HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

20 Feb 2014

Ronda-ronda atas Jambatan Pulau Pinang Ke-2

Tempat jatuh lagi dikenang,
Inikan pula tempat mencari rezki
 
 
 
Pada Januari 2014, dalam perjalanan pulang ke kampong halaman suami, kami mengambil kesempatan melawat site Penang 2nd Bridge yang masih belum dibuka secara rasmi.
Kami dapat menyeberanginya kerana Mr. Husband adalah staff UEM Builders. So ada kelepasan di situ. Kalau tak silap saya, Jambatan Penang Ke-2 ini akan dibuka kepada umum soon. Acara perasmian katanya pada 1 March 2014
 
Macam-macam sejarah berkaitan projek Jambatan ini.
Salah satunya ialah, ini lah pertama kalinya saya dan suami bekerja di site yang sama.
Subhanallah..siapa sangkakan.
Saya bertugas di sini pada tahun 2010-2011 sebagai Secretary dan QA/QC Admin di Freyssinet-VSL JV.
Manakala Mr. Husband bertugas sejak awal projek dalam tahun 2008 sebagai Construction Manager di UEM.
 
.
Sedikit info pasal jambatan ini:
  • Jambatan sepanjang 24 kilometer (17 kilometer di atas air) ini, menghubungkan tanah besar Semenanjung dengan Pulau Pinang dan bakal menjadi jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara serta yang ke-20 terpanjang di dunia. 
  •  Kos pembinaan adalah sebanyak RM 4.8 billion dan dijangka mengambil masa selama 20 tahun untuk balik modal (melalui kutipan tol)
  • Apabila dibuka nanti, jambatan itu bakal digunakan oleh hampir 25,000 kenderaan sekali gus mengurangkan kesesakan sehingga 30 peratus di Jambatan Pulau Pinang
 

Sama-sama kita nantikan perasmian secara rasminya nanti ye.
 
 
Papan tanda ke jambatan dari Batu Kawan.

Rumah tol yang masih dalam pembikinan

Ini sebahagian site office yang masih tinggal. Kenangan menusuk kalbu

Semakin menghampiri mercunya

Mr. Husband, yang merupakan antara terawal terlibat dengan projek Jambatan Penang ini. Antara pencapaian terbaik apabila dihantar ke Beijing untuk melakukan Inspection ke atas dismantle launcher. Alhamdulillah

Eceh,,,jadi model jambatan pulak

Saya bersama anak-anak tidak melepaskan peluang berposing di tengah-tengah Jambatan ini

Sempat singgah ke site office. Ramai teman office yang telah pun transfer ke projek baru. Rindu rasanya dengan suasana kerja disini suatu ketika dahulu.

Jambatan Pulau Pinang Ke-2 menjadi kenangan kami sekeluarga


6 comments:

  1. alhamdulillah..sebahagian yang bertuah giteww...ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tacing u bila p sini. Byk kenangan :'(

      Delete
  2. best kan kak kerja kat site..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..pengalaman trindah

      Delete
  3. wah sis..sempat jadi model jambatan yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..sok dah bukak kat umum..xdan nak posing

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78