HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Aug 2013

Cerita EMERGENCY tak de air di Selangor pada 30/8/2013

 
Kali ni nak cerita tragis skit.
Selangor dengan isu Water Shortage!!
Oh tidakkkk !!!
 
Seawal 7 petang tanggal 30 Ogos 2013, buka pili air..tak de AIR!!
Fuhh, dok fikir, mungkin ada paip pecah kot somewhere nearby.
Siap p Tanya jiran sebelah rumah ni, kata Kakak Emily Khoo, rumah dia pun xd bekalan air.
So ..macam lega lah kononnya.
 
On tv for berita jam 8 malam.
Tu dia..baru dapat tau update bahawasanya ada isu sensasi la pulak.
Might be no water supply for two to three days????
 
Meloncat saya..
Bukan sebab apa..tapi memikirkan rumah ni ramai budak-budak, macam mana nak beristinjak?
 
Terus saya bergegas ke Giant berdekatan untuk mendapatkan bekalan air sementara.
 
Sesampai di Giant Supermarket, saya ingatkan saya yang antara terawal.
Rupanya ramai yang dah tahu tentang berita bekalan air ini.
Beratur panjang pelanggan dengan troli yang penuh berisi dengan air mineral.
Kebanyakan rak air mineral telah pun KOSONG!!
 
 
 
Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013
Rak Air Mineral Kosong!! Tinggal yang branded dan mahal je



Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013 ..Air Mineral mendapat sambutan


Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013..Ada yang beli siap guna troli. Dasat


Isu tak ada air di Selangor on 30/8/2013
Makcik ni nak buat open house esok. Baru dapat tau news.
Dia tengah blurr macam mana nak masak



Ini stok rumah saya. Banyak?!!!
Yelah, anak-anak ni mana reti nak jimat cermat. Berlebih tak mengapa.
Jangan tak ada kan.. kan kan
Esok harap ada yang hantar bantuan bekalan air untuk kegunaan mandi ala kadar dan hal nature call :)
 
Hopefully pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah serius ini dengan bijaksana kerana hal ini melibatkan banyak kawasan yang terdiri daripada jumlah penduduk yang padat.
Jangan pula kita timbulkan isu politik atau isu yang menambahkan masalah ye.
InshaAllah..kita sama-sama doakan untuk penyelesaian masalah ini.
 
 
 p/s :Its bad kata nyer. Never mind Syabas has already taken the emergency measure to make sure we get the water ASAP. Sementara tu kita mandi ala kadar jer la..
 
 
Nak tau berita? Klik Sini Isu Air Emergency di Selangor 30/8/2013

Sambutan Di ambang Merdeka di sekolah Anakanda


Salam 31 Ogos 2013
Salam Kemerdekaan Malaysia untuk ke 56 tahun.
 
 
Ini cerita semalam sebenarnya.
Most of the school semalam telah mengadakan sambutan Aidilfitri serta sambutan diambang Merdeka yang ke 56 tahun.
Makanya, setiap murid akan terlibat dengan potluck.
 
Jenuh juga ler saya fikir nak sediakan juadah apa untuk Aiman dan Alif bawa ke sekolah.


Akhirnya....tadaaaaaa

Tu dia..
Tetiba dapat mood rajin, saya cek segala bahan mencukupi, makanya Mini cuppies Chocolate Moist Cake ganjaran for them.
 
Untuk mencantikkan lagi cuppies ini, saya hiaskan dengan coklat M&M.
Menariklah sikit apabila kanak-kanak melihatnya.
By the way..warna-warni tu juga bersempena jalur gemilang kata Alif.

Alhamdulillah, setelah pulang dari sekolah semalam, menurut anak2, kek tersebut mendapat sambutan, dan ada juga yang tak merasa dan request agar buat lagi.
Hah??? Buat lagi...adoiyai. Agak renyah dan costly actually kek ni.

Ada juga cikgu-cikgu sekolah yang meminta saya buka sebagai jualan.
Alamak...macam takut je dengan kepercayaan orang ramai
Apa pun, terima kasih kepada yang berminat tuh.



p/s: Sila pm ye pada yang nak order (hahaha, sempat lagi nak business kek??)
 
 
 
Fresh dari pengukus...wanginya.. Gebu!!


Chocolate Moist Cuppies telah siap dihias dengan coklat M&M


Siap susun didalam kotak



Ada gaya tak untuk buat business?


 
 
 
 
Di kesempatan ini, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanahair, mari kita laungkan...
 
Merdeka!!!
 
Merdeka!!!
 
Merdeka!!!





