HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Jan 2014

Cerita 1 Jan 2014 saya dan anak-anak ke Taman Melati KL.

 Assalamualaikum.
Dah 9 hari di dalam tahun 2014.
Hari ni baru dan nak update cerita semasa cuti hari pertama tahun 2014.

Oleh kerana hanya saya dan anak-anak je yang nak ronda, coz Mr Suami di perantauan, makanya saya plan lah outing yang mudah dan tidak menyusahkan.

Kami menggunakan LRT untuk ke gerai NASI KUKUS AYAM DARA yang terletak di Taman Melawati.
Sebelum ini saya pernah mencuba nasi kukus ini. Memang sedap lah kerana ayam gorengnya dihidang sementara panas. Memang berselaralah kan.
So hari tu decided bawa anak3 pulak.
 
 Gerai tersebut terletak betul-betul sebelah kiri LRT station tersebut.
Walking distance je. Dekat je dengan Pangapuri Gombak Fasa 2.

Sebungkus nasi tersebut berharga RM6.00 dengan ayam kepak tau pun bahagian peha, memang berbaloi. Cuma tengok tu..berselerakan. Tu baru tengok gambar.

Selepas melantak sakan ingat nak balik dah.
Tetapi kehadiran kami di kawasan tersebut di HIDU dek ketua wanita bahagian Taman Melawati tersebut iaitu CHEKGU AZRINE.

Berani nak balik kalau tak singgah dulu rumah dia. hehe
Bukan tak sudi, tapi masa tu dia memang tengah busy dengan urusan anak-anaknya p membeli kelengkapan persekolahan.

Ok..cut it short.
Kalau p kerumah Azrine, IS A MUST p pekena laksa kat belakang rumahnya. Laksa ada, cendol ada..HEAVEN!!

Sekali-sekala berjumpa, kami membedal sakan ok. (Actually bukan kami, tetapi SAYA yang pulun sakan...hahaha). Siap tapau lagi ok.

Alhamdulillah, walaupun takde lah sambut sakan tahun baru, atleast adalah juga aktiviti kami untuk dijadikan kenangan awal tahun 2014.

Tq to Cikgu Azrine yang bersusah payah gorengkan goring pisang sedap untuk kami.
Peace Yoooo!!
 
 
KAMI

Arrival di Station LRT Taman Melawati

Gerai Nasi Kukus Ayam Dara Taman Melati, Kuala Lumpur

Nasi Kukus Ayam Dara Taman Melati

Saya pun pulun ayam goring panas sama ikan kering. Sedap woooo

Aiman yang peminat tegar. Tengok lah tu gambar before and after. Terliur
 
Gerai Laksa malatop kebaaabooom kecepeh

Ini menu petang saya. Harap maklum, Tak perlu kata apa-apa

Makan dengan adik ipar serta Mak Mertua Tiri I, Chekgu Azrine.. Glamer x uols tengok weols..hehe

Posing is a must ye.. Ini posing pembukaan 2014.
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78