HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

30 Nov 2013

Pre Order Kain Sulam Color Block Kerawang

Pre-Order datang lagi.
Kepada yang berminat boleh lah membuat tempahan.
 
whassup ONLY : 019-2784580
 
Terms & Conditions applies.
 
 
 
Kain Sulam Color Block


29 Nov 2013

Hari Pernikahan Zabri Salwa Part 1

 
29 November 2013 yang dinantikan tiba.
Hari ini hari pernikahan adik ke dua Husband saya, Zabri Adil Abdullah dengan pasangannya Siti Salwa Shahrudin.
 
Majlis berlangsung dirumah keluarga pengantin perempuan.
 
Saya antara orang yang sibuk..sibuk nak posing...hahaha
Kalah pengantin.
 
Dibawah ini beberapa persiapan hantaran majlis tersebut.
Soon saya akan update pulak gambar2 acara pernikahannya.
InsyaAllah
 
Telekung & Sejadah
 
Kain Lace Batu Swarovski from Bandung present from me and hubby 
 
Perfume
 
Antara Hantaran

Pasangan mempelai semasa majlis pertunangan
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, InshaAllah.


Kurung Moden Kain Shantung Border Lace Bermanik

  Assalamualaikum semua.
Ingat lagi entry KAIN SHANTUNG
 
Sepatutnya pakai masa Raya AidilAdha.
Tapi masa amat lah limited coz Mr. Husband cuti sekejap je masa hari raya haji tu.
Cerita RAYA HAJI
So baju ni tak diposingkan lagi.

hehehe..Glamer pulak yer baju ni asik masuk entry aje.

Sebenarnya, apabila duduk sesaja...saya tenung lah baju ni, dok gantung kan almari tu hah.
Hmmm..
"Macam tak berseri je.
Macam Tak cantik je.
Macam tak artis je"

Makanya saya bercadang nak tepek2 manik ke, labuci ke, reben ke. mahkota ke..(overlah tu kan)

Buat sendiri!!!??
Oh semestinya tidak la mahirkan.
Jenuh la google mencari sana sini nak swuh siapa touch up baju ni.
Tailor yang biasa hantar tu p holiday la pulak.
Adus..

Dok belek2 FB, ternampaklah adik QAQC UEM ni, Shasharina Mokhtar namanya.
Sila lah ke BLOG SHASHARINA
Dia dok sakan menjahit memanik kat tudung bawal untuk jualan ye.
Lawa2 juga hasil tangan dia.
So saya pun usha lah kat Shasha ni.

Memula tu risau dia nak buat coz takut saya tak berkenan.
Saya cakap, tak kisah la nak tepek macamana, asalkan ada cheerful skit baju ni.

Kebetulan kami berpakat nak buat warna tema BIRU semasa kenduri akad nikah adik Mr Husband.
So sempatlah kot nak posing baju ni pada 29 November 2013 (hari ni lah uols).
InshaAllah.
 
 
Kain yang baru je sampai dari penjual
 
Baju Kurung Moden Kain Shantung Border Lace siap

Baju Border Lace Plain
Batu and pearl Swarovski
 
Border Lace Sulam Manik, batu dan pearl swarovski
 Tunggu saya posing baju ni nanti ye...
 
 
Cerita awalnya KLIK SINI

28 Nov 2013

Macam Comel Jer... Macam Chantek jer,..

ASSALAMUALAIKUM
 
Kali ini entry berkenaan kenangan menusuk kalbu
 
Terjumpa gambar lama ni.
Tersenyum seorang diri..
Nasib tak ada siapa yang nampak..
Gambar zaman kanak-kanak riang
 
"Macam comel jer
Macam chantek jer
Macam mengada-ngada jer..."
 
 
Gambar ni di ambil di rumah Ayahbonda di Kelana Jaya.
Saya sedang mendokong adik bongsu saya, Rahimah Musa.
 
Di belah saya tu Musfa Aini Musa, adik ke dua saya.
 
Kalau perasan, ada seorang budak lelaki sedang memanjat pagar di belakang tu..
Yang itu adik ke 3 saya, Shahir Redzuan Musa.
 
Alhamdulillah, doakan kesejahteraan kami.
Semoga ikatan kekeluargaan ini kekal abadi seperti mana ajaran ayahbonda.
Amin
 
Taken in 1983
Selepas 30 Tahun
 ^
 
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
^
 
Taken in 2013
Ini gambar di pagi Raya Aidiladha 2013.
Kami tak berbaju raya sakan kerana masa ni semua baru balik dari masjid selepas acara Korban.
Macam comel tak?
hahaha


Lanjutan WW#34

Salam Hari Khamis semua..
Back from Bandung...mood happy..
 