Nak Resipi... KLIK SINI

30 Aug 2013

Untuk Sebaran Gangguan Bekalan Air Selangor 30 Ogos 2013

 
 
 
 
 
 
UNTUK SEBARAN-
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 ...dan Rantau Panjang kerana berlaku kejadian minyak diesel memasuki sumber air di Hulu Sungai Selangor.

Kejadian tersebut mengakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
 
 

Frozen Layer Roll Cake Benji Roll in Aroma Magazine 2013

 

Salam sejahtera buat teman-teman blog sekalian.
Masih ingat dengan entry saya tentang kek yang di sangkakan bunga api tuh?
Hah..mungkin ada yang belum tau.. meh sini nak cerita.

 
Frozen Layer Roll Cake - Benji

 
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kek colorful ni.
Kepada yang nak tahu lagi, boleh lah visit FB Page Myziff Bakers.
Macam2  ada uols. 

Tak kenal makanya tak cinta.
Tak sangka betapa glamernya Kek Frozen ni sebenarnya.
Dapatkan koleksi majalah Aroma anda bulan September 2013 ni nanti ye.
Kenapa nak kena ada majalah tuh?

Hah..
Cuba tengok cover page tu..kenal tak kek layer tu?
Cer tengok betul-betul. Itu adalah antara range kek yang ada di Myziff Bakers.

Myziff Bakers in AROMA Magazine September 2013
 
Resepi Frozen Layer Roll Cake - Benji
Yang paling menariknya, dengan pembelian majalah AROMA tersebut, anda akan dapat resepi Benji roll.
Hah, jom lah kita cuba. 
Sekali cuba, dah rasa tu,,,sedap. Pasti nak repeat lagi. 
 
Kalau rasa tak de masa nak baking...order aje uols : ) 
 

Bagi yang berminat nak order tu..boleh jugak roger

Kak Gie : 012-375 9996
http://www.myziffbakers.com.my/
 

 
 

Baju Raya Fesyen 2013 - Sulam 1000 Melati Indonesia

Assalam semua pengunjung SULAMAN LACE HEAVEN
 
Kali ni kita share pulak gambar posing Cik Diana Jamil.
Cik Diana ni engineer civil uols.
Sekarang ni bertugas di Projek Jambatan Pulau Pinang ke-2.
Katanya nak sulam yang simple tapi cantik menarik kau memang deboom..
Acaner tu?

Makanya saya mencadangkan corak sulam 1000 Melati.
Alhamdulillah, Cik Diana kita berkenan.



 
 
 
 
 
Diana Jamil
  
 Thanks to Diana coz sudi nak share gambar posing Raya 2013.
 Thank you coz sudi shopping di SULAMAN LACE HEAVEN
 
 
 
 p/s : Cik Diana nak repeat order. Alhamdulillah. Katanya makcik-makciknya juga berkenan. InshaAllah.. Nanti update lagi ye
 
 
 
 


29 Aug 2013

Ronda Raya Hard Rock Hotel Penang

Assalam semua.
Dah hamper ke penghujung Syawal. MasyaAllah..cepatnya masa berlalu.
Ada yang selesai berpuasa Qadaq.
Ada yang baru nak mula berpuasa.
Ada yang sibuk dengan open house, ada juga yang baru berkesempatan bercuti kerana tugasan-tugasan penting.
Macam-macam urusan kan.
Wallahualam.
 
Apapun hari ini saya nak share cerita ronda ke HARD ROCK HOTEL PENANG.
Sebenarnya adik ipar suami saya yang teringin sangat nak pergi.
Luqman Nul Hakim a.k.a Akim yang nak sangat pergi.
 
Selepas pekena Nasi Kandar Beratur, kami cargas menghala ke area Batu Ferringgi Penang. Sepanjang perjalanan ke sana agak banyak kereta. Ramai pelancong asing yang gemar lepak di persisir pantai Batu Feringgi.
 
 
Juraian Lampu syiling dengan tulisan HARD ROCK HOTEL
 
 
Hard Rock Hotel Penang
 
Sebelum hari gelap, kami sempat berposing sakan. Yelah, bukan selalu dapat ronda.
Selagi ada kamera, selagi itu kamu snap snap..hehe
 
T-Shirt Hard Rock for HE & SHE
 
Dah datang jauh-jauh ni, sempat lah juga rembat sepasang T-Shirt Hard Rock Café Penang.
Murah aje, boleh buat pakai basahan.
Kalau dah mak abahnya membeli, si kecik tu tak kan tak nak.
 
