HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

10 Jan 2014

Serawa Durian Resepi Mudah

 
Assalam semua.
Selamat pagi.
Ini cerita minum petang.
Tapi cerita waktu pagi pun tak pe kan?
 
Cerita ni bermula apabila Aina request nak makan durian.
Saya pun bawa lah Aina ke gerai durian berdekatan.
Apabila sampai kesana, saya mendapat idea untuk membuat SERAWA DURIAN.
Bukan susah kot nak buat kalau memang musim durian.
Cicah lempeng, cicah roti jala ataupun dengan roti kosong pun sedap.
Anak-anak memang suka.
Sekejap je pun kalau nak buat.
Selalunya saya buat tak letak gula merah kerana anak-anak tengok pelik katanya.
Hahaha, pasal tak biasa buat macam tu.
Perghhhhh dah terbayang-bayang kat serawa tu.
Apa kata buat weekend nanti ke.
 
Bahan-bahan.
Durian
Santan Kelapa
Gula
Daun pandan
Sedikit air.
Aina suka durian

Bahan-bahan Utama

Semuanya dalam periuk

Ada yang suka leraikan isi durian dari bijinya

Paling simple roti pun boleh cicah dengan serawa durian


9 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78