HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

3 Jan 2014

Review Wad Kanak-kanak Hospital Assunta

 
 Assalamualaikum semua
Salam Hari Jumaat
 Hari ke-3 untuk 2014.

Hari ni nak share tentang ward kanak-kanak di Hospital Assunta .

Saya sendiri dilahirkan di Hospital Assunta ni.
Abah saya pegawai kerajaan juga panelnya Hospital Assunta
Anak-anak juga lahir disini.

Saya prefer duduk ward seorang. Bukan kerana berlagak ke apa.
Tapi keselesaan saya dan anak yang sakit saya utamakan.
Bila anak tak sihat ni, kita runsing..boleh stress kan.

Ward Kanak-kanak di Assunta dikenali sebangai Ward Sang Kancil kini telah pun di baik pulih. Segalanya serba baru.

Katil, tandas, tv, dan segala kemudahan telah disempurnakan.
Menu untuk pesakit juga ada pelbagai. Spaghetti, Chicken Chop. Hah..kelas tak??
Pagi, tengahari, petang, malam, 4 set menu makanan untuk pesakit..

Oh ya, ada segelintir yang berpendapat Hospital Assunta ni Hospital berasaskan Gereja.
Astaghfirullah...

Mungkin masa awal operasinya begitu. Tetapi kini tidak lagi.
Surau ada disediakan.
Even tanda arah kiblat juga ada ditandakan di dalam bilik.
Pokok pangkal diri kita sendiri.

Doktor-doktor pakarnya pun ramai Doktor Melayu.
Yang penting kemudahan, serta kepakaran dalam bidang perubatan tu yang kita cari.

Saya memang selesa di sini. Lagipun para jururawatnya sangat peramah dan sedia membantu.
 
 
Ward Sang Kancil
Single Bedded


Katil saya


Toilet


TV with Astro free of charge


Arah Kiblat


Menu makanan pesakit.

 Kata Aina..bestlah HOSPITAL HOTEL ni, macam hotel....

8 comments:

  1. Yg pntg dekatkan?sng ur fmily nk dtg visit..gitewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..memana pun sepital jugak.
      Xd kot sepital yang 1001% is Islam..
      Kita dok Malaysia..Masyarakat Majmuk
      Peace Yoo

      Delete
  2. kemudahan yang disediakan nampak selesa.. juga sesuai untuk orang islam kerana kemudahan untuk solat disediakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly...memang selesa. ALhamdulillah

      Delete
  3. keselesaan sewaktu sakit memang perlu diutamakan. Baru boleh sembuh cepat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kalau tidak..yang sakit bertambah sakit...yang menjaga jangkit sakit

      Delete
  4. sangat2 selesa PG tengok sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega sangat dapat ward macam ni

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78