Ok nak cerita Lanjutan dari gambar WW#34 semalam.
 
Selama di Bandung, asik terkenang je kat makanan kesukaan saya ini.
Laksa.
Agaknya LAKSA Segera ni boleh lawan tak laksa yang masak sendiri???
 
 
Laksa Segera


26 Nov 2013

23 Nov 2013

Im flying!! Happy Holiday

Yabedaaabeduuuuuu
Semakin dekat nak fly...semakin excited.
Flight pukul 8 malam ni.
While waiting Airlines calling2 nak naik pesawat, update blog sat.
 
Alhamdulillah, kali ni dapat bawak kesemua anakanda bercuti ke Bandung bersama.
Tak lupa juga ayahbonda yang first time nak ikut trip bercuti kali ini.
Rezki anak-anak.
 
Sementara saya bercuti nanti, singgah2 lah ke blog saya ye.
Selepas ini, semua entry blog adalah secara auto schedule post.
 
Doakan saya sihat, dan selamat pergi dan pulang ke tanahair nanti.
Amin
 
The Low Cost Carrier Terminal, or LCCT


Jom cuti-cuti Bandung

 
Ready to Fly
 
Hari yang dinanti-nantikan..
Yahooooooo!!
Finalised packing semua..
Jom ke Airport.
 
Nak tau cerita saya ke Bandung sebelum ini?
 
 
 
 

22 Nov 2013

Terapi Tidur

Assalamualaikum semua..
Ada yang belum tidur?
Dekat-dekat nak tengah malam dah ni semua.
 
Fuhh..apasal la ada entry malam2 ni?
Sebenarnya saya terover excited for the family trip esok.
Makanya mata terkebil-kebil tak boleh nak lelap ni.
 
Moh kita kira kambing ni...
 


Terapi Tidur
 
Jom kita kenali jenis Terapi Gangguan Tidur
 

Kelompok gangguan tidur adalah :

1. Dyssomnia Gangguan dalam jumlah, kualitas atau waktu tidur. Penderita dapat menderita satu dari tiga macam gangguan tidur ini, yaitu terlalu banyak, terlalu sedikit tidur atau gangguan dalam jadwal atau pola tidur yang disebabkan oleh hal-hal emosional, misalnya :

a. Insomnia : Keluhan adanya kesulitan masuk tidur atau mempertahankan tidur, atau kualitas tidur yang buruk.
b. Hipersomnia : Kebutuhan tidur berlebihan, tidak pernah merasa lelah istirahat, meski sudah tidur semalaman sebagian sulit untuk bangun pada pagi hari.
c. Gangguan jadual tidur jaga : Pola tidur-jaga dari individu tidak seirama dengan pola tidur-jaga yang normal (banyak diderita pada pekerja yang kerja malam-siang).


2. Parasomnia Gangguan tidur berupa adanya kejadian-kejadian abnormal pada waktu tidur atau ketika baru bangun, banyak diderita oleh anak daripada orang dewasa dan jika mulai terjadinya sudah dewasa maka lebih kronis, contohnya :
a. Somnambulisme (Sleepwalking) : Penderita tidak responsif terhadap orang lain yang mencoba membangunkannya dan mereka lupa apa yang terjadi, penderita sering melakukan makan, membuka pintu maupun berjalan keliling rumah.
b. Mimpi buruk (Nightmare) : mimpi buruknya terjadi berkali-kali dan mereka menjadi distres karena mimpinya atau gangguan yang terjadi pada tidurnya.
c. Teror tidur : sering bangun sekonyong-konyong dan panik dan bukan karena mimpi buruk, terjadi gejala-gejala fisik selain adanya pengalaman psikologis yang berupa ketakutan. Gejala fisik itu berupa berkeringat, detak jantung cepat dan sesak nafas.


Beberapa gejala penyebab gangguan tidur adalah :
1. Sering berubah-ubah jam tidur /jam kerja
2. Bekerja pada malam hari
3. Penggunaan obat terlarang atau alkohol yang berlebihan
4. Efek samping obat
5. Kerusakan pada otak (stroke)
6. Stres/depresi
7. Gangguan kecemasan
8. Dll


Insomnia dalam ilmu pengobatan cina umumnya dan ilmu akupunktur khususnya disebut sebagai Se Ming, Se berarti hilang, Ming berarti tidur, etiologi :
1. Terlampau memeras otak, keinginan/harapan tidak tercapai sehingga Ci Limpa dan Jantung mengumpal, fungsi jantung terggangu, Sen yang disimpannya tak terpelihara baik, maka timbullah insomnia.
2. Pengumbaran nafsu birahi yang melemahkan Yin Ginjal.
3. Adanya api hati
4. Tidak teratur makan melukai limpa dan lambung.


