HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

6 Mar 2014

6 Mac Majlis Doa Selamat dan Tahlil Arwah

6 March datang lagi.
 
Hari ini genap 5 tahun pemergian Arwah Ummi Mertua Hajah Padilah Hashim.
Arwah bonda Mertua telah pulang ke Rahmatullah kerana serangan jantung pada 6/3/2009
Pusara Arwah Ummi terletak di Pulau Pinang iaitu kampung halamannya.
 
 
Bersempena memperingati pemergian arwah,malam ini 6/3/2014 saya telah mengadakan jamuan kenduri tahlil di Surau SS5C yakni Qariah Kelana Jaya.
Saya telah pun order 100 bungkus Nasi Lemak Cikgu Kelana Jaya yang memang terkenal di sini suatu ketika dahulu.
 
 
Alhamdulillah, ramai pulak yang hadir malam ini untuk sama-sama mendoakan arwah di sana. Terima Kasih kepada semua jiran tetangga. Terima Kasih juga buat abah dan mak saya yang menguruskan majlis hingga jayanya.
 
 
Semoga roh arwah  Ummi bahagia dan dicucuri RahmatNYA di sana.
Kasih Ummi, nasihat Ummi, pesanan Ummi tawa tangis kami bersama masih tersemat disanubariku. Subhanallah...
Rezki saya dapat mengenali Ummi rapat kerana saya menantu sulong keluarga.
Hajat Arwah Ummi untuk mendapat cucu lelaki dan perempuan juga kesampaian semasa hayatnya. Alhamdulillah.
 
Saya mohon rakan-rakan seagama Islam sudi kiranya sama-sama mendoakan untuk  Arwah Ummi Mertua saya.
 
AlFatihah
Surah Yassin
 

Nasi Lemak Cikgu Kelana Jaya
 

Arwah Ummi Mertua dalam kenangan. Gambar akhir kami abadikan bersama dalam tahun 2008, Disember.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78