le berumur sangat kot..hehehe (Ayat cover line)
 







Koali Bird Leg Design
Berposing dengan Frame Koali Bird Leg design


Saje nak share...frame yang kat atas tu antara yang saya nak finalised
Harganya agak mahal. So saya tanya..apa yang menyebabkannya mahal sangat.
Menurut penjual tersebut, frame ni dibuat bertemakan Alam . Customade product.
Fuhh..first time dengar frame pun ada design.

Pada mulanya saya agak blurr..apa yang alamnya.
Kalau anda perhatikan...tangkai cermin mata kat atas tu mirip kaki burung. Kan?
So frame Koali Nature Bird design namanya.
Ada macam2 lagi design, tetapi yang menjadi pilihan hati saya ialah Koali Nature Bamboo design.


 
 
 
Frame Koali Bamboo Design

Dekat sejam juga lah saya mencuba perbagai jenis frame.
Jenuh juga nak cari yang padan dengan bentuk muka, dengan size muka..dan juga dengan size poket yang nak membayarnya haahaha..
Eh penting jugak uols.
Nak jugak la bergaya kan..hehehe

Tanpa fikir banyak..terus je confirmkan yang Frame Koali Bamboo Design.
Hah..lagi 2 weeks siap uols.
Bergaya sakan la I ouls nanti hehehe

 
 
 
Frame Koali Bamboo Design
 
Berposing dengan Frame Koali Bamboo design
 
 
p/s : Ada Nampak macam budak2 sekolah tak? Ke macam Cikgu Bedah? hahahaha 


11 Jul 2013

Yeaaaaa Dapat Kad Raya..

Kad Ucapan Hari Raya 2013
 
Salam 2nd Ramadhan teman-teman taulan sekalian.
Alhamdulillah...masih lagi sihat untuk meneruskan puasa hari ini.
 
 
Nak kongsi cerita ni.
Hah..setelah sekian lamanya tak dapat kad raya, hari ni dapat kad Hari Raya Pertama.
Wah sengih la jugak kan. Bukan pasal apa...dah tua-tua ni dapat juga kad erk.
Oh ya..kad ni bukan dari boperen ke..geperen ke..and bukan dari Mr. Darling saya.
 
Kad Ucapan Selamat Hari Raya ni dikirimkan oleh FOCUS POINT.
Mungkin kerana saya ni regular customer dengan Focus Point.
Sejak menggunakan cermin mata, saya memang selalunya menempah di sini.
Selain itu kanta lekap juga saya sering tempah di sini.
Senang tempah dekat satu tempat supaya segala rekod pemeriksaan berkala ada aje di dalam system.
Ada juga beberapa voucher yang dititipkan.
Wah..bergaya sakan lah hari raya nanti...
 
 
Terima Kasih Focus Point
 
 
 
p/s: Hari Raya ni nak pakai contact lens kaler belang-belang...boleh?

10 Jul 2013

RAMADHAN datang lagi

 
 
Selamat datang ke pesawat Ramadhan Air dengan nombor penerbangan 1434 hijrah menuju ke Aidilfitri.
Sesuai dengan peraturan Al-Quran, kami ingin menyampaikan informasi penting untuk semua penumpang.

Kita akan terbang dalam jangka masa 30 hari di atas permukaan dahaga dan kelaparan. Sila pakai tali pinggang puasa dan te
gakkan sandaran solat, tutupkan meja dosa di depan anda dan buka penutup tingkap dengan amal dan taqwa.

Pesawat ini mempunyai 3 pintu kecemasan. Pintu pahala ada di depan anda. Pintu keampunan ada di tengah dan pintu kebajikan ada di belakang anda. Di atas sebab-sebab keselamatan, diharap anda tidak mengaktifkan segala jenis hubungan propaganda dan segala rasa iri hati di dalamnya. Penerbangan ini dilarang asap perselisihan.

Selamat menikmati penerbangan anda.


