HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

21 Jan 2014

Children GO-KART

Cerita weekend kami.
 
Minggu lepas, riadah bersama anak-anak.
Aktiviti simple tapi yang pentingnya masa yang diluangkan bersama tu yang penting.
 
Alhamdulillah....Children GO-KART memang terbaik.
Children GO-KART ini terletak di perkarangan tempat letak kereta di belakang Giant Mall Kelana Jaya, bersebelahan dengan lebuhraya bersebelahan dengan Paradigm Mall.
 
Apa yang menarik, di sini anak-anak dapatlah merasa menunggang Go-Kart.
Nampak remeh, tetapi aktiviti ini juast a start untuk acara beriadah dengan sukan lasak kereta lumba.
Dasatkan imaginasi saya...hahaha
Anak-anak memang minat dengan pelbagai jenis kereta sport kerana abahnya memang peninat tegar.
 
Ok..back to cerita GO-KART, harga yang ditawarkan berbaloi.
Caj yang dikenakan ialah RM10 untuk 15 minit permainan.
 
Jangan risau, ciri-ciri keselamatan diambil kira,
Helmet untuk kanak-kanak MESTI pakai ye, juga disediakan.
Sepanjang track juga ada diletakkan tayar-tayar bewarna untuk alert anak-anak supaya bermain didalam lingkungan track yang sepatutnya.
 
Selain itu, motor tersebut boleh di ubahsuai kelajuannya bergantung kepada umur kanak-kanak yang akan menaikinya. So jangan risau.
 
 
Children GO-KART Kelana Jaya

Kasut dan Helmet disediakan

Gelung Tayar berwarna-warni di sekeliling track

Sebelah Paradigm Mall je..dekat kan.

Berpanas hujan, ramai je kanak-kanak yang datang

Aiman dah get ready

Alif berobar-kobar

Aina yang over sampai tak mau tengok kamera


Anakanda-anakanda tersayang

Tengok banner ni,,mak nya pun rasa nak rempit juga..hahaha


3 comments:

  1. kalau betul2 train boleh masuk tournament... ^_^...

    ReplyDelete
  2. menarik ni, nampak macam enjoy main kat sini..

    ReplyDelete
  3. nampak best tu sis...puteri pun rasa nak merempit..haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78