HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

31 Oct 2013

Luv u My Mr Arrogant..Mr. Adli

Assalam semua..
Semua semua peminat drama bersiri "Luv u Mr. Arrogant"

Ni sama tapi tak serupa.. sipi pun tak de..
Hahaha
Saya swuh Mr. Husband saya posing.
Tu dia.. Sekali posing macam Mr. Arrogant. Nama dia Adli.. hah..dekat dah tu..


Mirip tak? Mirip tak dengan hero drama tersebut?

Jangan bagitau kat Mr. Husband saya na... nanti dia kembang perasan!!

I luv u my Mr. Husband :)
(tiba-tiba erk..)
 
Suamiku :)

Tiba-tiba rasa nak letak gambar ni.. Macam Hero Heroin filem tak? hehehe
 
 
 



Luv You Mr. Arrogant
 
  
Sinopsis novel : 
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

 
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...


pst..pst...Agaknya macamana ending drama ni??

Tips Bercuti Ke Jakarta-Bandung dan Tarikannya

Bandung destinasi yang bakal kerap akan ku kunjungi.
Kenapa??
Sebab utama ialah kerana my better half is working there. Eh dia Malaysian, tapi al-maklumlah.. Bidang kejuruteraan ni selalu kena bertugas mengikut projek.

Ok.. itu bukan ceritanya.
Bandung!! Heaven??? Best sangat ker? Jom baca cerita saya ke sana.
Ramai yang sedang usha info tentang Bandung..jom baca sini :)

 OK..Before nak start jalan2.. Tips Nak SHARE dengan uols jika nak ke Jakarta/Bandung

1) Tiket
Kalau nak tiket yang murah kena lah rancang bila nak fly.. Nak turun Bandung ke? Jakarta ke?
If nak ke Bandung terus Air Asia selalu ada promosi tiket murah.
If turun Jakarta ada byk je Airlines..ikut kemampuan uols pada promosi yang berpatutan. KLM, MAS, Lion Air, Garuda Indonesia, Singapore Airlines macam2 ada..


2) Baggasi
Kalau memang plan nak pergi bersoping adalah di NASIHATKAN jangan lah bawa banyak pakaian. Memang ada je plan tak mau soping..tapi sampai je sana, semua benda nak beli..Ada pulak yang kena shopping beg tambahan pulak!! Mungkin bawa la sehelai dua baju buat spare.


3) Kasut
Hah..Toksah la nak bertumit tinggi bagai. Pakai lah kasut yang flat or yang selesa untuk berjalan sebabnya...sampai di sana memang rasa tak cukup masa nak jalan ke semua tempat.. Makanya berjalan tu macam tak cukup tanah je..hahahaha.. 


4) Duit / Bank
Adalah dinasihatkan tukar siap2 duit RP di Malaysia. Elakkan tukar di Airport k, coz agak mahal. Bukan apa..sampai sahaja di sana,  pasti tak cukup RP sokmo..
Aktifkan akaun bank tempatan anda for International withdrawal. Maybank and CIMB paling banyak dan mudah di jumpai di sana. Tapi ada caj yang agak mahal la kot.


5) AIRPORT TAX
Masa sampai…ingat..MASA SAMPAI okkk..bukan balik…asingkan rp75, 000 per person utk tax AIRPORT…sebab kalo korang dah shopping separuh jiwa dan raga kang dengan segala pukau menyoping.. lupa plak duit tax balik nanti…tapi tax tu mmg leh dibayar dalam RM, tapi harganya up la sket dari harga dalam rupiah…so, mmg tak berbaloiii…

RALAT : BERMULA 1 MAC 2015 , Airport Tax telah pun dicaj didalam tiket penerbangan anda.


6) HOTEL
Masa beli tempahan hotel, ikutlah bajet korang…nak berapa bintang pon tak kisah…kat sana memang belambak hotel…motel…rumah tumpangan…tapi, saya nak suggest kalo boleh, carilah tempat penginapan yg berhampiran bandar…or tempat2 makan…sebab bila korang sewa pak supir, servicenya bukan sampai 24jam….dorang pon manusia kannn…bukan robot..perlu rehat…working hours dorang biasanya dari 8-12jam aje..so, kalo korang cari tmpat menginap yg senang access utk makan or jalan2 bila malam…boleh lah korang kluar sendiri…
Saya memang dah jadi tetamu rasmi di Caryota Hotel ataupun Royal Dago. Nak mewah skit boleh berbelanja skit ke Sari Ater. Memang kelas uols.


