HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

6 Jan 2014

1st Day of School 2014

Anak-anak serta anak buah pada hari pertama ke sekolah

Anak saudara, Amirul 4 Tahun.
 Salam pagi ISNIN semua.
Hari baru minggu ke-2 January 2014.
Ada yang tersenyum lebar, ada yang monyok aje..awat tuh?
 
Hari ini, anak-anak serta anak saudara ke sekolah dengan jadual seperti biasa.
Aiman tahun ini naik darjah 5, Alif di darjah 3 di Sekolah Rendah di Petaling Jaya, manakala Aina di tadika 6 tahun di Real Kids.

Bagi anak saudara Zahran berada di Pra Sekolah, manakala Zahir 5 tahun ke tadika juga.
Seorang lagi anak saudara saya Amirul juga ke play school 4 tahun di Genius Aulad.

Alhamdulillah, happy tengok anak-anak semua membesar.
Sunyi pulak rumah apabila semuanya ke sekolah.
Tapi demi masa depan  Mak@Mama doakan semua berjaya.
Syukur juga kerana kesemua anak Mak@Mama tak ada sorang pun yang menangis ke sekolah. Semuanya bersemangat. Mak@Mama plak yang hiba.

Sebelum bermulanya persekolahan, pelbagai kelengkapan perlu diselesaikan.
Mencari baju seragam, kasut, stokin, beg, bekas air, alatulis, p gunting rambut, ambil gambar dan macam-macam lagi.

Walaubagaimana pun, saya sangat bersyukur kerana rezki anak-anak ni sentiasa murah.
Terima kasih kepada semua yang menghadiahkan alatulis kepada anak-anak.
Semoga murah rezki kalian.

"Orang berbudi kita berbahasa...Orang memberi kita merasa"

Kedai Uniform Sekolah Professor

Baju untuk Aiman, beli RM200 dapatlah beg serbaguna Professor

Aina dengan kasut BARBIE pilihan sendiri.


Beli kasut BARBIE ni dapatlah juga beg serbaguna BARBIE

Seluar Yang panjang tu kena p potong

Gunting rambut supaya kemas. Aina siap p salon, kemain
 
Alatulis dari Tok Ummi Azrine. TQ ye
 
Alatulis daripada Jiran, Kakak Emily Khoo

Belajar rajin-rajin. Semoga menjadi anak-anak yang di segani dan di sanjung di masa hadapan.
Amin.


8 comments:

  1. Belajo rajin2 ek..jgn mengelat bila mak suruh baca buku tau!!
    Pesanan penaja..ehem

    ReplyDelete
  2. selamat bersekolah buat anak2 kak fuza..:)

    ReplyDelete
  3. Mesti Busy anak anak sekolah kan.....tahun 2014 yang penuh dengan cabaran dan dugaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semua dah bersekolah.

      Delete
  4. Memang sibuklah bila sekolah nak buka,mcm2 perlu di beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezki anak2 tu pasti ada kan...

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78