HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

18 Feb 2014

Erra Fazira Sah bercerai dengan Engku Emran

Jodoh Maut di tangan Allah
Kita merancang sebaiknya, tetapi Allah Maha Mengetahui
 
Agak dukacita dengan berita penceraian dan kemelut rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin 
 
Pelakon itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Hakim Syarie Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz cerai secara baik oleh Engku Emran, 39, terhadap Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40.
 
Semasa prosiding tersebut, pasangan itu juga bersetuju hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, diserah kepada Engku Emran manakala hak bersama bermalam diserahkan kepada Erra.
 
Mereka turut memperoleh hak cuti persekolahan dan perayaan secara bergilir-gilir manakala tuntutan nafkah, idah dan mutaah digugurkan, setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
 
Engku Emran yang memakai kot kelabu dilihat sebak dan terhenti seketika semasa melafazkan talak tersebut manakala Erra kelihatan tenang.
 
Sebelum itu, Erra yang diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari dan Engku Emran diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak mengesahkan telah tinggal secara berasingan sejak setahun enam bulan lalu.
 
Erra memfailkan permohonan tersebut semalam mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
 
Pelakon itu yang berjubah moden dan bertudung juga berwarna kelabu serta memakai topeng penutup mulut dan Engku Emran, hadir di mahkamah di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.
 
Pasangan itu bernikah pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail dan Engku Aleesya merupakan anak tunggal pasangan itu.
 
 
Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai
 
Desas-desus akhirnya terjawab dengan penceraian Erra Fazira dengan Engku Emran hari ini.

Gambar kenangan semasa persandingan Erra Fazira dan Engku Emran pada tahun 2007.

Anak tunggal Erra Fazira dengan Engku Emran, Engku Alesya, 5 Tahun
 
Erra Fazira di Mahkamah Tinggi Syariah  Shah Alam


Semoga mereka berdua dapat meneruskan persahabatan dengan baik demi membesarkan satu-satunya anak mereka, Engku Aleesya.
Hanya mereka lebih mengetahui apa yang terbaik didalam rumahtangga mereka.
Kita doakan yang baik-baik

 
 
Gambar Ihsan Mr. GoogleBerita Penuh UTUSAN ONLINE
Berita tambahan BEAUTIFUL NARA


14 comments:

  1. kesian pada alesya sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..semoga kedua ibu-bapanya tidak melupakan tanggung-jawab memebsarkannya seperti anak-anak yang sempurna keluarganya. InsyaAllah

      Delete
  2. kesian pada anak mereka..takziah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..simpati kpd anak yg nak membesar tu

      Delete
  3. Semoga jiwa anak tidak terganggu dengan penceraian mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..itu yg kita semua harapkan. InshaAllah

      Delete
  4. xda rezeki nak kekal
    moga terbaik utk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.moga ini yang terbaik buat mereka. Doakan yang terbaik. InshaAllah

      Delete
  5. moga ini yang terbaik untuk mereka dan harap mereka dapat terus memberikan kasih sayang yang sempurna pada anak mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mereka pasti dah fkr apa yg sebaiknya.a InsyaAllah

      Delete
  6. kesian erra..2x janda laa nampk nye..jodoh xpanjang..

    ReplyDelete
  7. oh meeeee.....! bcerai?alhai npe la pla...um
    mgkin itu pilhn terbaik yg tinggal kot.hrp ke 2-2 nya bhgia hndaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..semoga itu yang terbaik. InsyaAllah

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78