7) Makan
Makan plak, yg ni biasa org bagi nasihat…jgn makan tepi2 jalan if  perut korang tak tahannn…please makan kat restoran…jgn risau, restoran kat sana memang bersih…bukan apa..bagi yg perut tak tahan, akan sakit perut nanti…bimbang akan kebersihannya ajeee…tapi kalo korang nak thrill, nak pengalaman pahit manis..ya..silakan…hehehe…


8) TIPS
Di Bandung ni memang amalkan budaya tips..even pak supir nak buat u-turn pon kene bayar tips kat org jaga jalan tuh…(bukan polis hoccay!!!...) so, sentiasa get ready ngan duit2 kecil…silap2 haribulan terbagi duit besar plak…hehehe -  kite perlu sediakan duit kecil utk tips, sebarang pertolongan bukan percuma ya.Semuanya perlukan tips.Hulur sajalah seberapa ikhlas yang mampu walaupung cuma IDR2k, sudah cukup besar bagi mereka.


9) Pengangkutan /Supir
Ok, saya tak ada dapat tips ye tolong promosikan ni. Kami memang cukup selesa dengan Pak Agus +62 8780 5350770. Dia memang mahir dengan selok belok jalan di sana. So tak de lah buang masa apabila pak supir sendiri nak kena tengok map kan. Pak Agus juga pandai bagi idea kemana nak pergi. Berkenaan dengan kereta apa yang nak sewa, bilangin aja sama Pak Agus total tetamu kamu. Dia bisa membantu ya :)


10) Beli KEK
Masa beli kek, tanya pekerja kedai..sebab sesetengah kek dorang letak RUM untuk tahan lama…so, please soal selidik dulu yer before you buy any cake product…. Kartika Sari, Holland Bakery yang paling famous.


11) UBAT-UBATAN
Saya memang selalunya akan sediakan bekalan ubatan seperti PCM, Aktif fast, pil chi kit teck aun, ubat demam untuak anak2. Cuma ada tambahan sket, kalau ke bandung jangan lupa bawa minyak angin and vicks yer. Cuaca sejuk senang nak sakit perut lah..flu lah.. Lagi pun kita tak biasa dengan ubat-ubatan yang terdapat di sana


12)  ADAPTER
Yang ni pun tersangatlah penting!! Beli Plug adapter. Sebab kat Indon ni plug diorg lain mcm sikit.. so belilah plug adapter utk senang korang nak cas hp ke..kamera ke... .tp kalu terlupa beli kat pasar baru pun ada jual.. so kena bw plug adapter dari sini lagi senang... Saya beli kat Paris Van Java uols..grand tak? hahaha

 

 
 PALING BEST!!!
********Yang paling saya sangat suka kat Bandung ni ialah toiletnya
Bersih dan langsung tak ada bauuu..dari airport…hotel…restoran…di toilet awam.. di Station Minyak...sampailah kat Pasar Baru yang mana tempatnya sesak…toiletnya buruk tapi tak busukkk…memang selesa la toilet dorang..cayalahhh…!!!


Ada banyak lagi ekceli..tapi semua di atas adalah yang paling basic..


 1st time saya ke sana ialah pada 15 March 2012. Trip plan last minit actually.

 Trip ni saya, Aina, adik ipar saya Nurul dan my sis angkat Azida turut serta menghuhakan suasana.

 Our trip kesana tru KLM..Penerbangan glamer u. Kapal terbang omputih. Seatnya luas, makanannya sedap. Yang menariknya, harga tiket dah nett, dah termasuk makanan and check in luggage. Murah? Hmm kena plan la bila nak fly baru boleh dapat harga promosi.


 Ok..dalam flight tak de lah boring sangat coz ada tv ni..boleh tgk movie, boleh main Sudoku..


Arrival..Bukti dah sampai Jakarta :) 
Yabedabeduuuuuuuu


Jenjejennnnnggg.. Sampai2 je terus cari Money Changer somewhere dekat dengan Mall Kelapa Gading.

Nak cari tempat makan? Klik Sini Restorant Captain's Di Bandung
Nak tengok Sari Ater? Klik SINI
Factory Outlets

Klik Sini juga TRIP KE BANDUNG


Lagi Cerita..Next entry.

Pengumuman : PADA 27/2/3014 Pak Agus telah pulang ke Rahmatullah kerana Strok. Mari kita semua doakan agar roh Arwah dicucuri RahmatNYA. Al-Fatihah

Bunga Kenanga Hijau

 
Bunga Kenanga
 
Assalam semua..
Nak cerita lanjut sikit tentang gambar yang saya post semalam under entry Wordless Wednesday #30.
 
Ada yang tahu dan ada yang tidak mengenali gambar bunga di atas ini.
BUNGA KENANGA.
 