 
Hard Rock Penang Cap
 
Rezeki Aina, dapat lah hadiah topi Hard Rock Penang. To me, mahal la jugak topi macam ni sebab dia membesar, soon topi ni tak padan.
Simpan muzium lah erk.
Tapi memang sweet lah topi ni.
Anje abahnya, apa nak kata.
 
 
Inilah dia Cik Wawa dan suaminya Hakim
 
Hah itu lah dia pengantin lama, Cik Wawa Kalista & suaminya yang beriya-iya nak ke sini. Adik perempuan suami saya.
Both lecturer di Politeknik Muadzam, Pahang.
Depa berdua ni memang ada buat part time ambil gambar pengantin. (tolong promote sat)
Siapa berminat sila pm ke
 
or
Contact Hakim 012-3299764
 
Slow Rock Café
 
Setel berjalan sakan di persekitaran Hotel, lobby hotel, snap gambar sana sini, perut pun dah menyanyi macam2 lagu.
Alhamdulillah, di seberang jalan berhadapan hotel ada sebuah café.
Hah..sedondon pula namanya dengan hotel ni. Nama tempat makan ni ialah SLOW ROCK CAFE.. hehehe..anak syarikat kot erk?
 
 
p/s:Berjalan-jalan dapat, berposing dapat, shopping dapat, penat pun dapat..
So..till we meet again ye Hard Rock Hotel Penang.
 
 
 


Cerita Alif Asthma

 
Salam Awal pagi Khamis.
Semalam memang tak terkata "kebiziannya" hingga tidak terkata.
(apa la ayat ni erk)
 
Alif anakanda ke-2 saya memang ada history lelah sejak berumur 3tahun.
Tahap lelah dia ni memang super sensitive dengan beberapa factor tetapi belum di kategori as kritikal or serius lelah.
 
Mungkin setiap pesakit lelah ada alahannya berlainan.
Bagi Alif, memang saya notis, antara factor major yang boleh menyebabkan dia lelah ialah
  • Bulu kucing
  • Air sejuk bergas
  • Chocolate
  • Habuk karpet/cuaca/rumah
 
Lately jerebu menyerang semula, makanya dia jadi sensitive. Start dengan normal batuk, terus batuk lelah. Batuk lelah ni batuk umpama cari nafas. Then batuknya berpanjangan dan kerap. Bertambah teruk kalau boleh dengan macam berwisel
Di sekolah pula saya tidak dapat memantau pemakanannya.
Dengan aktiviti sukannya lagi..
Semua ni antara sebab yang boleh menyebabkan lelah attack
Makanya...setelah sekian lama..Alif perlu ambil Nebulizer.
 
 
 
 
Day 1 -  27/8/2013  Alif yang semput, batuk memanjang sempat posing tuh

 
 

1st Nebulizer 27/8/2013 as at 9am

 

2nd Nebulizer 27/8/2013 as at 9.15pm



3rd Nebulizer 28/8.2013 as at 8.30am
 
 

Sarapan Roti Jala
 
Fuh..harap2 lepas ni tak perlu amik dah ye.. 
 
Selalunya, selepas Nebulizer tu Alif akan rasa lega.
Kalau tidak, sure dia akan batuk-batuk yang kerap coz sesak nafas kata Doktor.
Makanya..maknya pun agak ZOMBIE ni coz berjaga malam tadi.
Coz budak lelah ni selalunya akan ada masalah dengan pernafasan.
Depa tido lena mana nak perasaankan.
 
Doakan Alif cepat sembuh sepenuhnya ya..


27 Aug 2013

Baju Raya Fesyen 2013 - Sulam Kalong Hoodie Bandung Indonesia

Assalam semua.
Hari ni nak buat sharing baju raya seterusnya by Puan Sri Marzurah Mohamed. 
 Sri ni kenalan lama. Kini Sri bertugas di Yangon Burma.
Bekerja sebagai secretary, Sri memang menitik beratkan penampilan.

Alhamdulillah, Sri sudi berkongsi dengan SULAMAN LACE HEAVEN posing sakannya. 
 
 
 
Sulam Kalong Hoodie Bandung
 
 

Sri bergaya dengan Kalong Hoodie Merah pasti menawan.



Terima Kasih kerana berbelanja di SULAMAN LACE HEAVEN.

Kepada yang berminat dengan koleksi Sulaman Lace Heaven, nantikan stock-stock baru soon.

InshaAllah.