TQ Nuffnang. Duit Raya tahun 2013

 
Salam Ramadhan semua
Semoga puasa dan amal ibadat kita mendapat keredhaanNYA..Amin
 
 
Alhamdulillah..
Cek dari Nuffnang datang lagi.
Rezki Ramadhan tahun ini. Awal lagi dah dapat angpow :)
Lepaslah duit nak soping raya ni.
 
Tq to Nuffnang kerana semuanya bukan omong kosong, tapi ini betul-betul.
Kehadiran cek cash out ke dua ini membakar semangat saya untuk berkarya lagi.
Umpama kita menulis dapat ganjaran, yang penting halal atas usaha kita sendiri.
Alhamdulillah.
 
 
 
 
 
p/s : Rajin-rajin lah visit SULAMAN LACE HEAVEN

9 Jul 2013

Kalau CEREWET jangan shopping ONLINE

 
Assalam semua.
Kali ini sengaja saya bawa tajuk ni,
Kenapa?
Kerana budaya SHOPPING ONLINE kini menjadi satu kemudahan membeli-belah buat kita semua. Jimat masa.
 
Saya juga menjual kain ela dari Indonesia. Alhamdulillah.. Sambutannya amat menggalakkan.
Mungkin kerana designnya yang terbaru serta harga yang saya tawarkan sangat lah berbaloi berbanding online yang lain.
 
 
 
(Antara barangan yang dijual di online lain pada masa sekarang)
Gambar Ihsan Google
 
LIMITED EDITION (DENIM & ROSE)
 
 
 
 
OK..bukan itu ceritanya.
Apa yang saya nak kongsi kan ini adalah kisah2 pembeli secara online.
Ada banyak kerenah sebenarnya, antaranya :


  1. Pembeli yang serious nak membeli. Selalunya pembeli seperti ini akan memilih barangan, buat bayaran, obey dengan Terma & Syarat, tunggu barangan yang di pesan. Mudah berurus niaga dengan orang seperti ini. Tidak ada banyak soal-jawabnya. Dia happy..kita pun happy.
  2. Pembeli yang was-was. Selalunya pembeli seperti ini "hati kata YA"..tapi  dok 50-50. Nak ke tak nak ..nak ke tak nak. Pembeli macam ni sebenarnya menyusahkan kita penjual serta supplier. Kalau dah confirm awal2..senang kita nak booking stok untuk dia. Kadang2 last minit kata baru nak nyesal stok dah habis. Lepas tu dok paksa kita cari stok lagi. Apa pun kita layan juga. Coz Customer Alwiz Rite katanya
  3. Pembeli yang saje-saje. Hah yang ini pulak..saja suka2 pm nak Tanya harga..lepas tu senyap. Mungkin budget lari, mungkin juga dia mahu buat perbandingan harga. Apa pun..TERIMA KASIH MENGHUBUNGI KAMI :)
  4. Pembeli banyak cengkadak  CEREWET!! Hah..gerun dengan pembeli under kategori ini. Cara mereka order tu..nak 101% seperti yang mereka idamkan. Nak seperti keinginan hatinya. Umpama kita ni tukang buatkan design tersebut. Memang kena sabar tahap megatron kalau layan customer macam ni. Siap kita pulak dimarahnya. Aikk... Sabar..Sabar....

Kadang2 ada kerosakan yang bukan kita terlepas pandang..tetapi mungkin berlaku semasa proses delivery..or macam2 lah boleh jadi sebenarnya. Sudah pasti kita penjual ni nak pembeli dapat kepuasan Saya pun bukan lah jenis nak kaut keuntungan yang kelak jatuh Haram hukumnya..  Nauzubillah




Dikatogeri mana sekali pun kita, apa yang penting ialah kena lah ada perikemanusiaan sikit. Kalau rasa payah nak shopping online, sila lah pergi beli sendiri di kedai dimana kamu boleh pilih sendiri mengikut kepuasan hati dan kehendak sendiri. Membeli online ni ada banyak persepsinya. Tepuk dada Tanya selera.






    p/s : Tq kepada semua yang telah shopping dengan SULAMAN LACE HEAVEN.




 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78