 
"Pokok Kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cananga odorata (Lam.) Hk. f. et Th. [1]
Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah. Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.
Pokok Kenanga merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bagaimanapun pokok kenanga kawin mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2 meter. Pokok kenanga kawin biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal"

Sumber WIKIPEDIA


30 Oct 2013

Pre-Order Kain Sulam Manik Full Terbaru 2013 (RE-POST)


RE-POST October

Assalam semua.
Saya mendapat banyak pertanyaan tentang sulam manik ni.
Masih ada yang berminat ker?
Kepada serius buyer sila nyatakan code warna yang anda ingini dan saya akan semak dengan supplier.
Tarikh akhir 11 November 2013.
Full payment adalah di galakan.
Harap dapat beri kerjasama dengan Term & Conditions Sulaman Lace Heaven


Di sini ada beberapa design terbaru.
This is PRE-ORDER..
 

PRODUCT INFO:

Material :
Top :JaQat Rafflesia (semi silk Best Quality)
Bottom : Batik Halus Royal Peach
 
Size :
Top : 2.5 mtr bidang 45"inch
Bottom : 2 mtr bidang 45"inch
Lining : no
 
Type Sulaman : Full Manik
 

Biru

Hitam

 Merah

 Pink

 Purple

Putih Silver
 

 Hijau Lumut

 
Bagi yang berminat (serius buyer only k) 
sila pm/sms/wasup (nyatakan code yg diingini)
Fuza 019-2784580 


 

Bunga Hijau??

 
Bunga Hijau?


29 Oct 2013

A&W Taman Jaya Float the best

 
-Sambungan dari Concert Aina -
 
Setelah selesai acara konsert sekolah Aina, kami terus mencari tempat makan yang terdekat iaitu A&W yang terletak di Taman Jaya berhadapan dengan Amcorp Mall Petaling Jaya. LRT pun dekat je, boleh lah dating naik train.
Sejarahnya, restaurant ini adalah restaurant yang ke-2 di dalam Malaysia dan masih beroperasi hingga kini.
 
Di sini, menu wajib ialah Float.
Selesa di sini coz banyak kerusi disediakan.
Bersih dan teratur.
 
Ada juga bahagian untuk desserts yang menyediakan menu wafer dan ais krim.
Ada juga di sediakan satu seksyen untuk jamuan hari lahir.
Kebetulan semasa kami ke sini ada pula bear mascot A&W.
So this is a big surprise for Aina.
 

A&W Float



A&W Petaling Jaya

 
 
Alhamdulillah...sekali-sekala lepak dengan kids.
Yang penting anak-anak happy

Real Kids Annual Concert 2013

Assalam uols,
Ni cerita terlewat nak cerita.
Annual Concert sekolah Aina telah pun berlangsung pada 19 Oktober 2013 bertempat di Dewan Sivik Petaling Jaya, Selangor.
 
Saya yang over sebab ni adalah 1st concert Aina.
Wah gitu kan.
 
Setiap murid diwajibkan  Aina pulak kena ambil bahagian dalam tarin bangra gitu.
Kelas ko!!
Tergedik-gedik dia praktis hari-hari.
 
 
Dewan Sivik
 
Bangra Outfit
 
Anakanda

Mood Bollywood..
 
 
Seawal jam 2.30 petang kami dah sampai. Konsert bermula jam 4. Tapi nak siap2 kan,
Then nak ambil group photo lagi.
Sempatlah jugak kami gedik-gedik posing.
Mak Aina yang over ok!!
 
Aina dengan kawan-kawannya
 

Mak yang over di dalam Dewan Auditorium

Aina in action
 
Aina..u did it..
 Persembahan selama 5 minit tu memang sangat lah mencuit hati saya.
Alhamdulillah, happy sangat tengok Aina buat persembahan.
Bukan apa, Nampak sangat Aina dah besar, dah boleh obey arahan.
Tahniah kepada para guru kerana berjaya menjayakan konsert pada hari tersebut.
Bukan senang kot nak ajar budak2 ni berlatih.



Principal Real Kids Kampung Tunku Mrs Sooria


 Acara kemuncak ialah acara penyampaian sijil buat pelajar yang berumur 6 tahun.
Memang nampaklah kehebatan Real Kids.
InshaAllah, tahun depan giliran Aina pulak.
 
 
pst..pst... Mak dok joget lagi ni...acaner tuh







Jari Patah - Part 2

 
 
Selamat Pagi Selasa semua.
Ingat lagi tak entry saya berkenaan kecederaan Mr Hubby saya di Part 1
 
Setelah seminggu berlalu, makanya Mr. Hubby dah tak boleh tahan sakit dengan alternative Dukun Patah. Makanya dia ke Klinik untuk rawatan lanjut.
 
Klinik Khusus Bedah namanya. Sekali tengok dah macam gerai tomyam kat Malaysia kan.
Tapi cuma telitikan perkhidmatan yang ditawarkan. Kelas jugak.
 
Doktor yang merawat Mr. Husband namanya Doktor Eddy.
Katanya balutan sebelum ini silap teknik kerana cara balutan tersebut tak meluruskan jari yang patah.
Kesianlah to Mr, Hubby yang terpaksa sengsara tanggung kesakitan selama seminggu sebelum ini.
 