 

26 Aug 2013

Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang

Cerita makan lagi.
Hari Raya ni kalau tak cerita pasal baju raya, cerita pasal kuih raya, pasti cerita pasal makan.
 Kali ni nak cerita hal jalan-jalan cari makan Hari Raya ke-3 kami di Penang.
Kali ni kita seberang naik Jambatan Pulau Pinang.
Moh kita ke pulau.
Ekceli tujuan nak beraya sambil melawat adik sepupu suami yang baru menimang cahaya mata pertama.

Tetapi, dikesempatan dah berada di pulau, acara makan nasi kandar is a MUST for family husband.
Saya ni bukan la berlagak orang Selangor sangat, tetapi perut memang sanagat sensitive dengan menu kari mari ni, Makanya Nasi Kandar ni..memang saya x makan. Maaf ye orang Penang.. Demi kesihatan saya..Peace yo!!

Namun untuk pengetahuan semua, Nasi Kandar Beratur yang sebenarnya beroperasi pada pukul 10 malam ye. Yang kami p ni tak tau la nak panggil Nasi Kandar apa.
Disebabkan dia guna pot Nasi Kandar Beratur..maka lekatlah juga nama glamer tuh.


Nasi Kandar Beratur Penang
 
Nasi Kandar Beratur yang terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling mengikut ceritanya mula dikenali pada tahun 1943.

Sesampai je di lokasi yang di tuju, cuba lihat tu...BERATUR sungguh kan!!!
Jom cari meja sambil beratur untuk order.


Cik Wawa Kalista dengan anak sulong saya...sambil beratur..posing is a MUST!!


Selepas sejam beratur..semuanya lapaq tahap gaban.
Tak pandang kiri kanan dah uols. Air sirap tu sedap!
 
 
Depa semua pulun sakan Nasi Kandar Beratuq. Saya layan posing..hehehe



Sebahagian keluarga mertua di hadapan Masjid Kapitan Keling Penang

Hampir sejam menunggu baru dapat makanan.
Perghhh dasatkan
Memang kenalah dengan namanya NASI KANDAR BERATUR.
Standard semua pasti akan order air sirap. Memang lah air sirap ni dah biasa kita minum..kat rumah pun boleh buat,tapi Air Sirap kat sini ada keistimewaannya. Dengan wanginya.
Lupa pulak nak tanya depa pakai sirap cap apa..hehehe


Selesai melantak sakan..sebelum gerak ke next destinasi sempat juga berposing depan Masjid Kapitan Keling.
Kalau suruh posing...saya ok je..hahaha.




Next station, p visit adik sepupu Azwan & Zura yang telah menimang cahaya pertamanya.
Walaupun melahirkan puterinya secara Czer, Zura masih boleh tersenyum melayan kerenah kami yang menggamatkan rumahnya.

Berposing dengan anak sedara saya yang baru 4hari usianya.





24 Aug 2013

Rojak Tonggek Bagan Pulau Pinang

 
Assalam para-para pembaca blog Sulaman Lace Heaven.
Terima kasih kerana masih sudi jenguk-jenguk intai di sini.
 
Cerita makan lagi..hehehe.
Kali ni nak promote ROJAK TONGGEK, Bagan, Pulau Pinang.
 
 

Gerai Rojak Tonggek

 
Gerai yang terletak di belakang Hospital Bagan, Penang, memang menjadi tumpuan penggemar rojak. Terdapat beberapa gerai lain yang juga menjual rojak.
Yang paling istimewanya, kita boleh tapau kuah rojak tersebut.
Ada kuah yang pedas, dan ada juga kuah yang biasa.



Suasana pelanggan di gerai ROJAK TONGGEK, Bagan , Pulau Pinang
 
 
Kenapa ROJAK TONGGEK nama dia?
Hah, pada mulanya saya pun agak tertanya-tanya kenapa.
Tetapi apabila dah sampai di sini, dan secara automatic kita semua akan dapat tau kenapa namanya sedemikian.
Cuma lihat gambar di atas..Nampak tak?
Sesiapa sahaja yang dating kesini pasti akan tonggek.
Tak kiralah tonggek sikit ke tonggek banyak.
 
 
 
My biras, Tini control tak tonggek coz takut anaknya terjunam pulak ke dalam mangkuk kuah rojak tu :)
 
 
 
 
Kalau makan kena tonggek, kalau tidak pasti percik lah kat baju tuh
 
Kenapa kena tonggek?
Hah, kalau uols tak tonggek, alamatnya kotorlah baju terkena percikan kuah rojak tuh.
Jangan lupa..kalau ke Penang, cari pot ROJAK TONGGEK ni yer.
Sekali rasa, pasti nak order lagi.
 
