HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Feb 2014

Cuaca panas melanda Malaysia

“Cuaca sungguh panas di luar sana,”
 
"Sakit kepala lah panas sangat,"
 
"Bekalan air dicatu?,"
 
"Letihnya...,"
 
Itu antara keluhan kita buat masa sekarang.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering yang melanda negara akan berterusan sehingga awal April ini.
 
Di sana sini kelihatan pembakaran terbuka yang tidak dapat dikawal lagi.
Semoga kebakaran ini tidak membahayakan penduduk berdekatan.
Cuaca panas, hujan kurang, udara berjerebu manakala denggi menyerang.
 
Semoga anda semua menjaga kesihatan ye.
 
Banyak kawasan rumput yang telah kering terbakar.
 

Ni antara gambar yang saya snap semasa dalam perjalanan ke Sungai Buloh semalam.
 
 
Pakar-pakar kesihatan menasihati orang ramai supaya tidak keluar rumah melainkan mereka perlu menjalani aktiviti harian.
 
Minum lebih air jika anda perlu keluar dari rumah. Anda juga dinasihati tinggal dalam rumah yang punya kelengkapan pendingin hawa ataupun yang mempunyaipengudaraan yang cukup.
 
Walaupun terpaksa keluar rumah, jauhilah daripada panas terik matahari. Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak dan pastikan minum air setiap jam walaupun anda rasa tidak dahaga.
 
 
 
 
Untuk maklumat cuaca terkini sila ke website JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA


12 comments:

  1. sama2lah kita jaga kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena banyak minum air masak ye

      Delete
  2. sama2 kita menjaga kesihatan masing2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah..doakan keselamatan semua ye

      Delete
  3. Replies
    1. kena kurangkan akiviti di luar kelas sebenarnya. Anak saya pun ada yang asthma ni. Risau

      Delete
  4. yg sekolah tu yg bahaya...huhu..anak2 plak semput..lg pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang..kita pun rasa semput kan..cuaca kering

      Delete
  5. salam cik fuza..
    btul..cuaca pns...kdng je hujan..
    dah le tu kbnykn org awam ni dah tau tgh musim pnas, ade jerebu plak tu
    g lagi buat pmbakaran tbuka..adess.. btmbh sakit idung.. >,<
    jaga kesihatan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan pun mungkin hujan asid..hati2 semua

      Delete
  6. kat sini pun dah de kebakaran hutan kak. cuaca kuning...asap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah merebak ke banyak kawasan..hati2 semua

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78