HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Jan 2014

Resepi Apam Gula Hangus

Ada yang mencari resepi kuih Apam Gula Hangus?
Ini kuih kategori tradisional.
Resepi pun saya dapat dari bonda saya.
Thank you bonda.
 
Ok meh kita share resepi.
Cuba jangan tak cuba.
 
 
RESEPI APAM GULA HANGUS.
 
Bahan-bahan
2 biji telur ayam
2 camca teh esen vanila
1 gelas gula pasir
2 1/2 Gelas Tepung Gandum
3 camca the Soda Bicarbonate
2 Sudu Besar Susu Tepong (Bancuh dijadikan segelas)
1/2 Gelas gula pasir dengan 1/2 gelas air untuk dijadikan gula hangus
 
CARA MEMBUATNYA
 
Tepong gandum diayak dengan serbuk Soda Bicarbonate.
Pukul gula dengan telur hingga kembang.
Campurkan tepung tadi perlahan-lahan diselang dengan susu.
Kemudian masukkan esen vanilla dan gula hangus.
Kacau hingga adunan rata.
Sapukan loyang dengan mentega supaya adunan tidak melekat.
Kukus selama satu jam.
PETUA!! Jangan di buka sehingga adunan masak supaya hasilnya elok gebu dan naik.
 
 
Apam Gula Hangus


17 comments:

  1. mama saya suka buat apam gula hangus ni, tapi saya sendiri belum pernah mencuba, boleh cuba ni, thanks for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah...resepi traditional ni..:)

      Delete
  2. nampak macam sedap aje apam nih..

    ReplyDelete
  3. cik nor suka buat dalm bekas kecik2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..lagi senang..tak payah potong. Ni pasal nak bagi cepat..hehe

      Delete
  4. Sedapnyee. Wahh kene pantang plk heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..resepi mudah dan murah je bahannya... Cuba tau

      Delete
  5. peberet yumida ni kak..sedap! nanti nk try jugak la
    menabung sini-rhb

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah cuba nanti share tau :)

      Delete
  6. Makan masa panas suam tu..lagi sedap

    ReplyDelete
  7. mcm pernah makan je,kalau tunjuk kek yg dah potong baru nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam sarang..aiseh dah habis pulak nak snap gambar...

      Delete
  8. apam versi besau punye..wahhh

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78