Akupunktur berkhasiat terhadap penyakit ini dan memberikan hasil yang baik. Dengan penambahan pengobatan dalam bidang mental (Psikoterapi) akan didapat hasil yang lebih memuaskan.


Sumber Info..KLIK SINI



CPUV Nuffnang Xaxis #0150

 
Assalamualaikum teman2 dan salam sejahtera semua.
Baru nak update surprise dari Mr. NUFFNANG ni. Dah credited pun.
 
Alhamdulillah, walaupun tak de lah melimpah ruah nilainya, atleast ingat juga Mr. NUFFNANG dengan blog SULAMAN LACE HEAVEN ni.
Blog saya ni tidak lah fofuler macam blog2 terkenal lain. tgk kat table CPUV tu pun dah boleh Nampak, betapa jarangnya dapat present dari NUFFNANG.
Hopefully in the future akan murah rezki dan lagi dan lagi..
Amin
 
Rasanya ramai juga yang dapat present  Xaxis #0150
 
Apa sekalipun, TQ kepada NUFFNANG
TQ juga kepada yang sudi singgah ke blog serba ringkas saya ni.
 
Alhamdulillah.
Moga kita sama2 murah rezki ye.
 
 
 
fuzamusa.blogspot.com
Kempen  Xaxis #0150


Review : Nuleya Bakes Cookies

Assalam semua...
Hari Jumaat datang lagi...
Alhamdulillah....
 
Hari ini saya nak share review cookies sedap ni.
Tak semestinya tunggu hari raya, bila-bila pun boleh order.
 
Kali ni saya tempah:
 
1) M&M Chocolate Chip Cookies
2) Oreo Chocolate Chip Cookies.
 
Kepada yang berminat nak order boleh lah...
 
 

M&M Chocolate Chip Cookies
Oreo Chocholate Chip Cookies
Sekali order..pasti nak order lagi dan lagi...


21 Nov 2013

SABUN MARINE ESSENCE


Salam!! Berita hebat!!!
SABUN KETIAK telah kembali setelah sebulan kehabisan stok di seluruh Malaysia disebabkan permintaan yang terlalu tinggi!!

 

KEBAIKAN?

 

 √ CERAHKAN KETIAK
√ KURANGKAN BAU BADAN
√ WANGI SEPERTI DI SPA
√ CERAHKAN LEHER
√ BADAN SEGAR SEHINGGA BALIK KERJA
√ SANGAT2 BERKESAN UTK MASALAH KULIT SPT ECZEMA..KULIT BERJERAGAT..PARUT JERAWAT..KULIT GATAL2..KULIT SENSITIF.. dan lain lain lagi

 
HARGA SEKOTAK SABUN MARINE ESSENCE (3 KETUL) - RM 105

+ Kos penghantaran RM10 ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

DIJAMIN 100% BERKESAN !
(dengan penggunaan yang konsisten
 
 
 
 
Marine Essence Beauty Bar



Marine Essence Bahan2 /Kelebihannya
Garam Buluh.

- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh) - Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice - Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree - Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E - Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin - Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
Merupakan pelembap kulit yang terbaik.

Aloe Vera - Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.
 
 
Kepada yang berminat boleh
wasup only 019-2784580

Sampai mengigau-ngigau iPhone 5S!!

Assalam teman-teman Blog.
Apa khabar semua?
Khamis nan indah.
Count down to my holiday. Yes.yes!!
 
Ok..nak cerita ni.
Sejak akhir-akhir ini asyik je dok belek handphone ni.
iPHONE 5S.
Asyik berangan je..so..saya pun pergilah ke boothnya.
Saje nak ambil aura..dok belek hp ini.
Hand phone ini adalah the best SMART PHONE ever.
 
Dapat posing pun jadilah.
 
iPhone5S Gold
 
iPhone5S Specification
pst..pst...Agaknya ada tak orang nak present kan ye? Hahahaha

20 Nov 2013

Apa Pun Tak Boleh

Malam-malam syahdu sejuk selepas hujan ni, jom kita imbas, pernah ke tidak kejadian seperti di gambar ini terjadi kepada anda?
 
