HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

14 Jan 2014

Resepi Banoffee Pie Leleh

Salam sejahtera semua.
Hari ni nak juga share resepi yang melanda para blogger
BANNOFFEE PIE
 
Sebenarnya, saya hanya tengok gambar je, terus rasa nak cuba buat.
Resepi ini saya belajar dari CHEKGU AZRINE
 
Kenapa nak cuba, sebabnya nak buat Bannoffee Pie ni tak perlu dibakar mahupun dikukus.
Caranya hanya dengan sejuk beku. Mudah kan
 
Hah, meh intai resepi.
(Sambil baca langkah-langkah resepi, sila refer gambar ye. Harap membantu)

Bahan-bahan Banoffee Pie
Bahan-bahan.
1/2 Paket Biskut Cream crackers plain/ Biskut Marrie/ Biskut Oreo
Susu Pekat 1 tin
Butter 1 Ketul
Whipping Cream 2 Kotak Kecil.
Gula 3 Sudu
Sedikit butter
Dan bahan utama sesisir pisang
 
 
 
Caranya.
Bahan A -  Based.
Untuk buat based tu, tumbuk biskut dalam half packet sehingga lumat manja-manja ye. Jangan sampai hancur sangat.
Kemudian, panaskan seketul butter di atas api perlahan.
urahkan butter tadi ke dalam biskut yang telah di hancurkan tadi.
Gaul rata ye. Lepas tu tepek dan tekan bagi mampat di dalam bekas memasing.
Dahsetel tepek tu, masukkan kedalam peti sejuk selama 15 minit ye
 
 

Tumbuk Biskut Half Packet

Ini rupanya bila dah di tumbuk


Cairkan Butter untuk bahagian based
 
Butter yang cair tadi tuangkan ke atas biskut yang di tumbuk tadi. Gaul Rata

Setelah sebati, mampatkan

Sejukkan selama 15 minit di dalam peti sejuk. Saya letak di tempat ais beku
 
Bahan B -  Caramel

Untuk buat caramel ni, susu pekat di masukkan kedalam periuk dan ditambahkan dengan sedikit butter untuk bagi hasil yang kilat cantik menawan kebaaboomm.
Jangan gatai nak tinggalkan bahan ni menggelegak sendiri ye. Nanti HANGIT. Kena sentiasa kacau ye hingga lah sebati.
Kemudian curahkan bahan susu pekat yang dah dimasakkan ni tadi ke atas BAHAN A yang telah pun sejuk beku selama 15 minit tadi.
Ratakan ye.


Satu tin susu cair di masakkan di atas api perlahan. Tambahkan sedikit butter.
Tuangkan susu pekat tadi ke atas based yang telah pun disejukkan tadi
 


Ratakan susu tadi. Dan seharusnya tak berapa bertakung.





Bahan C -  Pisang

Hiriskan pisang tadi mengikut cara memasing..nak herot ke,bulat ke, panjang ke.
Kemudian susun di atas bahan A+B tadi..
Nak tabor pun boleh.

Pisang di potong ikut lah cara masing-masing.

Susun lah pisang tersebut diatas bahan yang tersedia tadi.
 
Bahan D -  Whipping Cream

Untuk resepi ini, hanya memerlukan 2 kotak kecik Whipping Cream.
Putarkan sehingga kembang ya. Oh ya jangan lupa tambah 3 sudu gula ye. Katanya supaya tak muak. Boleh guna apa aje teknik ye asalkan cream tu kembang hehe.
Apabila dah betul-betul kembang, tuangkan keatas segala bahan yang kita dah buat dari tadi tu.Ratakan ye.


Whipping Cream dipukul hingga kembang

Sapukan krim tersebut di atas lapisan yang telah disusunkan tadi
 
 Bahan E-  Toppings
 
Untuk bahagian topping ni, untuk nak bagi nampak cantik menarik lagi, susunlah hirisan pisang diatasnya.
Kalau tak mo letak pisang, boleh je terus tabor milo ke or ikut suka hangpa la erk.
Lepas dah susun pisang tu, saya layangkan pula sirap coklat di atasnya.
Setel.
Eh jangan makan lagi, masukkan ke dalam tempat beku ye.
Sat g dah agak2 tak tahan nak rasa tu...potong lah ye..
Hehehe.
 
Susun lebihan pisang tadi di atas whipping cream yang telah pun di sapu rata.



Boleh lah di tabor ikut cara masing-2. Saya guna sirap coklat. untuk hiasan
 
Sejukkan di tempat sejuk beku ye
 
 
Tadaaaaaaa........................................
 
Dah siap..ini lah rupanya...sowilah tak berapa nak lawa rupanya kerana saya tambah kemudian sirap coklat. Tu yang meleleh sakan tu.
 
Selamat Mencuba
Tadaaaa..Tu dia aihhh...Banoffee Pie Meleleh namanya
 
 
Pandangan sisi..based yang elok jadi, Whipping cream also cantik. Alhamdulillah...



13 comments:

  1. macam sedap je..
    harus cuba nih

    ReplyDelete
  2. menyelerakan jerr rasa.. senang resepi ni.. tanx~

    ReplyDelete
  3. JOIN GA NI JOM http://beautifully98.blogspot.com/2013/12/super-duper-awesome-giveaway-by-hannan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...inshaAllah,, tq singgah

      Delete
  4. nampak sedap la kak..meleleh air liur ni tgk

    ReplyDelete
  5. ade pisang tu..sedap je tgok...huuu

    ReplyDelete
  6. It's a shame you don't have a donate button!
    I'd most certainly donate tto this brilliant blog! I suppose for now i'll settle for book-marking and adding your RSS feed to my
    Google account. I look forward to brand new updates and will talk
    about this website with my Facebook group. Chat soon!

    Here is my web blog The Venus Factor (www.youtube.com)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih byk2 atas resepi yg mudah lg lazat ni ;)

    ReplyDelete
  8. saya dah cuba buat. tapi rasanya sangat manis sebab kita guna susu 1 tin.
    ada cara maca mana nk kurangkan manis tu x? tq ;)

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan..waaa nampak sangat sedappppp

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78