Doktor Eddy telah menyarankan xray dilakukan untuk mengesan tahap patah tu.
Hah..tu diaa... cuba uols refer gambar di bawah tu.
Teruk juga.
 
Doktor Eddy telah memberi 2 pilihan.
1. Operation masuk besi yang melibatkan kos RP10 Juta.
2. Simen dan fisio yang melibatkan kos RP2 Juta sahaja.
 
Mr. Hubby pilih simen.
 
Recovery should be soon. InshaAllah.
Doakan kesihatan Mr. Hubby Fuza yer kawan-kawan.
 


Klinik Khusus Bedah Subang Siaga, Subang, Jawa Barat, Indonesia
 

Xray jelas menunjukkan patah di jari kelinking. Teruk tu

 
Proses simen kecederaan patah
 
 
Simen untuk support tulang yang patah
 
 
 
 
Done. Balutan yang lebih kemas dan support kecederaan.
 

 

Doktor Eddy..
 
 
 
pst..pst...Saya risau..tapi senyum buat-buat bagi senangkan hati je...


28 Oct 2013

Laksa Johor Restoran Azira Shah Alam

 
Assalamualaikum semua
Hari Isnin..minggu baru..
Semangat berkobar?
Semangat lemau?
 

Hari ni saya nak buat review tentang pot LAKSA JOHOR.

Sebenarnya saya ni penggemar tegar laksa.
Tak kira lah apa juga jenis laksa. Asalkan namanya LAKSA.

Kali ni nak cerita tentang RESTORAN AZIRA
Restoran ini terletak di NO.3 & 5 JALAN CHEONG SAM Seksyen 10/11, Shah Alam, Selangor.

Pada mulanya kami sesat.
Saya memang biasa kawasan Shah Alam ni kerana MakSu saya tinggal di kawasan Seksyen 10 ni dah lama. Mungkin ada yang kenal Mak Nik yang jual nasi lemak kat sebelah Caltex Lepas Bulatan Kayangan tu.
Hah adik abah saya tu.

Sebenarnya, saya menemani Mak Tiri Mr. Husband semalam, Chekgu Azrine yang ngidam nak makan Laksa Johor ni sejak setahun yang lalu. Dia dapat tau pot makan ni tru kawan blognya. Kiranya tru review blogger lah ni.


Fuh ..pusing punya pusing, rupanya deretan kedainya terletak berhadapan dengan rumah Mak Nik. Alhamdulillah..sakan kami bila dapat jumpa kedai ni. First impression...wow!! Ramainya manusia. Duduk terus tak tengok lauk lain dah...terus order LAKSA JOHOR yang di perkatakan tu.


Sebenarnya, selain LAKSA JOHOR, terdapat juga menu-menu lain, seperti nasi ayam, mehun sup, mee kari, lauk-lauk campur, pelbagai jenis ulam, serta cucur goreng seperti pisang tandung goreng, keledek goreng, cucur udang dan macam2 lagi.
Persekitaran kedainya juga bersih. Teratur.

Cuba lah tengok antara gambar2 yang sempat saya snap2 untuk makluman uols.

Memang sedap LAKSA JOHOR ni.
Memang uols patut pergi cuba...
InshaAllah uols pasti tergoda jugak

 
Laksa Johor sedap meletop


Restoran Azira Seksyen 10 Shah Alam, Selangor
 

Sayur dan Ulam

Ulam-ulam Kerabu


Macam-macam lauk pauk di sediakan


Cucur goreng-goreng

Saya dan adik ipar, Zati Iwani
 
Laksa Johor sedap meletop.
Cucuq Pisang Tanduk makan sesedapnya..Nak lagi!!
Memang sedap..sehinggakan pejam mata kami makan.. Cuba tengok...hahaha



Di hadapan Restoran Azira

 

Macamana nak pergi?
   Dari arah KL/KLANG di Bulatan Kayangan selepas Pusat Akuatik Selangor, roundabout 
   uols amik pukul 12.
   Trafik light pertama tu nak masuk Seksyen 9, sila IGNORE.
   Selepas trafik light pertama terus kan perjalanan, sehingga uols nampak Hotel 
   Concorde.  Tetapi sebelum sampai ke Hotel tu, kena standby nak belok kiri.
   Landmark masjid kubah hijau..uols standby cari signboard besar gabak "SEKSYEN 10"  
   terus ambil simpang kiri tuh.
   Once dah ada dalam kawasan tu, uols pasti tak sesat coz hanya ada 2 
   deretan kedai dalam kawasan perumahan tersebut. Hah, kat situ lah RESTORAN AZIRA.







pst..pst... Nanti nak pergi lagi!! Ayat tak boleh blah.. Jom uols :)

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78