Sila KOMEN "PERNAH" atau "TIDAK PERNAH"
 
 
ApaPunTakBoleh
 
 
 
Saya pun PERNAH.
Hehehe..gedebus..kemek hidung I yang tak berapa nak mancung ni...
hahahaha

Demam melanda

 
Salam petang Rabu.
Rasanya agak lama saya tak BW.
InsyaAllah, saya akan cuba visit uols ye.
Kemana Fuza menghilangkan diri?
 
Saya demam beberapa hari yang lalu.
Lepas seorang demi seorang dalam rumah ni demam.
Harap semuanya cepat sembuh kerana tidak lama lagi nak pergi bercuti.
Doakan kami sekeluarga sihat walafiat ye..
InshaAllah
 
 
Hadis
 
 
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah
hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?


Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air”.
(Hadith riwayat Muslim)


Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana  landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi”.  
(Hadith Riwayat Muslim)

Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar
menempuhinya. .



Demam Penebus Dosa.

Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama.

Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

Budak zaman dulu VS Budak Zaman Sekarang

Kanak-kanak zaman dahulu dan sekarang bermain


18 Nov 2013

Bio Velocity Sleep Mate - Testimoni Lumpuh

Testimoni Lumpuh

Gambar Ihsan CDM Faridah Ali

 Hj Harun Noh, 87 thn
Lumpuh akibat sakit jantung dan arthritis sakit lutut dan sendi yg kronik...



Laporan klinikal Gagal utk berdiri dan berjalan sejak setahun yg lalu.
Sakit lutut dan sendi pula akibat saiz san berat badan yg berlebihan.

 Diagnosis doktor:-
 Kegagalan fungsi jantung yg kronik(heart failure) 10 thn
Paru2 berair(pulmonary oedema)
Sakit arthiritis sendi lutut yg serius sejak 5 thn lalu yg menyebabkan simpton2 susah bernafas, selalu penat, tidur berpanjangan dan kaki membengkak.

Selepas 3 hari menggunakan BVSM
Boleh berdiri tanpa sokongan
Dapat berjalan sejauh 20 meter tanpa dibantu atau bertongkat
Sendi lutut dan kaki menjadi semakin kuat
Badan lebih ringan dan bertenaga.
Hidup lebih ceria dan bersemangat.

BVSM bukan ubat tetapi ikhtiar kita melalui teknologi cahaya duha yg menggunakan tenaga tulen. InshaAllah..kita ikhtiar.
 
 
 
 
 
Kepada yang berminat sila
wasup 019-2784580
 



17 Nov 2013

Santai-santai facial di Paradigm Mall

Assalamualaikum...
Nak cerita kisah hujung minggu saya hari ini.
Saya santai-santai ke Paradigm Mall.
 
Terpandang pula ke Pusat Kecantikan ini.
Apa lagi, sekali sekala nak juga manja2kan diri buat facial.
Harga berpatutan bergantung kepada jenis treatment yang uols nak.
Macam saya ni kulit jenis kering, so rawatan dehydration menjadi pilihan.
Rawatan mengambil masa almost 2 jam.
Sebelum memulakan rawatan, ada spa kaki for FREE.
Chinese tea also depa served free.
Beautician nya pun sangat ramah dan hormat pelanggan.
 
Cerita banyak pun buat apa..jom layan gambar2 yang sempat saya snap..
 
SERENE at Paradigm Mall, Selangor
 
Foor Spa as bonus
 
Welcome Tea
 
SOSKIN Product Range
 
Done my facial...
 
Cer tengok...cer tengok..ada perubahan tak? Kenkonon perasan artis gitu..hahaha

Happy Birthday Chekgu Azrine

17 November 2013
Hari ini hari lahir Chekgu Azrine.
Nak kenal dia visit Blog Chekgu Azrine
 
Siapa Chekgu Azrine?
Bukan kakak saya..bukan adik saya, tapi Mak Tiri belah husband.
Makanya Mak Tiri Mertua saya lah erk.
 
So far Chekgu Azrine ni bz tahap Megatron..
So celebration tak tahu lah bilanya.
Tunggu duit bonus Chekgu Azrine ler..hehe
 
SELAMAT HARI LAHIR UMMI AZRINE :)
Maintain Kareena Kapoor ye..
 
Macam glamer je..macam comel je
 


16 Nov 2013

Restoran Vanggeh Ipoh ditutup?