 
 
 


Resepi Ayaq Asam Utara

(Re-Post)

Menu Berbuka puasa hari ni 25 Ramadhan..

Salam petang 25th Ramadhan semua. Hari ni menu kami ialah Nasi Minyak. Excited nak buat coz semua adik-beradik saya datang berkumpul berbuka bersama2 kat rumah. Yelah, saya ni dah jadi surirumah sepenuh masa jadi tak de kesempatan nak ajak mereka berbuka di luar (takut juga mak abah merajuk as belah mertua dah 2x pi berbuka kat luar. tapi saya tau, mak abah saya bkn macam tu, kerana berbuka kat rumah lagi selesa dan tak terkocoh2 kejar Maghrib).

Ni sementara tunggu nak masak jap g, saya nak bgtau, suami saya ni orang Utara, makanya, apabila makan nasi minyak ke, nasi beriyani ker, atau apa saje jenis nasi sewaktu dengannya, maka WAJIB lah di sediakan AIR ASAM .. Nak lagi sedap bunyik nya "Ayaq Asam"
Ayaq Asam ni kira pencicah dan bagi naik selera macam cicah sambal belacan.
Macamana nak buat? Meh tengok resepinya yang mudah dan murah...


Resepi Ayaq Asam

Bahan-bahan ( untuk se isi keluarga )

  • 10 bji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 biji tomato
  • sedikit sos tomato dan sos cili
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam (secukup rasa)
  • Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.

Cara-cara

  1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
  2. Bawang besar & tomato - potong dadu/hiris2 ikut citarasa.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk. Masukkan sedikit cili sos dan sos tomato serta sedikit air asam jawa.
  4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan.. 

P/S : RE-POST coz ada yang ngidam resepi ni :)

22 Aug 2013

Ubat Gigi dan kategorinya

 
 
Gambar ihsan FB Pesan Berpesan Sesama Kita
 
 
PLEASE SHARE IT

Have you ever noticed that there is a distinct color at the bottom of each toothpaste pack ?

Do you know the meaning of the colors ?...


Green : Natural. Blue : Natural + Medicine. Red : Natural + Chemical composition.
Black : Pure Chemical. BE AWARE OF THE PRODUCTS THAT YOU USE DAILY


20 Aug 2013

Salam Aidilfitri 2013 dari kami di Kepala Batas Penang

Assalam sahabat sekalian.
Salam Aidilfitri
Masih lagi dalam bulan Syawal
Alhamdulillah.
 
Hampir beraya sakan saya ni..hehe
Hari ni baru ada masa nak berblog setelah bercuti sakan.
Nasib xd sawang spiderman kat sini erk..
 
Bagaimana sambutan lebaran uols?
Tahun ini giliran saya beraya di kampong suamiku, yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Alhamdulillah sambutan bersama keluarga mertua serba sederhana tetapi meriah.
Seminggu di Penang, kemudian berhari raya dengan ayahbonda saya pula di Selangor.
 
 
 
 

Hari Raya 2013 Tema Peach
Anakanda semua Nampak sangat dah besar dengan baju raya masing-masing. Alhamdulillah.
 
 
 
Sebahagian keluarga di Kepala Batas Penang

 
 
 
Anakanda posing dengan mak sedaranya.. Percayalah
 
 
 
 
Ketupat Daun Palas WAJIB ada apabila beraya di Penang


2nd Syawal

Hah,..macam cerita Hindustan plak erk..saya ni asyik bertukar baju, rezki tahun ni baju raya penuh almari (hahaha poyo tak?)
Hari raya ke dua bertema Hijau. Koleksi kain sulam Bandung.
TQ to Mr Husband coz shoppingkan baju raya saya..


3rd Syawal


Hari raya ke 3 kami ada jemputan kenduri. Tema Kemeja buat yang lelaki.
Memasing dengan baju raya. Kemain lagi



 
P/S :  Hah..meriah kan semua dengan warna tema peach.
Planningnya tahun depan warna MERAH.
InshaAllah..panjang umur kita kan..

15 Aug 2013

Seminggu Aidilfitri

 
Alhamdulillah..
Sudah seminggu Aidilfitri
Cepat sungguh masa berlalu.
Apa cerita raya uols?
Buat masa ni saya pun sedang bz beraya sakannya
Bukan sebab puasa penuh tak penuh.
Tetapi kebetulan Mr. Husband yang bekerja di oversea kebetulan pulang bercuti lama..maka di kesempatan cuti sekolah ini kami banyak luangkan masa bersama.
Nantikan update cerita kami nanti ye :)
{ada ke sesapa yang kisah? hehehe}


 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78