HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

13 Jan 2014

Cekodok Tepung Tumis Kangkung Berkuah

Cekodok Tumis Kangkung
 
Assalam semua
Cuaca hari hujan ni perut pun mula lah lapar.
Makanya mencari idea nak masak apa untuk minum petang.
 
 
Hari ni buat Cekodok Tumis Kangkung
Resepi ni saya pun tak pasti dari mana asalnya.
Tetapi kata abah saya, yang berasal dari Kuala Selangor, resepi ini memang dah ada sejak dia kecik, masa tu zaman susah, zaman Jepun.
Makanan terhad. So buat masak macam ni kenyangnya lama boleh bertahan lama katanya.
So ini antara resepi turun temurun lah kiranya.
 
 
Resepi.
 
Bawang putih dan bawang merah di tumbuk lumat
Ikan bilis di tumbuk
Tepung gandum
Cili mesin secukup rasa
Kangkung
Garam secukup rasa.
 
 
Cara-cara:
(A)
Tumis bawang putih dan bawang merah.
Masukkan cili.
Then masukkan air
Tunggu menggelegak.
 
 
*Di bekas lain :
(B)
Bancuh tepung, ikan bilis macam bancuh buat cucuq tuh.
 
 
Selepas bahan tumisan tadi menggelegak, masukkan tepung yang dah di bancuh tadi kedalam periuk. Sendukkan lah ikut size yang uols nak. Buat size cucuq yang biasa pun ok.
Kemudian masukkan kangkung.
Sekejap je tepung tu akan masak.
Tutup api.
 
Ready untuk di makan :)
 
 
Cubalah.
 
 
p/s : Saya suka letak toyu /  Kicap. Sedap


8 comments:

  1. Cekodok memang sedap...kena try resepi baru nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkuah memang jarang dengar kan.... cuba ler

      Delete
  2. waaah, first time dgr pasal resepi ni. nice sharing! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni resepi zaman Jepun abah akak cakap hehehe

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78