Salam Sejahtera semua.
Rasanya ramai yang terkejut dengan berita terkini berkenaan kedai makanan yang agak popular di pekan Ipoh, Perak.

Di kenali sebagai  Restaurant Nasi Vanggeh yang popular dengan menu "Nasi Ganja" memang sentiasa dipenuhi pelanggan.
 
Betul ke bohong??
 
Semoga siasatan terperinci dilakukan demi mendapatkan kesahihan tentang berita yang heboh diperkatakan dua tiga hari ini.
 

Surat Pejabat Kesihatan Daerah Kinta
 
Serbuan
 
Keratan Akhbar 15.11.2013
 
 
Nasib lah saya tak gemar makan nasi kari mari ni, so tak adalah loya sangat mengenangkan kisah..
 

Majlis Berkhatan Beramai-ramai cuti sekolah 2013

Hooooraaayyyyy...
Cuti sekolah 2013 bermula hari ini.
Apa progam sepanjang cuti sekolah?
Kenduri-kendara bakal penuh dalam jadual?
Bercuti sana-sini?
 
Bagi saya, antara program yang telah pun saya dan Mr. Husband plan sejak awal tahun ialah, KHATAN kan Alif Farhan, anakanda kedua kami.
Tahun ini Alif berumur 8 tahun so umur yang sesuai untuk masuk JAWI.
 
Selalunya program BERKHATAN ini dilakukan secara berkumpulan menjadi pilihan.
 
Ada banyak baik buruknya. Antaranya..
1. Kosnya murah dilakukan dalam kumpulan daripada khatan individu.
 
2.Adalah menyukarkan kerana, sekiranya anak anda antara peserta yang kemudian, dia akan berderau dan panic. Nak pulak apabila dilihat sahabat-sahabat yang menangis, meraung dan menjerit kesakitan.
 
Tetapi bagi saya, dibuat secara berkumpulan ini adalah bagus coz dapat memotivasikan diri anak-anak, selain ibubapa dan ahli keluarga yang lain.
 
Kepada yang masih mencari mungkin boleh cuba menghubungi urus setia Kompleks Tabung Haji.
 
 
Tempat : Masjid Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya
Tarikh : 1 December 2013
Masa : 8am - 1pm
Harga : RM180.00 untuk seorang kanak-kanak
Kaedah : Laser
 

Program Berkhatan Masjid Tabung Haji Kelana Jaya
 
Aturacara Majlis
 
Hikmah Berkhatan
 
 
Doktor dari Hospital Pakar Al Islam

15 Nov 2013

Selamat Hari Lahir yang ke 37 tahun to dear Husband


Alhamdulillah
15 November datang lagi.
Hari ini hari lahir suami saya, yang ke 37 tahun.
 
Celebration akan ditunda kerana dia berada di perantauan.
Buat masa ini hanya ucapan dan doa dari saya dan anak-anak buat beliau yang berada nun di tempat orang.
 
 
Happy Birthday to my dear husband

 
Ini gambar yang Mr. husband saya sahare pagi ini.
Sahabat handai di sana telah mengadakan simple celebration.
Ada kek sebagai tanda ingatan.
Tapi itu bukan tujuan utama, yang penting nak calit birthday man..
Cuba tengok tu..Pak Cecep juga jadi mangsa.
Yang best tu..tangan yang berbalut due to jari patah tu pun kena krim cake...
hehehe


Birthday Celebration di office Subang, Jawa Barat Indonesia
 
**Posing Romantik**
Tiba-tiba rasa nak selit gambar posing manja-manja ni...hahaha
 

Selamat Hari Lahir ke 58 tahun Emak

 
November baby.
Happy Birthday yang ke 58 tahun Emak
Hari Lahir mak pada 10 November 2013.
Mak dilahirkan di Kuala Lumpur, tetapi dibesarkan di merata negeri kerana arwa atok saya seorang bekas pesara polis.
Anak pak sarjan lah ni..hehehe

Bersempena hari lahir mak, kali ini kami sambut sederhana dulu.
Acara seterusnya to be advise.

Kami sambut di Secret Recipe Kelana Jaya.
Hanya saya dan anak-anak sahaja.
Sambutan ringkas ni sejurus kami balik dari makan kenduri, tu yang memasing pakai glamour sakan..
 
Bonda Fatimah Binti Osman


Anakanda ku dengan Opahnya

Jamuan ringkas



Bonda menghayati kek Chocolate Lava Secret Recipe


Spaghetti Thai for me.. Peace


 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78